Apa nak buat bila tayar kereta kempis secara tiba-tiba. Bengkel pula banyak yang tutup disebabkan hari cuti. Nak tak nak kenalah buat sendiri tampal tayar yang alami kebocoran tadi.
Lelaki ini, Mohammad Fadhli Abdullah berkongsi cara menampal sendiri tayar kempis dengan menggunakan ‘cacing tayar’. Boleh saja dicuba untuk pemula.
Pagi pagi keluar hendak tengok pemandangan kaki gunung tampin,sekali tayar kereta sudah kempis. Dahla ahad kedai banyak tutup sebab meraikan MU kena kitai. Jangan marah ha fans MU.
Ni kalau hantar kedai modal pon sikit sahaja. Kenalah aku keluarkan segala tools yang terperam rapi.
Sebagai lelaki sejati,setakat bukak nut tayar kalau tak reti malu beb. Antara syarat nak jadi suami bekas tunang aku dulu,mesti pandai tukar tayar.
Antara tools wajib ada,
Semua tools ni boleh beli dekat mr diy saja. Masa kau nak pakai besen tu, pastikan mak dia tak tau. Tak pasal pasal nanti dia bagi tazkirah duha.
Baca sini : Sebelum tukar tayar baru, 2 benda ini anda patut semak, kalau tak nak kena tipu
Ni saja aku share cara cara budak baru nak up
1. Bukak nut tayar. Bukak dulu nut masa tayar belum dijek. Kalau kau jek dulu tayar, baru nak bukak nut. Sampai magrib tak dapat buka. Kalau pakai air gun lainlah.
2. Selepas itu kau ceklah kat bahagian tayar tu. Kot ada paku ke, skru ke. Kat tayar aku ni aku jumpa skru 1 inci. Bab nak mengeluarkan paku ini, azab juga. Pandai pandailah kau keluarkan.
3. Bila dah keluarkan skru atau paku
. Angin akan habis keluar. Macam kentut selembut bayu itu.Ni part paling leceh, nak masukkan cacing tayar ni. Kau gunakan drill nak buat lubang supaya dapat sumbat cacing. Masa nak sumbat cacing ni kene banyak zikir. Ketat ya rabbi. Masukkan agak agak tinggal suku.
4. Dah setel masukkan cacing, pum tayar sampai 31 psi. Aku agak sahaja, sebab selalu dekat petrol pump ade kadar bilangan angin yang sesuai.
5. Ni part paling best, sebab kau akan mandi sunatkan tayar. Tujuan nak double check agar tiada kebocoran. Kenapa guna besen ni? Sebab ini aja besen yang ada kat rumah. Yang, maafkan abang ya. kahkah
6. Dah yakin tak bocor, masukkan semula rim ke tempat asa
l. Kemudian ketatkan nut ala kadar. Setelah jek diturunkan,ketatkan nut sekadar kederat kau. Agar ketika memandu laju, takdelah tayar tiba tiba lagi laju dari kereta kau.Sekian sahaja. Kalau korang rasa susah. Pergi je hantar dekat cina or ane kedai tayar. Sekejap je dah siap. Murah aje. Dorang lagi expert, tukar cacing tak payah pun nak cabut tayar.
Ingat memandu ketika angin tayar kurang akan memendekkan jangka hayat tayar. Wall tayar akan menipis dan tayar mudah meletup.
Sumber/Foto : Mohammad Fadhli Abdullah