Macam mana nak tegur suami yang suka melepak malam-malam tinggal anak bini? Fitrah lelaki, suka keluar melepak dengan kawan itu adalah satu nikmat yang tak boleh dibeli. Tambah pula kalau dah jumpa kawan-kawan yang hobi dan minatnya yang sama. Tapu macam mana kalau lelaki yang bergelar suami pergi melepak?
Ya, bagi lelaki ini bukanlah sesuatu yang beri masalah sebab bukannya berlaku curang ataupun melakukan dosa. Sebab itu, kedua-dua pihak perlu toleransi.
Jangan ditegur supaya dia kurangkan masa bersama kawan-kawannya, kerana perkara tersebut akan membangkitkan rasa tercabar dan lebih susah untuk dia mendengar aduan kita pada saat egonya tinggi.
Ads
Renungan buat suami…
1. Utamakan isteri kerana isteri hanya mempunyai seorang suami iaitu kita, manakala kawan-kawan kita masih mempunyai kawan-kawannya yang lain.
2. Fitrah isteri, seorang wanita akan lebih mudah terasa sunyi bila ketiadaan suami. Fitrah isteri juga sentiasa ingin berkongsi apa sahaja dengan orang yang disayangi dan dihormatinya. Jangan sampai ketiadaan kita yang berterusan menyebabkan terisi dengan lelaki lain yang lebih banyak punyai masa untuk mendengar cerita perkongsiannya.
Ads
3. Lebih baik jadikan kawan-kawan kita sebagai kawan ke arah kekeluargaan, bukannya untuk tujuan budaya hidup bujang yang boleh menimbulkan keraguan kepada isteri kita. Kawan-kawan yang bersifat kekeluargaan akan lebih menghargai kebahagiaan keluarga masing-masing.
Ads
4. Elakkan daripada terlalu banyak keluar bersama kawan-kawan. Jika perlu dalam aktiviti bersama kawan-kawan, bawa isteri bersama dan bertoleransilah agar minat dan hobi kita serta hobi pasangan kita dihargai satu sama lain.
5. Cipta waktu bersama isteri lebih romantik untuk dikenang dan dirasai lebih panjang oleh isteri kita. Fitrah wanita, bila dibelai dan dilayan secara romantis, kebahagiaannya lebih terasa dan sedikit sebanyak mengurangkan rasa tidak puas hati terhadap waktu kekosongan, bila kita tiada di sisinya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Menjadi kebimbangan buat mak ayah, apabila menghantar anak dibawah jagaan pengasuh namun diperlakukan sebegini. Tempat yang dirasakan selamat untuk anak-anak rupanya menjadi mimpi ngeri dan meninggalkan trauma buat diri mereka.
Baru-baru ini dilaporkan, budak perempuan berusia lima tahun dipercayai menjadi mangsa rogol anak lelaki pengasuhnya di Taman Lapangan Jaya, Ipoh.Difahamkan, kejadian itu diketahui Khamis lalu, apabila mangsa menceritakan perbuatan remaja berusia 16 tahun itu kepada ibu saudara sebelum dimaklumkan kepada ibunya.
Mengadu Bahagian Sulit Sakit
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mazuki Mat berkata, mangsa dipercayai menceritakan perbuatan terkutuk anak pengasuhnya kepada ibu saudara.
“Selepas mendapat tahu perkara itu, ibu mangsa bertanya sendiri kepada anaknya. Kanak-kanak itu menceritakan perbuatan suspek selain mengadu bahagian sulitnya sakit,” katanya.
Mazuki berkata, mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menjalani pemeriksaan dan keputusan mendapati terdapat kesan koyakan separuh dipercayai akibat tusukan objek tumpul.
Dijaga Sejak Berusia 2 Tahun 6 Bulan
Katanya, mangsa dipercayai sudah mengadu mengenai kesakitan di bahagian sulitnya sejak Isnin lalu namun ibunya tidak mengesyaki apa-apa.
“Selasa lalu, mangsa juga menangis ketika mahu dihantar ke rumah pengasuh dengan mengatakan ada budak lain yang dijaga di situ mahu memukulnya.
“Mangsa dipercayai sudah dijaga oleh ibu suspek sejak berusia dua tahun enam bulan manakala suspek tidak bersekolah dan membantu menjaga anak-anak yang diasuh ketika ibunya memasak,” katanya.
Katanya, suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
MW: Allahu, memang risau dan bimbang bila ada kes sebegini. Semoga anak-anak kita sentiasa dibawah perlindunganNya. Pesanan juga buat mak ayah, agar lebih berwaspada dan melihat pelbagai aspek sebelum memilih pengasuh yang tepat untuk menjaga anak-anak ketika kita keluar bekerja.
10 hari dirawat di hospital akibat Covid-19, pelakon Intan Ladyana dibenarkan pulang ke rumah. Begitulah yang dimaklumkan oleh Intan yang juga isteri kepada Harris.
Malah menerusi perkongsian menerusi akaun rasmi Instagramnya, Intan memaklumkan dia kini semakin pulih dan sambung berehat di rumah.
10 Hari Dirawat Di Hospital Akibat Covid-19
Pelakon yang kini sedang berbadan dua itu memaklumkan sudah pulang ke rumah setelah 10 hari menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh akibat Covid-19.
Malah suaminya juga sebelum ini meminta semua mendoakan keselamatan isteri dan anaknya dalam kandungan yang berusia 7 bulan agar kembali sihat.
Sebelum ini Haris terlebih dahulu disahkan positif sebelum virus berkenaan menjangkiti Intan beberapa hari kemudian.
Terima Kasih Atas Doa
Intan juga turut berterima kasih atas doa dan ucapan dari semua.
“Alhamdulillah, saya kini berada di rumah. Sambung berehat untuk beberapa hari lagi.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih atas doa dan ucapan cepat sembuh.
“Saya memohon maaf kerana tidak dapat membalas mesej kepada setiap seorang secara individu.
“Saya mahu mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat tahun baru.
Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik, kebahagiaan hidup dan jauh daripada segala malapetaka dan bencana. Amin,” kongsinya.
Doa Dari Peminat
Pasangan ini juga dibanjiri doa dari para peminat mereka menerusi komen di Instagram.
norle.diran – Allhamdullilahhh..syukurrr…hari² dok tengok post dia..risau….syukur²…
callabeauty_melaka – alhamdulillah syukur happy new year happy tgk mommy daddy to be ni moga sihat selalu
feridehikmetatak – take care beb. and happy new year!
idashaari10 – Alhamdulillah
wany_wardy – Aamiin Ya Mujib 🤲🥰 semoga dipermudahkan segala urusan intan n suami
Dalam kehidupan ini, setiap anak pasti menginginkan yang terbaik untuk ibu bapa mereka, sama ada semasa mereka masih hidup ataupun setelah mereka meninggal dunia.
Salah satu cara paling bermakna dan penuh dengan keberkatan untuk menunjukkan kasih sayang dan penghormatan kepada ibu bapa yang telah pergi adalah dengan mengirimkan saham akhirat kepada mereka melalui amalan wakaf.
Sebenarnya apakah yang dimaksudkan dengan wakaf? Wakaf merujuk kepada tindakan menderma harta, seperti tanah, bangunan, atau wang, untuk manfaat awam secara berterusan, di mana manfaat dari harta tersebut akan digunakan untuk tujuan kebajikan selagi harta tersebut kekal. Amalan ini memberikan banyak kebaikan, baik dari segi agama, sosial, mahupun ekonomi.
Wakaf juga dikatakan sebagai ‘ladang untuk mengumpul saham akhirat’. Bayangkan jika kita mewakafkan sebidang tanah untuk pembinaan masjid atau sekolah. Setiap kali masjid itu digunakan untuk solat atau sekolah itu digunakan untuk mendidik anak-anak, pahala akan terus mengalir kepada kita, selagi manfaatnya dirasai oleh orang lain.
Wakaf adalah satu bentuk pelaburan yang tiada bandingannya di dunia, kerana ia berterusan memberikan pulangan pahala walaupun kita sudah tidak lagi berada di dunia ini.
Hadiah Paling Berharga
Wakaf juga merupakan hadiah paling berharga yang boleh kita berikan kepada ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Ramai di antara kita mungkin merasa kehilangan apabila orang yang kita sayangi meninggalkan dunia. Salah satu cara untuk terus memberi manfaat kepada mereka adalah dengan mewakafkan sesuatu atas nama mereka.
Sebagai contoh, jika ibu bapa kita telah meninggal dunia, kita boleh mewakafkan sebidang tanah, sebuah telaga, atau sebahagian harta yang kita miliki dengan niat supaya pahala yang diperoleh daripada wakaf tersebut disedekahkan kepada mereka. Ini adalah salah satu cara, tanda kita terus menghormati dan menyayangi mereka, walaupun mereka sudah tiada.
Salah satu kelebihan terbesar wakaf adalah ganjaran pahala yang berterusan. Nabi Muhammad SAW bersabda,
“Apabila mati seorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, atau doa anak yang soleh.” (Hadis Riwayat Muslim).
Ini bermakna, wakaf adalah satu amalan yang akan terus memberikan pahala kepada pewakaf walaupun setelah mereka meninggal dunia. Harta yang diwakafkan akan terus memberi manfaat kepada orang lain, dan selagi manfaat itu diterima, pahala akan terus mengalir kepada pewakaf.
Wakaf secara umumnya mendidik umat Islam tentang pentingnya tanggungjawab sosial. Dengan mewakafkan harta, individu diajar untuk berfikir tentang kepentingan jangka panjang dan bagaimana mereka dapat memberi sumbangan yang berterusan kepada masyarakat. Ini memupuk nilai-nilai kemanusiaan seperti keprihatinan, kedermawanan, dan kesedaran sosial, yang merupakan inti pati ajaran Islam.
Susah ke nak berwakaf?
Persoalan ini sememangnya menjadi pertanyaan di kalangan masyarakat yang masih ‘hijau’ dalam soal wakaf ini. Terdapat pelbagai cara untuk berwakaf, antaranya melalui kaunter-kaunter PPZ-MAIWP, potongan wakaf bulanan, ejen-ejen yang dilantik atau lebih mudah, layari wakafppz.com.my
Pembelian peralatan hospital juga boleh diinfak sebagai zakat yang membantu lebih ramai pesakit mendapatkan manfaatnya.
Melalui laman web tersebut, akan diberikan pilihan untuk memilih jenis wakaf yang ingin ditunaikan. Antara jenis wakaf yang biasanya ditawarkan termasuk wakaf tunai, wakaf hartanah atau wakaf projek tertentu seperti pembinaan masjid, sekolah, atau hospital. Pilih jenis wakaf yang diinginkan untuk memahami tujuan dan manfaat wakaf tersebut.
Lebih istimewa, setiap jumlah wakaf yang ditunaikan oleh individu atau syarikat juga berpeluang menikmati potongan cukai sehingga 10% daripada pendapatan agregat yang diperakui LHDN!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...