Bila tengok video wanita pakai tudung tapi tergedik sana,tergedik sini, bahagian tertentu menonjol, berpakaian ketat dan sebagainya. Inilah yang memalukan. Bertudung tapi terdedah aurat.
Sedihnya bila ada yang mempersiakan bila pakai tudung. Sampaikan ada yang tegur, daripada begitu lebih baik buka tudung. Semuanya ini kena tetapkan niat.
Sekadar teguran daripada Sharifah Zahidah ini ada benarnya. Pakai tudung untuk ringankan dosa sebab kita tak kuat halang dosa lain seperti berpakaian ketat, mencukur kening dan sebagainya.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Kaya Itu Aurat, Tak Perlu Ditayang, Cukuplah Pasangan, Mak Ayah Kita Yang Tahu
Jangan Terbiasa Pakai Seluar Ketat, Nipis, Dedah Aurat, Simpanlah Rasa Malu Dalam Diri
Info Lebih Menarik DI SINI
“Bila pakai tudung tapi tak ikhlas kerana ALLAH. Inilah jadinya! Dengan make up tebalnya, tabarruj sana sini, perangai tergedik, buat malu tudung je. Lebih baik cabut je tudung tu…!!”
“Ni lah perempuan zaman sekarang. Pakai tudung sebab fesyen. Sebab orang puji cantik.
Sebab nak nampak in trend. Nak jadi hijabista cool lah konon. Sampai ke laut jadinya..!
Lebih baik tak payah pakai tudung..!”
Biasa kan, kita tengok orang pakai tudung tapi sebenarnya dia tak menutup aurat?
Teguran-teguran dalam dialog tu memang betul.
Tapi SARANAN yang menyatakan ‘lebih baik’ buka tudung itu langsung tak betul.
Sekalipun wanita itu bertudung sebab nak nampak cantik semata, walaupun dia bertudung tapi dia bertabarruj dan buat banyak kesalahan/dosa lain dengan tudungnya – keadaan dia
BERTUDUNG itu sendiri adalah LEBIH BAIK daripada langsung membuang tudungnya.
Cuma, amalan bertudungnya adalah SIA-SIA / DIPERSIAKAN.
Kenapa amalan tudungnya dipersiakan?
Seorang wanita yang bertudung tapi ‘TAK MENUTUP AURAT’ mengikut prinsipnya yang betul – dia TIDAK DAPAT PAHALA dari tudungnya. Tapi kebaikannya masih ada sedikit, iaitu kebarangkalian dia terselamat dari dosa mendedahkan helaian rambutnya.
Adapun dosa lain – seperti mendedah dada, pakai ketat, tabarruj dan sebagainya – tetap berjalan seperti biasa. Yang dimaksudkan ‘lebih baik’ bila bertudung walau dengan cara salah dan jahil – kerana sekurangnya timbangan dosanya jadi lebih ringan.
Usahlah ditempelak mereka dan menggalak mereka langsung buka tudung. Anda tak tahu seberat apa menanggung dosa dan azab kerana dosa-dosa yang dipikul di akhirat kelak.
Ada pun wanita yang menutup aurat dengan sempurna, ada 2 KEMENANGAN buat mereka.
Satu, mereka terselamat dari dosa.
Dua, mereka dapat pahala.
Mereka untung berganda.
Untuk wanita yang tak sempurna tudungnya ini, saranan saya dalam kita berusaha.
TETAPKAN NIAT
Bahawa kita bertudung sekurangnya untuk meringankan dosa, walau kita tahu dan tak kuat menghalang dosa lainnya lagi – masih mencukur kening, pakai ketat, tayang dada dan sebagainya. Tapi niat niat niat. Jangan lupa sentiasa
HADIRKAN NIAT.
Jika tak berpahala sekalipun, biar berkurang dosa sekadar kita mampu. Lambat laun, kekuatan pasti akan hadir dalam jiwa kita untuk terus berjuang menjadi lebih baik.
Tapi jika kita main pakai saja tanpa niat. Risau yang pakai tu JADI DOSA kepada kita pula. Sudahlah tak berpahala, tapi lagi berdosa sebab menjadi punca fitnah terhadap agama atau kerana kita anggap ‘dosa itu tiada apa-apa’ / ambil ringan – sehingga pakai atau tak pakai – langsung tak memberi apa-apa erti pada kita.
Yang dah sempurna tutup auratnya.
Jangan tempelak mereka. Tapi tegurlah, baik dengan lembut mahupun dengan tegas. Yang penting usah tempelak mereka seakan pintu taubat sudah tertutup untuk mereka apatah lagi sarankan mereka “BUKAK TUDUNG LEBIH BAIK..”
Jika kita tahu seberat apa itu dosa dan azab ALLAH, mustahil kita anggap buka tudung itu lebih baik. Sama-sama kita doakan untuk semua. Syurga neraka belum start lagi. Kenapa gopoh menghakimi? Tegur, tapi jangan putuskan ke mana akhir sesiapa. Itu kerja TUHAN.
Bukan kerja kita. Okey?
Mingguan Wanita : Moga kita semua terpelihara, mendapat keberkatan dan dijauhi daripada sikap seperti ini.
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita