
Isi Kandungan
TogglePerghhhhh… Teh Beng Vanilla ini punya bau dan rasanya memang kena taste! Boleh ketagih sampai nak minum setiap hari. Lagi bagus, anda boleh jual sebab rasanya luar biasa. Haaa… kalau nak buat bisnes boleh jual dengan harga Rm3 gelas biasa. Tak cuba tak tahu tapi inilah resepi istimewa daripada Puan Rusmida Rusdi...
Bahan-bahan:
Teh lipton – 5 uncang
Perasa Vanilla – setengah penutup
Air masak – 4 cawan besar
Susu cair – Suku tin
Susu pekat – 6 sudu
Gula – 1 sudu
Perisa jagung – 1 sudu
Tambahan:
Halia untuk kurangkan angin dalam bodi
Beledor hitam ( Agar-agar )
Ais Krim vanilla
Cara buat:
– Panaskan air. Masukkan uncang teh.
– Biar sehingga warna bertukar pekat.
– Masukkan susu cair dengan susu manis.
– Kemudian masuk perisa vanila.
– Masukkan gula last.

– Biarkan mendidih.
– Kacau rata.
– Warna dan rasa puas hati tutup api.
Nota:
Mak-mak boleh buat bisnes kalau anda suka!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Perbuatan Keji Bapa Tiri Terbalas, Berdepan Hukuman Penjara Maksimum 830 Tahun Atas 32 Tuduhan Jenayah Seksual

Isi Kandungan
TogglePerbuatan keji bapa tiri terbalas, berdepan hukuman penjara maksimum 830 tahun atas 32 tuduhan jenayah seksual.
Pasti ramai masih meningati rayuan seorang ibu, Noor Fatimahtul Zaharah Talib, 40, yang meminta anak perempuannya Aliah Qistina Budiyanto, 16, yang dilaporkan hilang dari rumah di Taman Maju di sini sejak 17 Mac lalu agar pulang semula ke pangkuan keluarga dalam keadaan selamat.
Perbuatan Keji Bapa Tiri Terbalas
Di sebalik kes yang mendapat liputan media ini kerana membantu mencari anak perempuannya, ia membongkar satu sisi lain selepas anaknya ditemui di mana dirinya menjadi mangsa jenayah seksual bapa tiri dan hal ini diketahui oleh ibunya.
Nauzubillahminzalik. Semalam, di mahkamah Seksyen, lelaki yang menghadapi pertuduhan jenayah seksual ini telah dihadapkan di mahkamah atas perbuatan jeliknya dan segalanya terbalas di sini.
Memetik laporan Sinar Harian, seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas 32 pertuduhan merogol, melakukan amang seksual dan menggunakan objek bagi tujuan seksual terhadap anak tirinya sejak tiga tahun lalu.
Lelaki berusia 36 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam dua prosiding berasingan di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail dan Darmafikri Abu Adam.
Mahkamah kemudian menetapkan 15 Mei depan sebagai tarikh jatuh hukum sementara menunggu fakta lengkap hukuman.
Berdepan Hukuman Penjara Maksimum 830 Tahun Atas 32 Tuduhan Jenayah Seksual
Tertuduh yang berdepan hukuman sebatan serta penjara maksimum 830 tahun bagi kesemua pertuduhan tidak dibenarkan diikat jamin bagi tujuan melindungi mangsa dan memastikan kehadirannnya di mahkamah.
Dalam kedua-dua prosiding, tertuduh yang bekerja sebagai pengajar kelas renang mengaku bersalah atas semua 32 pertuduhan iaitu 12 pertuduhan rogol di bawah Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.
Tertuduh turut mengaku salah melakukan 12 perbuatan amang seksual mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan lapan pertuduhan melakukan hubungan seks menggunakan objek di bawah Seksyen 377 CA KK.
Semua kesalahan itu didakwa dilakukan terhadap seorang remaja perempuan yang kini berusia 16 tahun antara Januari 2020 hingga 14 Mac 2023 lalu di sebuah rumah di sini.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Nazrin Ali Rahim dan Timbalan Pendakwa Raya, N Sivashangari.
Sepanjang prosiding, tertuduh yang berambut panjang hanya tunduk dan mengaku bersalah bagi semua pertuduhan serta tidak mengemukakan sebarang rayuan hukuman ringan.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Malangnya Nasib Wanita, Mahkamah Pakistan Bebaskan Perogol Selepas Kahwini Mangsa
Budak 5 Tahun Dipercayai Jadi Mangsa Rogol Anak Pengasuh!
Wanita Dibunuh Tragis, Diberi Dadah, Dirogol & Kepala Dipenggal!
Dalam pada itu Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan bagi setiap pertuduhan manakala Seksyen 376 (2) pula penjara tidak kurang 10 tahun dan maksimum 30 tahun berserta sebatan.
Bagi Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 pula boleh dipenjara hingga 20 tahun dan sebatan.

Bagi setiap kesalahan melakukan seks menggunakan objek pula mengikut Seksyen 377CA Kanun KK boleh dipenjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.
Sinar Harian pada 9 April lalu menyiarkan sepasang suami isteri direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes rogol seorang remaja perempuan.
Pasangan itu ditahan polis setiba dari Sabah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 kira-kira jam 9.30 malam Sabtu lalu.
Penahanan dibuat selepas mangsa yang sebelum ini dilaporkan hilang membuat laporan menjadi mangsa rogol bapa tirinya itu.
Ibu mangsa yang merupakan isteri suspek turut ditahan kerana dipercayai mengetahui perbuatan suaminya.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Redah 300KM Dari Thaiping Ke KL Jual Sayur Segar, Motor Jadi Punca Rezeki

Isi Kandungan
ToggleWanita redah 300KM dari Taiping Ke KL jual sayur segar, motor jadi punca rezeki. Rezeki ada di mana-mana, asal rajin mencari dan tahu mengambil peluang. Inilah yang dilakukan oleh Siti Norol Salwani Ismail, 29 yang sanggup berulang alik dari Taiping ke Kuala Lumpur sejauh 300 KM untuk berjualan sayur segar yang dibeli dari orang kampung.
Menempuh perjalanan ratusan kilometer seorang diri, sikit pun tidak terasa penat buat wanita yang baru mendirikan rumahtangga ini buat kali kedua demi mencari rezeki. Dirinya akan memulakan perjalanan dari Changkat Jering menuju ke Bandar Sri Permaisuri, Cheras setiap Sabtu untuk berniaga sayuran segar.
Wanita Redah 300KM Dari Thaiping Ke KL Jual Sayur Segar
Motor Jadi Punca Rezeki
Siti Norol Salwani yang pernah bekerja sebagai penghantar makanan akan menunggang motosikal setiap seorang diri untuk menjual petai, pucuk paku, pucuk ubi, bayam brazil, nangka muda, durian belanda, jering dan ulam-ulaman.
Menurutnya, perancangan awal menjual sayur dan ulam-ulaman bermula pada Julai tahun lalu kerana merasakan ia akan mendapat permintaan tinggi.
“Idea menjual ini secara spontan apabila terbeli pucuk paku yang sudah tua, ulam-ulam tidak segar selain harga yang mahal. Saya teruskan perancangan berpindah ke Bukit Gantang dan berulang-alik setiap Sabtu untuk menjual sayur. Sayur-sayur ini dikutip sendiri dan beli daripada penduduk,” katanya.
Memetik laporan Sinar Harian, jualan sayur-sayur kampung sangat laris dan dirinya memperoleh keuntungan sekitar RM300 sehari.
“Tidak kekok sebenarnya menunggang motosikal kerana hampir 10 tahun tinggal di Kuala Lumpur. Empat bulan berulang-alik dari Changkat Jering ke Kuala Lumpur. Sepanjang berniaga, ada yang menasihatkan untuk jual di kampung sahaja, tak berbaloi kerana jarak jauh dan sebagainya tetapi saya ‘enjoy’ berniaga sambil menyara kehidupan bersama anak,” katanya.
Bagaimanapun, usaha wanita muda berasal dari Bachok, Kelantan itu untuk terus mencari rezeki di ibu kota terhenti pada November tahun lalu apabila jentera dua tayar jenis Honda Dash yang dibelinya sejak 2018 sering rosak.
Siti Norol Salwani yang baru mendirikan rumah tangga kali kedua Jumaat lalu, menerima galakan daripada suaminya, Hazimin Radzi, 34, untuk meneruskan minat berniaganya itu.
Sekarang saya berniaga nasi kerabu dan laksam, kadang kala ada juga menerima tempahan. Usaha mengumpul deposit motosikal dilakukan sedikit demi sedikit bagi menggantikan motosikal lama.
“Saya mahu beli Yamaha LC secara ansuran. Dapat motosikal baru ini mungkin saya akan teruskan berniaga ulam-ulam di Kuala Lumpur seperti biasa,” katanya.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Tarik Buang Kulit Hijau, PETUA Masak Sayur Keladi Supaya Tak Gatal Bila Makan!

TIP Tanam Sayur KUBIS BUNGA, 3 Atau 4 Bulan Dah Boleh Tuai Hasil
“Ambil, Tak Perlu Bayar”, Jejaka Ini Tanam Sayur, Kongsi Rezeki Sedekah Pada Jiran
“Mi Celup RM2, Air 50 Sen” Ramai Tak Percaya Saya Mampu Jual Harga Sedemikian
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mesin Sonotron, Betul Ke Mampu Cairkan Kahak?

Isi Kandungan
ToggleMungkin ramai mak ayah yang dah guna mesin sonotron ini pada anak untuk buang kahak, hingus, dan batuk tetapi macam mana pula kesannya ya?
Ini dirujuk kepada pengalaman netizen di ruangan komen status seorang bekas juru rawat, Puan Myzatu Hidayah Malek, ada yang kesannya lepas cuba anak jadi makin teruk.
Namun ada juga segelintir mak ayah dapat kesan yang agak baik selepas guna mesin sonotron, jadi nak guna atau tidak terpulang kepada anda.
Untuk mak ayah yang nak tahu lebih jelas berkaitan mesin sonotron, baca perkongsian ini.
Sonotron merupakan mesin yang telah dipatenkan pada tahun 1991 oleh penciptanya iaitu Alfonso Di Mino. Ia adalah salah satu mesin yang boleh menghasilkan Corona Discharge Beam iaitu sejenis gelombang electromagnetic yang berfrequency tinggi. Gelombang inilah yang dikatakan mampu merawat pesakit yang mempunyai masalah asma, luka yang tak sembuh disebabkan kencing manis, angin ahmar, kanak-kanak yang mempunyai masalah batuk dan kahak, gastritis, sakit sendi dan banyak lagi.(1)
Jika kita lihat pada maklumat yang ditulis oleh orang yang mencipta mesin ini, dengan jelas ia menyatakan bahawa sonotron adalah sejenis terapi yang menggunakan haba sahaja(thermotherapy)(2). Thermotherapy adalah sejenis therapy yang selalu kita gunakan untuk mengurangkan sakit terutamanya sakit sendi dan otot. Sebab itu selalunya jika otot kita sakit, sapuan krim yang memberikan rasa panas pada kulit dapat membantu mengurangkan sakit pada bahagian tersebut. Dalam paten tersebut juga, ia fokus memperkatakan berkenaan dengan rawatan sakit sendi dan juga sakit otot.
TIDAK DINYATAKAN MESIN SONOTRON INI MAMPU MEMBANTU DALAM PENYAKIT ASTHMA, STROKE DAN LUKA DIABETES.
Jika anda tidak percaya, anda boleh tekan link dibawah.
Kenapa Mesin Sonotron Bahaya Pada Kanak-kanak
Bagaimana cara ia bertindak? Apabila Gelombang berfrequency tinggi ini ditembak pada kulit, ia akan menukarkan tenaga gelombang kepada tenaga haba. Perkara inilah yang menyebabkan kulit merasa panas dan memberi kelegaan pada bahagian yang sakit itu. Jika pemberian gelombang ini terlalu lama, ia boleh menyebabkan kulit pada bahagian tersebut terbakar. Sebab itu penggunaan mesin ini kepada kanak-kanak adalah sesuatu yang berbahaya
Corona Discharge Beam menghasilkan Ozone??
Ada juga dikalangan pengamal perubatan yang percaya bahawa mesin ini mampu menghasilkan gas Ozone. Mereka menyatakan bahawa gas ozone inilah yang memberi kesembuhan kepada penyakit yang dihadapi. Dalam ujian yang dikendalikan dalam makmal, gas ozone ini telah terbukti menyebabkan penghasilan free radical scavenger di dalam badan semakin meningkat(3). Free Radical scavenger inilah yang akan meneutralkan radikal bebas yang mengganggu sistem badan. Bila radikal bebas semakin kurang, maka badan pun semakin sihat.

Berbalik kepada mesin ini, memang betul Corona Discharge Beam boleh menghasilkan gas Ozone. Tetapi Gas ozone itu sendiri adalah toksik kepada saluran pernafasan(3). Sebab itulah para saintis yang mengkaji benda ini melarang pemberian Gas ozone melalui saluran pernafasan. Dan jika betullah mesin sonotron ini boleh menghasilkan gas ozone, sudah tentu ianya berbahaya kerana pesakit tersebut akan menghidu gas ozone yang terhasil.
Kesimpulan:
1) Tiada bukti lagi bahawa rawatan sonotron mampu menyembuhkan asma, kanak2 yang mempunyai batuk berkahak, luka diabetes dan juga strok
2) Rawatan sonotron mampu merawat sakit sendi dan otot sahaja.
3) Sonotron menggunakan gelombang electromagnet dan menyebabkan kulit pada bahagian tersebut merasa panas. Jika terlalu lama menggunakan mesin ini, kulit tersebut boleh terbakar.
4) Penggunaan Sonotron pada kanak-kanak diragui boleh menyebabkan kulit mereka terbakar. Ini kerana tiada lagi kajian berkenaan keselamatan mesin ini pada kanak-kanak
5) Jika benar mesin ini boleh menghasilkan gas ozone, ia boleh mengganggu sistem pernafasan pesakit yang sedang ataupun selepas menjalani terapi sonotron tersebut.
Rujukan
1) Leaflet Sonotron. http://www.sonotron.com.my/…/Sonotron%20Aug-Oct%2008%20Leaf…
2) Paten mesin Sonotron. https://www.google.com/patents/US5249575
3) Ozone Therapy: A clinical Review. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3312702/
Nak percaya atau tidak terpulang pada Ibu dan bapa.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI