Menjelang 8.8, platform e-dagang Shopee menawarkan jualan bagi kategori fesyen dan kecantikan yang tiada tandingan dengan pelbagai pilihan fesyen dan produk kecantikan untuk golongan wanita! Tawaran eksklusif yang akan berlangsung mulai 26 Julai sehingga 11 Ogos 2024ย yang pastinya akan menjanjikan pengalaman yang lancar kepada pengguna kerana segalanya hanya di hujung jari.
Lebih menarik, Shopee akan memberikan baucar Penghantaran Percuma tanpa perbelanjaan minimum setiap hari agar pengguna boleh mendapatkan trend Fesyen terbaharu tanpa perlu risau tentang kos penghantaran tambahan.
Tidak cukup dengan itu, kempen ini juga menawarkan baucar setiap hari pada jam 12 tengahari untuk pelbagai pilihan fesyen yang terkini, anggun dan moden. Selain itu pelbagai produk kecantikan yang pasti akan menyerlahkan kejelitaan wanita turut boleh didapati.
Pastikan anda jangan lepaskan peluang untuk menikmati tawaran hebat ini setiap hari pada jam 12 tengah hari!
Jangan Lepaskan Peluang!
Golongan wanita yang gemar kepada fesyen dan produk kecantikan anda boleh menjimatkan wang bila membeli belah barangan kesayangan dan pastikan anda tidak terlepas untuk mendapatkan keuntungan padu kempen 8.8 ini!
Paling istimewa anda boleh menikmati penghantaran percuma untuk semua produk fesyen dan kecantikan kegemaran, jangan lupa untuk menuntut dan menggunakan baucar anda pada pukul 12 tengah hari setiap hari!
Ads
Tanpa Perbelanjaan Minimum!
Paling seronok Shopee mengadakan penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum untuk barangan fesyen dan kecantikan. Baucar ini akan dikeluarkan pada pukul 12 tengah hari setiap hari. Nantikan tawaran masa terhad dan baucar tambahan diskaun 50% untuk direbut!
Tawaran Masa Terhad
Bagi anda yang mementing gaya dan penampilan yang menarik, jangan lepaskan peluang keemasan ini.
Ads
Malah bagi meningkatkan lonjakan kategori fesyen dan produk kecantikan Baucar Penghantaran Percuma (FSV) akan diperbaharui pada pukul 12 tengah hari setiap hari, berakhir pada pukul 11:59 pagi keesokan harinya.
Paling menggembirakan pelanggan Shopee akan mendapat diskaun sehingga 70% daripada jenama fesyen dan kecantikan terkemuka serta baucar tambahan diskaun 50% untuk produk jualan terbaik.
Menampilkan pelbagai pilihan fesyen trendy pada tawaran yang tidak dapat ditandingi, Shopee adalah destinasi utama rakyat Malaysia untuk pembelian barangan fesyen berbaloi tanpa risau.
Bukan itu sahaja, sempena musim sukan ini, Shopee kini memperkenalkan Shopee Games 8 malam! Pastikan anda bermain “Putar & Menang Jongkong Emas 999 10g” (bernilai RM 4,000 seketul) setiap 8 malam dari 8 Ogos hingga 11 Ogos! Selama 4 hari, setiap hari akan ada seorang pemenang; jadi setiap 8pm spin, mungkin orang yang bertuah itu adalah anda!
Jangan lepaskan peluang beli-belah tanpa risau sempena 8.8 di Shopee! Untuk maklumat lanjut layari 8.8 Festival Shopee Live dan nikmati pelbagai tawaran hebat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sungguh malang tidak berbau. Akibat kecuaian, anak yang masih kecil menemui ajal.
Bayi lelaki berusia setahun tujuh bulan yang ditemukan lemas di Sungai Ketil, Lubuk Pedati, dekat sini dipercayai menaiki kayak bersama bapanya sebelum terlepas daripada pegangan lelaki itu.
Bayi lelaki yang lemas itu dikenali sebagai Adryan Mikhael Muhammad Afiq.
Terlepas Daripada Pegangan Ayah
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, bapa mangsa berusia 30 tahun dipercayai tergelincir sebelum bayi itu terlepas daripada pegangannya dalam kejadian 11.50 pagi tadi.
Beliau berkata, bayi berkenaan kemudian dihanyutkan air sehingga ke Kampung Sungai Limau, di sini.
“Ketika kejadian, ibu mangsa bersama ahli keluarga dan rakan turut berada di tempat kejadian.
“Kami menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 12 tengah hari sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilakukan bersama anggota Balai Bomba dan Penyelamat Baling serta anggota Balai Polis Baling,” katanya dalam kenyataannya hari ini.
Mayat Dijumpai Penduduk Kampung
Shamsudin berkata, mayat bayi berkenaan ditemukan pada 12.45 tengah hari dengan bantuan orang awam dan penduduk kampung di Kampung Sungai Limau.
Beliau berkata, mayat Adryan Mikhael dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut.
Mingguan Wanita:Salam takziah buat keluarga mangsa bayi lemas ini. Peringatan dan pesanan buat mak ayah yang lain, utamakan lah keselamatan anak. Aktiviti lasak sebegini tak perlu bawa bayi yang masih kecil untuk turut serta.ย
Nak selamatkan perkahwinan tengok usaha suami juga, sekadar janji tapi sikap masih sama angkatlah kaki cepat. Ramai isteri diuji dengan sikap suami kurang bertanggungjawab dalam perkahwinan.
Culas beri nafkah, curang, pemalas dan tak membantu dalam rumahtangga, hanya tahu mengarah dan banyak lagi perangai yang kadang kala menyakitkan hati isteri.
Tidak ramai isteri mahu bergelar ibu tunggal dan biasa mereka akan berusaha menyelamatkannya dan suami juga suka berjanji nak berubah bila dah terkantoi tapi sebelum meneruskan perkahwinan tengoklah pada usahanya. Takut sekadar janji tapi tak dilaksanakan. Akhirnya isteri terus makan hati dalam perkahwinan yang rosak.
Ikuti perkongsian dari penulis juga pemilik PizzaBite, Puan Sharifah Zahidah yang berkongsi hal yang perlu wanita baca dengan โmata hatiโ.
Begini puan-puan,
Boleh kalau nak selamatkan atau pertahankan perkahwinan. Memang itu yang patut dilakukan jika di fasa awal perkahwinan kita diuji. Memang kita mesti cari solusi dan jalan perdamaian sebelum tekad bercerai.
Tapi kena ingat juga, pastikan si suami pun BERMINAT/INTERESTED TO PROTECT THE MARRIAGE.
Bagaimana cara nak tahu jika lelaki itu berminat atau tak untuk pertahankan rumahtangga tu?
Buat perancangan, buat time frame dan letak KPI/ indicator kepada pasangan anda untuk dia turut menyumbang kepada usaha menyelamat.
Rescue Plan namanya. Jangan menonong kata nak selamatkan perkahwinan, tapi nak buat Rescue Plan pun tak ada perbincangan antara keduanya.
Beliau adalah seorang lawyer lelaki dan juga seorang anak yang membantu ibunya sendiri bercerai dengan bapanya atas isu-isu rumahtangga yang gagal diselesaikan dengan baik, sejak dari mereka kecil dan berpanjangan sehingga mereka dewasa.
Siapa kata bila bercerai anak jadi mangsa? Hakikatnya apabila tak bercerai dalam perkahwinan yang nyata GAGAL, anak-anak lebih TERUK dimangsakan dan melalui episod derita dan trauma sehingga dewasa.
Conclusion dari nasihat panjang yang beliau kongsikan ketika kami berjumpa adalah;
“Apabila lelaki cakap, berjanji atau bersumpah sekalipun bahawa dia nak berubah, JANGAN PERCAYA. They can hardly do that. Dengar saja. Tetapi percaya jangan sekali-kali.
Kadangkala, lelaki sembang nak berubah ni macam tikus baiki labu. Kata nak berubah, tapi tindakan mereka makin sampah. Jadi apa pun, jangan dengar perkataan mereka, tetapi tengok action mereka. Never trust their words once they lie.โ
Saya bersetuju dengan nasihatnya.
TINDAKAN, BUKAN PERKATAAN
Wanita yang diuji dalam rumahtangga, jika anda NAK SELAMATKAN perkahwinan, make sure the other party juga CONGRUENT DENGAN ACTION DIA.
Dan pastikan โjanjiโ bahawa โnak selamatkan perkahwinan’ itu bukanlah taktik basi sekadar untuk memanjangkan proses perceraian dan melakukan mental torture lebih banyak ke atas diri isteri yang ditahan dan tak mahu dilepaskan. Ditahan kerana kononnya sayang, hakikatnya si isteri terbuang.
Mempertahankan perkahwinan atau sekadar menunda perpisahan? Anda pasti lebih tahu.
Orang kalau betul dia nak, kalau betul dia sayang, dia akan lebih berhati-hati dengan tindakan dia. Dia akan usaha buat habis-habisan sehingga tiada ego berbaki untuk dipertahankan. Bagaimana dia bertindak dan hadapi situasi akan menentukan segalanya. Bukan apa yang dia janji atau merayu depan anda.
Ingat ni, hadam ni.
SAYANGI DIRI
Wanita,
Sebelum melutut hendak suami sayangkan kita, kita perlu belajar sayangi diri sendiri dahulu.
Wanita yang sayangkan dirinya ini berada dalam kelas tersendiri. Tindakan dan gaya mereka classy. Mereka tidak desperate untuk disayangi lelaki sampai dijadikan alas kaki, dia tetap melutut agar disayangi suami.
Wanita yang sayang diri takkan rasa insecure atau hina dengan titile janda. Merasa tenang dan bahagia dalam hati lebih utama dari menggalas title isteri tapi menahan derita setiap hari. Saham wanita sebegini masih ada walaupun usia dan muka dah semakin tua.
Apapun, usah terlalu difikir soal berteman jika terpaksa melewati perpisahan. Alah bisa tegal biasa.
ANAK-ANAK JUGA PERLU BERASA AMAN
Saya bukan menggalakkan perceraian.
Tapi cukuplah.
Cukuplah saya lihat rumahtangga dan ANAK-ANAK MENJADI MANGSA TEKANAN SANG IBU DAN ISTERI yang menderita dalam perkahwinan! Tak ada siapa yang bahagia dalam rumahtangga yang telah LUMPUH fungsinya.
Kita ini wanita.
Jangan kerana takut hidup bersendiri.
Takut dituduh tak pandai menjaga laki.
Takut terpaksa berhempas pulas menyara diri dan anak-anak.
Kita biar diri kita diinjak lelaki yang gagal berfungsi sebagai suami dan ketua keluarga.
Damagenya besar!
Pertahankanlah keluarga.
Di saat bertahannya keluarga itu membawa lebih kebaikan buat semua pihak.
Tetapi ambillah jalan perpisahan, jika berpisah itu membawa lebih kebaikan buat semua pihak.
JADILAH HAMBA ALLAH YANG BAIK
Jika mampu bertahan dalam perkahwinan sebagai hamba ALLAH yg baik, go ahead dan pertahankan.
Syurga menanti buat dirimu yang berkorban.
Tapi jika hati menyumpah dan tak mampu lagi redha dengan kezaliman dari sikap pasangan, lantas hanya menjadikan kita isteri durhaka dan kufur; berpisahlah setelah jalan perdamaian menemui kebuntuan.
Bercerai itu ada banyak hukumnya.
Kadang haram, kadang wajib.
Bukan semua perkahwinan wajar dipertahankan.
Yang penting duhai wanita.
Tolonglah.
Tolonglah, sayangi diri anda.
Anda sayang diri anda, akan ada org yang lebih layak datang untuk menyayangi anda kembali. โYou deserved to be loved the way you loveโฆโ
JANDA BAHAGIA
Jika takdirnya tiada yang ingin sunting ada lagi dan anda perlu bersendiri sehingga mati, WHO CARES?
Peganglah title Janda Bahagia dengan bangga!
Daripada pegang title isteri durjana, isteri derita, isteri malapetaka segala apa benda title isteri yang akhirnya hanya membuat anda โhilangโ diri anda.
Tak berbaloi. Hilang diri kerana seorang lelaki yang tak layak bergelar suami.
Keywordnya, sayangi diri.
Sebelum minta disayangi lelaki.
Allahualam.
*Tiada kaitan dengan isu viral rumahtangga selebriti.
Rupanya tak susah mana pun nak buat resepi Chizza iaitu makanan gabungan piza dan ayam. Sekarang ini tengah meletup-letup dekat restoran makanan segera.
Cara mudah buat resepi chizza ini dikongsikan oleh Rara Rawdah. Bahan-bahan yang digunakan juga tak susah nak cari.
Katanya, โTak puas makan chizza dekat KFC, jadi buat sendirilah. Double-double sedap dia. Coat ayam pakai tepung Bestari je.โ
Resepi Chizza Ala KFC
Ayam
Dada ayam – belah 2 bagi nipis
Tepung Bestari – yang pedas
Caranya
1. Perap dada ayam dengan tepung yang dicampur air sedikit.
2. Ambil dada ayam yang telah diperap tadi dan gaulkan dengan tepung kering. Terus goreng.
Topping
Sos Prego – ikut selera nak perisa apa
Nenas dalam tin
Cili benggala merah
Keju Mozarellah – parut
Chili flakes
Caranya
1. Selepas goreng ayam tak perlu tunggu sejuk.
2. Terus letak topping ikut kreativiti masing-masing.
3. Kemudian, bakar dalam oven 5 minit pada suhu 150 celsius
4. Dah siap!
Nota : Kalau tak ada oven, boleh guna pemanggang ajaib suhu api sederhanauntuk buat resepi chizza ni.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebak bila Achey dedah isteri serahkan wang gaji ketika bekerja. Terbaru menerusi program realiti TV, Achey memberitahu dirinya sangat kagum dengan pengorbanan suri hatinya...