Perghhhhh… Teh Beng Vanilla ini punya bau dan rasanya memang kena taste! Boleh ketagih sampai nak minum setiap hari. Lagi bagus, anda boleh jual sebab rasanya luar biasa. Haaa… kalau nak buat bisnes boleh jual dengan harga Rm3 gelas biasa. Tak cuba tak tahu tapi inilah resepi istimewa daripada Puan Rusmida Rusdi..
.Teh lipton – 5 uncang
Perasa Vanilla – setengah penutup
Air masak – 4 cawan besar
Susu cair – Suku tin
Susu pekat – 6 sudu
Gula – 1 sudu
Perisa jagung – 1 sudu
Halia untuk kurangkan angin dalam bodi
Beledor hitam ( Agar-agar )
Ais Krim vanilla
– Panaskan air. Masukkan uncang teh.
– Biar sehingga warna bertukar pekat.
– Masukkan susu cair dengan susu manis.
– Kemudian masuk perisa vanila.
– Masukkan gula last.
– Biarkan mendidih.
– Kacau rata.
– Warna dan rasa puas hati tutup api.
Mak-mak boleh buat bisnes kalau anda suka!