Menjelang 8.8, platform e-dagang Shopee menawarkan jualan bagi kategori fesyen dan kecantikan yang tiada tandingan dengan pelbagai pilihan fesyen dan produk kecantikan untuk golongan wanita! Tawaran eksklusif yang akan berlangsung mulai 26 Julai sehingga 11 Ogos 2024ย yang pastinya akan menjanjikan pengalaman yang lancar kepada pengguna kerana segalanya hanya di hujung jari.
Lebih menarik, Shopee akan memberikan baucar Penghantaran Percuma tanpa perbelanjaan minimum setiap hari agar pengguna boleh mendapatkan trend Fesyen terbaharu tanpa perlu risau tentang kos penghantaran tambahan.
Tidak cukup dengan itu, kempen ini juga menawarkan baucar setiap hari pada jam 12 tengahari untuk pelbagai pilihan fesyen yang terkini, anggun dan moden. Selain itu pelbagai produk kecantikan yang pasti akan menyerlahkan kejelitaan wanita turut boleh didapati.
Pastikan anda jangan lepaskan peluang untuk menikmati tawaran hebat ini setiap hari pada jam 12 tengah hari!
Jangan Lepaskan Peluang!
Golongan wanita yang gemar kepada fesyen dan produk kecantikan anda boleh menjimatkan wang bila membeli belah barangan kesayangan dan pastikan anda tidak terlepas untuk mendapatkan keuntungan padu kempen 8.8 ini!
Paling istimewa anda boleh menikmati penghantaran percuma untuk semua produk fesyen dan kecantikan kegemaran, jangan lupa untuk menuntut dan menggunakan baucar anda pada pukul 12 tengah hari setiap hari!
Ads
Tanpa Perbelanjaan Minimum!
Paling seronok Shopee mengadakan penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum untuk barangan fesyen dan kecantikan. Baucar ini akan dikeluarkan pada pukul 12 tengah hari setiap hari. Nantikan tawaran masa terhad dan baucar tambahan diskaun 50% untuk direbut!
Ads
Tawaran Masa Terhad
Bagi anda yang mementing gaya dan penampilan yang menarik, jangan lepaskan peluang keemasan ini.
Malah bagi meningkatkan lonjakan kategori fesyen dan produk kecantikan Baucar Penghantaran Percuma (FSV) akan diperbaharui pada pukul 12 tengah hari setiap hari, berakhir pada pukul 11:59 pagi keesokan harinya.
Paling menggembirakan pelanggan Shopee akan mendapat diskaun sehingga 70% daripada jenama fesyen dan kecantikan terkemuka serta baucar tambahan diskaun 50% untuk produk jualan terbaik.
Ads
Menampilkan pelbagai pilihan fesyen trendy pada tawaran yang tidak dapat ditandingi, Shopee adalah destinasi utama rakyat Malaysia untuk pembelian barangan fesyen berbaloi tanpa risau.
Bukan itu sahaja, sempena musim sukan ini, Shopee kini memperkenalkan Shopee Games 8 malam! Pastikan anda bermain “Putar & Menang Jongkong Emas 999 10g” (bernilai RM 4,000 seketul) setiap 8 malam dari 8 Ogos hingga 11 Ogos! Selama 4 hari, setiap hari akan ada seorang pemenang; jadi setiap 8pm spin, mungkin orang yang bertuah itu adalah anda!
Jangan lepaskan peluang beli-belah tanpa risau sempena 8.8 di Shopee! Untuk maklumat lanjut layari 8.8 Festival Shopee Live dan nikmati pelbagai tawaran hebat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Peguam syarie kongsi isteri kena penjara 7 hari, โlebih 80 kali sengaja ubah tempat pertemuan bekas suami & anak. Kes seorang ibu yang di penjara oleh Mahkamah Tinggi Syariah kerana dengan sengaja tidak beri kebenaran kepada bekas suami bertemu anak agak memeranjatkan.
Ini kerana kita biasa mendengar ada lelaki yang di penjara kerana gagal membayar nafkah anak tetapi kali ini ia melibatkan seorang isteri yang didapati lebih 80 kali dengan sengaja mengubah tempat pertemuan anak dan bapanya.
Peguam Syarie Kongsi Isteri Kena Penjara 7 Hari
Ikuti perkongsian dari peguam syarie, Fahmi Ramli dari Tetuan Khairul Fahmi & Associates mengenai hal ini.
Penjara kerana anak
Pada asalnya, saya bercadang untuk kunci mulut terlebih dahulu sehinggalah ada fakta kes yang jelas diketahui. Sebab keadilan ini mesti datang dengan keterangan dan pembuktian.
Ramai orang kecoh dan menghentam keputusan Mahkamah Tinggi Syariah apabila memenjarakan seorang ibu yang telah melanggar perintah Mahkamah berkaitan dengan hak jagaan anak.
Ramai yang mencemuh katanya mahkamah zalim, bapa zalim dan sampai satu tahap ada yang mengkritik Islam itu zalim. Nauzubillah.
Percayalah, Islam tak pernah zalim.
Yang zalim apabila kita tidak mengikut apa yang telah ditentukan syarak dan undang-undang serta tidak meletakkan sesuatu perkara betul pada tempatnya.
Saya menyeru untuk semua follower yang membaca untuk bertenang, dan nilaikan sendiri dengan akal yang waras.
Apakah perintah asal berkaitan jagaan anak?
Bagi suami isteri yang bercerai, salah satu isu yang bakal timbul di Mahkamah adalah berkaitan dengan hak jagaan anak. Semua orang yang selalu saya terangkan akan faham, saya selalu cakap, bab jagaan anak adalah bab kebajikan anak.
Dan keutamaan biasanya diberikan kepada ibu kerana hak jagaan disisi undang-undang dan syarak akan diutamakan kepada ibu mengikut Seksyen 81 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.
Tapi, yang paling baik bila ada pertikaian berkaitan hak jagaan anak adalah diputuskan melalui Persetujuan. Kes pihak-pihak adalah Perintah Jagaan yang diputuskan bukan melalui paksaan Mahkamah, tetapi melalui Persetujuan pihak-pihak.
Maka, bekas suami dan isteri, sangat perlu menghormati perjanjian apatah lagi bila ia melibatkan Perintah Mahkamah.
Bolehkah mengubah atau melanggar perintah ikut suka?
Apabila sesuatu perkara itu telah menjadi Perintah Persetujuan ia tetap dikira perintah Mahkamah. Setiap pihak-pihak yang terlibat sangat perlu mematuhi perintah.
Jika salah satu pihak melanggar perintah, ia boleh dianggap sebagai satu kesalahan. Dan pihak yang dianiaya tersebut, berhak, untuk memohon supaya perintah tersebut dikuatkuasakan.
Jika, bekas isteri atau suami rasa terbeban dengan perintah tersebut, mereka sepatutnya boleh membuat tuntutan Ubah Perintah di Mahkamah yang sama keluarkan perintah tersebut.
Adakah Mahkamah akan terus perintah penjara?
Tidak. Mahkamah Syariahlah yang paling kurang bagi penjara meskipun melibatkan kes-kes jenayah syariah yang walaupun dah termaktub setiap kesalahan yang ada hukuman penjara.
Apatah lagi nak hukum penjara keatas wanita yang bergelar ibu dan isu yang berkaitan dengan Perintah Hak Jagaan Anak.
Permulaan kepada kes Komital (Hukuman Penjara) perlu bermula dengan satu Permohonan di Mahkamah Syariah. Ia mesti dibuktikan sekeras-kerasnya apakah pelanggaran yang berlaku.
Apakah wujud pelanggaran dalam kes tersebut?
Mengikut fakta, si bapa ini diperintahkan untuk berjumpa di Kuala Lumpur, tapi si ibu dengan sengaja mengubah lokasi ke Kajang iaitu satu tempat yang bertentangan dengan perintah yang mereka persetujui.
Ini bukan kali pertama. Lebih daripada 80 kali perkara tersebut berlaku seorang bapa dinafikan haknya untuk berjumpa dengan anak-anak.
Mahkamah tidak zalim. Mahkamah beri peluang kepada si ibu untuk bela diri kenapa berbuat demikian apabila mengeluarkan satu Notis Tunjuk Sebab pada 17 Januari 2019. Lebih daripada 20 orang Peguam Syarie bertukar ganti untuk bela si ibu.
Melalui perbicaraan dan keputusan Yang Arif Hakim, pihak si ibu telah gagal membuktikan alasan yang munasabah dan ada pengakuan sendiri si ibu yang dia ingkar perintah tersebut dengan alasan yang tidak munasabah.
Pengalaman kes saya sendiri?
Dahulu, saya ada satu kes yang lebih teruk berlaku kepada si ibu. Mahkamah Tinggi Syariah telah putuskan hak jagaan kepada si ibu dan si bapa diberikan hak untuk melawat pada bila-bila masa yang munasabah.
Tapi, perintah ini jadi sia-sia apabila anak-anak dibawa lari dan disembunyikan tanpa jejak. Jenuh saya naik turun Mahkamah untuk dapatkan pula Perintah Penguatkuasaan untuk dapatkan kerjasama pihak berkuasa.
Tapi, masih lagi belum berjaya.
Hinggalah ke peringkat Akhir, kita dapat menjejaki si bapa, saya segera dapatkan Notis Tunjuk Sebab namun banyak halangan yang masih dilalui hanya untuk dapatkan keadilan serta jagaan anak tersebut.
Kes ini makan masa lebih daripada 3 tahun. Si ibu dinafikan haknya di Mahkamah.
Namun, pada tahun keempat, akhirnya berjaya dibawa si bapa ke Mahkamah dan kuasa Allah pada ketika itu, anak-anak juga dibawa ke Mahkamah.
Adakah Mahkamah terus jatuhkan hukuman penjara? Tidak. Mahkamah tegaskan dan berikan amaran sekeras-kerasnya kepada si bapa supaya Jangan Hina Perintah Mahkamah.
Dan si ibu juga memaafkan peristiwa lalu. Si bapa akhirnya dilepaskan dari segala waran tangkap sebab keadilan telah diperoleh.
Kesimpulan,
Masih kejamkah Mahkamah Syariah apabila memerintahkan penjara 7 hari kerana pelanggaran perintah melalui perbuatan sendiri?
Saya selalu berpesan, seorang bapa, jika jahat atau teruk macam mana sekalipun, selagi dia adalah Bapa Kandung, selagi itu, dia berhak untuk berjumpa dengan anak-anaknya.
Begitu juga dengan si ibu, teruk macam mana sekalipun, bab jagaan anak, ibu tetap ada hak untuk berjumpa dengan anak-anaknya.
Islam tidak pernah zalim. Islam diturunkan untuk membela hak Lelaki dan Wanita. Penjara bukan untuk lelaki sahaja. Hukuman dalam Islam juga bukan untuk lelaki semata-mata.
Berlapang dada. Fahamkan dahulu asas kes sesuatu. Baru menilai. Hormatilah undang-undang, apatah lagi perjanjian yang kita lakukan sendiri.
“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Dalam pertemuan Mingguan Wanita bersamanya, bintang kesayangan ramai ini turut sebak dan mengalirkan air mata tatkala bercerita tentang hijrah 30 tahun lalu mengenai pemakaian tudung yang dilakukannya seterusnya memilih untuk tidak lagi bergelar anak seni walau menerima banyak tawaran.
Mengimbau kenangan lalu, kata Bonda Noor, dahulu balik dari Makkah, dirinya masih tidak menutup aurat dengan sempurna biar ada dinasihati oleh suaminya kerana mati itu akan berlaku tanpa kita tahu.
“Ketika itu Kak Noor cakap, Kak Noor nak pakai ikut kata hati. Kak Noor minta pada Allah dan itulah yang berlaku hingga ke hari ini. Tak pernah tanggal langsung dah. Dah macam rambut.
Lagi satu bila kita memilih bertudung, kena tanya pada hati kita. Kita pakai untuk siapa? Pakai untuk diri sendiri? Untuk suami? Atau kerana Allah? The best thing pakailah kerana Allah kerana itu adalah syariat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Ya itulah kita kena lakukan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sungguh tidak berperikemanusiaan tindakan yang dilakukan oleh wanita ini. Kejadian yang dilaporkan berlaku di Sepanyol ini, seorang wanita berdepan hukuman penjara selepas merakamkan perbuatannya membunuh kejam kucing jantan yang mahu mengawan dengan kucing peliharaannya dengan โmembasuhnyaโ dalam mesin basuh dua kali sebelum memuat naik video itu ke media sosial.
Rakaman diambil wanita tidak diketahui identitinya di Jaen, Andalusia, Sepanyol, itu dikongsikan ke Instagram.
Apabila kucing berkenaan tidak mati ketika pusingan pertama dia mengulangi proses membasuh kali kedua tanpa menghiraukan haiwan berkenaan mengiau ketakutan.
Wanita itu didengar berkata: โKenapa? Ngiau? Duduklah dalam tu! Inilah padahnya jantan yang mahu mengawan dengan kucing kesayangan saya.โ
The Mirror melaporkan dia turut menyertakan emoji ketawa seolah-olah perbuatannya menggelikan hati dengan rakaman diberi tajuk โGatolavadoraโ (mesin basuh kucing).
Selepas selesai dia menunjukkan kucing itu pada jarak dekat dan berkata: โKucing pembawa sial sudah mati.โ
Perbuatannya dikecam hebat pengguna media sosial tetapi wanita berkenaan langsung tidak rasa bersalah malah mengancam membunuh anjing pula selepas ini.
Daily Mail memetik organisasi pegawai kebajikan haiwan berkata, wanita itu kini dilaporkan menghilangkan diri kerana diburu pihak berkuasa.
Kesimpulannya, marah macam mana sekalipun kawallah emosi. Janganlah diseksa dan dibunuh binatang yang tidak berdosa.
โTidak berhenti selagi anak belum bersedia.โ Seorang ibu masih susukan anak berusia 5 dan 6 tahun. Ibu ini langsung tidak mengendahkan pandangan orang lain kerana baginya ia adalah perkara terbaik buat kedua anaknya.
Tidak semua ibu sanggup dan mampu mengorbankan masa dan tenaga untuk menyusukan anak-anak secara eksklusif sehingga dua tahun.
Inikan pula lebih panjang dari itu, menyusukan anak dalam satu tempoh yang lama bukan sesuatu yang mudah malah memerlukan tekad yang tinggi.
Tidak Berhenti Selagi Anak Belum Bersedia
Seorang ibu yang masih menyusukan dua anaknya masing-masing berumur lima dan enam tahun memberitahu bahawa dia tidak akan berhenti memberikan susu badan sehingga mereka bersedia meninggalkan โtabiatโ tersebut, lapor laman berita Mail Online kelmarin.
Menurut Sheryl Wynne, 39, memberi susu badan kepada dua anaknya yang sudah bersekolah adalah perkara normal dan ia menjadikan hubungan mereka lebih akrab.
Seorang Ibu Masih Susukan Anak Berusia 5,6 Tahun
Sheryl menyusukan Riley, 6, dan Mylo, 5 sebelum mereka ke sekolah dan pada waktu petang. Malah, dia juga menyusukan anaknya di taman permainan taska.
Tindakannya menyebabkan dia menerima komen negatif daripada orang luar dan ahli keluarga yang mempersoalkan sekiranya anak-anaknya masih bersifat โkeanak-anakanโ kerana masih menyusu badan.
Sheryl bagaimanapun membalas bahawa mereka adalah โkanak-kanakโ.
Biarpun Sheryl pada mulanya merancang untuk berhenti menyusukan dua anak lelakinya itu selepas Riley berusia tiga tahun, Riley bagaimanapun mengatakan bahawa dia mahu menyusu badan sehingga berusia 10 tahun.
โIa rasa seperti satu kesalahan untuk berhenti melakukannya (menyusu badan). Itu adalah permintaan anak-anak saya dan biarpun ia tidak dianggap normal dalam masyarakat, secara biologinya, tindakan itu adalah normal,โ kata wanita itu.
Tambahnya, menyusu badan menjadikan hubungan Sheryl dan anak-anaknya semakin rapat.
Menerima Respon Negatif
Biarpun menerima respons negatif daripada keluarga dan rakan-rakan, Sheryl melihat menyusu badan sebagai cara untuk dia berhubung dengan anaknya selain menjadikan mereka selesa di sekolah.
Dia berharap untuk mengubah beberapa mitos menyusu badan. Bagi Sheryl, keputusan itu adalah sesuatu yang berasa amat semula jadi. โ AGENSI
Mingguan Wanita : Selagi tidak memudaratkan, rasanya tidak menjadi masalah buat ibu dan anak yang masih menyusu badan. Namun tabiat ini mungkin boleh dihentikan secara perlahan-lahan setelah anak mula bersekolah. Tetapi tidak dinafikan anak yang menyusu badan lebih rapat dengan ibunya.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW