Tular di media sosial perkongsian wanita muslimah yang memberi tip percutian bajet bersama BF iaitu duduk sebilik, berkongsi tidur sekatil. Katanya, dia tidur bertudung dan berselimut.
Akuinya lagi percutian sedemikian bukan saja jimat duit malah ‘rasa selamat’ bercuti dengan teman lelakinya itu. Bila ditanya, tidak takutkah berzina. Jawabnya, ‘jaga niat’.
Biar apa pun alasan yang wanita ini berikan, lelaki dan wanita tidak boleh berdua-duaan apatah lagi berkongsi satu bilik semacam ini. Kerana, apa yang dilakukan itu menjurus ke arah maksiat.
Hadamkan penjelasan Najmi Farisham ini betapa konsep percutian jimat sebegini mengundang maksiat malah amat membimbangkan sekali.
Astaghfirullah!
Ini sebenarnya maksiat. Duk berdua-duaan dengan bukan mahram dalam 1 bilik.
Biarpun yang perempuan tu tidur bertudung, pakai stoking, berpurdah sekalipun. Yang lelaki pula siap berserban contohnya, itu tetap maksiat.
Dah tu pula, tidur sekatil. Eh, boleh pula letak bantal di tengah kononnya nak elakkan sentuhan. Jangan menormalisasikan perkara sebegini weh.
Lelaki dan perempuan tak boleh berdua-duaan sebegini. Nabi SAW dah kata, akan datang yang ketiga iaitu syaitan untuk menghasut itu dan ini.
“Eh takpa, saya kuat iman.”
Baca : Buat Wanita Suka Bercuti Guna Pesawat Udara, Jangan Sentuh Bagasi Sesiapa, Bahaya Mengundang
Dekat sini bolehlah gebang kuat iman. Bila dah sebilik, tak ada iman dah jadinya. Bukan kita tak pernah dengar berita pak imam, pak ustaz, ustazah yang buat hal.
Secara logiknya, mereka lagi kuatlah imannya kan? Tapi percayalah, godaan dan hasutan syaitan ini sangat dahsyat. Hafal al-Quran 60 juzuk sekalipun, kalau dah tergelincir memang parah.
Sebab itu, al-Quran pesan supaya kita menjauhi zina. Zina, bukannya bila melibatkan hubungan s4ks sahaja. Bahkan perkara yang mendorong ke arah itu juga perlu dijauhi.
Contoh? Macam kes inilah.
Tidur sekatil.
Pergi bercuti berdua-duaan sahaja.
Tak payah lindunglah benda maksiat sebegini dengan kononnya solat asing-asing. Masa mandi, seorang turun lepak bawah. Heyyy heyyy!
Maksiat tetap maksiat.
Kena fahamkan balik apa itu batasan pergaulan lelaki dan perempuan. Nak berkawan tak salah, tapi sampai tidur sebilik weh, ini sangat salah. Jangan duk buat rileks, tak rasa salah apa-apa.
Peranan dakwah, berada di pundak setiap daripada kita. Sampaikan perkara yang benar dalam agama. Kena banteras perkara sebegini sebelum ia menular lebih parah dalam masyarakat kita.
Ingatlah, kita ada agama yang menjadi panduan. Kita ada iman yang perlu disemai. Kita ada maruah yang perlu dijaga. Jangan ambil mudah. Bila agama dah larang, itu maksudnya hal tersebut sangat serius.
Jaga niat? Ohoi pandailah kau punya tunggang niat!
Itulah.
Sumber/Foto : Najmi Farisham,
Jangan menormalisasikan aktiviti maksiat.
#NF
Mingguan Wanita : Tak semua perkara boleh dibuat ikut logik akal semata. Selagi belum berkahwin, ada batasan yang perlu anda jaga. Maruah diri seorang wanita itu amat mahal harganya.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.