Tazkirah Ustazah Shadiya Abbas, Sebelum Dijemput Ilahi Pulang Ke Rahmatullah

Share

Hari ini, dunia pendakwah kehilangan seorang pendakwah yang disayangi dan disenangi ramai, Ustazah Shadiya Abbas telah meninggal dunia jam 5.05 pagi ini disebabkan sesak nafas (asma). Sepanjang hayatnya, ustazah aktif dengan program-program dakwah dan kerja-kerja amal yang turut dilakukan bersama suami.

Menerusi laman facebook suaminya, Ustaz Muhammad Khairul Azman Md Daud yang lebih dikenali dengan nama MK Azman memaklumkan pemergian isteri tercinta.

Innalillahi wainna ilahi rojiun..
Dukacita dimaklumkan isteri kesayanganku Shadiya Abbas baru disahkan telah meninggal dunia jam 5.05am sebab sesak nafas (asma).

Malah, status terkini suaminya turut memaklumkan jenazah isterinya masih lagi berada di hospital Sungai Buloh. Kerana, pihak hospital terpaksa membuat ujian pengesahan kematian.

Kongsinya, “Berat hati nak meninggalkan guru, teman, buah hati saya di Hospital Sungai Buloh ni. Oleh kerana kematian musim covid, pihak hospital terpaksa buat ujian sama ada arwah buah hati saya positif atau tidak. Saya perlu tunggu 24 jam untuk dapatkan result tersebut, bermakna esok bagi jenazah akan ditentukan bagaimana dan di mana akan dikebumikan.

“Jadi jenazah akan disimpan dahulu di Hospital Sungai Buloh. Insya Allah saya kuat kecuali jika anda call saya.

“Doakan yea sahabat-sahabat sekalian.”

 

Perkongsian ustaz MK Azman pada 30 Mac lalu, menghargai kehadiran isteri undang sebak.

 

Pemergian arwah ustazah Shadiya, meninggalkan suami dan dua orang anak, Ahmad Al-Izz dan Ana Soffya.

Sekitar tahun 2018, keluarga mereka pernah terlibat dengan kemalangan kereta sehinggakan arwah pernah ditempatkan di Unit Rawatan Rapi. Baca sini perkongsiannya : Doa Asmaul Husna selamatkan Ustazah Shadiya dan Ustaz MK Azman sekeluarga.

Tazkirah Akhir Ustazah Shadiya Abbas

Ini tazkirah terakhir Ustazah Shadiya Abbas yang dikongsikan arwah semalam. Sebelum ustazah dijemput Ilahi pagi ini.

JANGAN MENGHINA, JIKA SAYANGKAN ALLAH

Saya dapat satu video yang sedang tular mengenai pengakuan terbuka seorang bekas Muslim yang kini sudah pun menjadi seorang Pastor beragama Kristian.

Saya menonton video itu dan membaca beberapa komen. Namun tidak perlulah saya nyatakan semuanya di sini. Secara peribadi, saya melihat saudara itu dan keluarganya MASIH ADA PELUANG utk kembali ke jalan benar iaitu mengenal ALLAH dan RASUL dengan MAKNA yang BENAR dan BETUL.

Jika anda SAYANGKAN ISLAM, ALLAH dan RASULULLAH SAW… Tolonglah;

1. Jangan KOMEN BURUK tentang dirinya dan isterinya atau keluarganya.

2. Jika mahu komen juga, berikan kata-kata atau LINK untuk mereka baca mengenai kebenaran yang mereka salah faham. Itu usaha kita. Dia nak terima atau tolak bukan kerja kita.

3. Elakkan daripada mencaci INSTITUSI AGAMA hanya disebabkan dia adalah bekas pelajar sekolah agama. Elakkan daripada forward cerita dia.

4. JANGAN LIKE posting mereka. Cukup anda komen, “kami dah baca, anda perlukan pertolongan. Islam adalah agama yang INDAH.”

5. Doakan mereka dalam doa anda tanpa perlu menulis pada wall mereka. Doa yang rahsia lebih cepat makbul berbanding berdoa di facebook.

Selagi Bernyawa Pintu Taubat Masih Dibuka

ADA Sahabat NABI yang pernah MURTAD. Kemudian mereka bertaubat dan menjadi pendokong paling kuat menyebarkan ISLAM. Ia tidak mustahil berlaku juga kepada saudara tersebut dan keluarganya.

Perbuatannya sahaja yang kita marah. Jangan sampai MULUT dan TULISAN kita menafikan Rahmat Allah untuk orang yang diuji seperti itu. Selagi mereka bernyawa, pintu TAUBAT masih dibuka.

Begitu juga dengan seorang lelaki yg memakai nama IMAM TAWHIDI. Saya juga marah dengan dia kerana postingnya seperti seorang Munafiq! Hakikatnya MUNAFIQ skala bahayanya terhadap ISLAM lebih tinggi berbanding mereka yang Jelas KAFIR.

Berhati-hati dengan tulisan anda. Disebabkan tulisan anda, samada ALLAH, NABI dan ISLAM akan diCERCA…atau

Kata-kata anda menjadi PENCETUS HIDAYAH kepada orang lain.

ANDA PILIH!

 

Catatan Akhir Ustazah Shadiya Abbas Di Instagram

Tiga hari sebelum kembali ke perkampungan abadi, ustazah berkongsi catatan terakhirnya di laman instagramnya.

Kongsi arwah ustazah Shadiya Abbas yang juga terkesan dengan musibah Covid-19 ini,

Engkau lebih bermakna…
Ketika ini dan selama-lamanya.
Terutama bagi orang-orang yang kesusahan.
Tak kira jenama.
Asalkan nama kau ROTI.
Lebih berharga daripada CHANEL, LV, DUCK, HERMES… Oh roti…
Kau dah habis.
Nanti ada rezeki, kita jumpa lagi.”

MW : Al Fatihah.. semoga roh arwah Ustazah Shadiya Abbas di tempatkan di taman-taman syurga bersama orang-orang yang soleh. Salam takziah untuk seluruh keluarga Ustaz MK Azman

Sumber/Foto : MK Azman, Shadiya Abbas , Shadiya Abbas

Published by
Netty Ah Hiyer