Pernah tak anda tawasul bila anda tersepit dalam kesusahan? Ya, memang masih ramai yang salah faham dengan isu tawasul, namun kalau diteliti dengan perkongsian Puan Hafsah Mardhiah ini, anda boleh nilai dan faham sendiri makna tawasul…
Kak Chah nak share cerita kehebatan bertawasul. Kita bertawasul dengan amalan baik kita sendiri untuk meminta bantuan daripada Allah. Semoga sharing ni ada kebaikannya.
Ni kisah Kak Chah sendiri. Tengah hari semalam, tengah syok duk masak kari ikan. Baru sedang menumis 4 beradik dan bawang kisar. Masuk je serbuk kari yang dah dicairkan tiba-tiba…
Tiba-tiba pintu dapur tertutup kuat tolakan angin dari luar. Kak Chah ni rumah tingkat 8. Bila duk rumah tinggi, sekali angin kuat masuk dari sliding beranda terus berdentum pintu.
Selalunya ada letak penyendal pintu yang getah tebal tu lah kan. Tapi dek kerana kuatnya angin, penyendal tu tertolak dan tersekat ketat celah pintu. Memang rare tak pernah jadi camtu.
Sekali tengok pintu dah terkunci. Lock dah masuk tapi bahagian bawah pintu tak rapat menyebabkan tombol tak dapat function cam biasa.
Huwaaa. Telefon pun kat luar. Mujur anak kecik, Asma’ sempat masuk dapur sekali. Suami ada kelas dan Reem pulak gi sekolah.
Berpeluh-peluh nak usaha potong getah tebal tu. Nak kena tarik getah tu keluar, barulah tombol boleh function semula.
Mula dengan gunting dapur, dan pisau besar potong ayam. Tambah dengan alu lesung lagi untuk ketuk pisau. Cuba potong dan tarik keluar. Dah rasa nak putus asa, susah sangat. Bayangkan nak potong getah tebal dan padat tu.Tangan pun dah merah, sakit. Alahaii…
Kalau tunggu suami balik pukul 2.30 petang. Masa tu around pukul 1. Pukul 1.30 janji dengan staff nak amek barang kat lobi bawah. Lepas tu kena amek Reem sekolah. Tak boleh jadi ni.
Kemudian teringat tentang tawasul, terus buat.
“Ya Allah, jika aku ikhlas bersedekah kat pasar baru ni, Kau bantulah aku buka pintu ni”.
Teringat ahad lepas gi Pasar pagi. Baru lepas cucuk duit ada duit lebih kat tangan. Jadi sepanjang dari awal hingga ke hujung semua dapat sikit sorang. Pakcik makcik oku, ada yang kutip derma untuk rumah anak yatim dan Tahfiz, pelajar nak sambung belajar kat Mesir dan derma untuk Kemboja.
Ni Kak Chah share je ye kat kawan-kawan. Tak banyak mana pun kalau nak ikutkan.
Kemudian tambah lagi tawasul kedua;
“Ya Allah, jika aku ikhlas dan tak riak bagi duit raya lebih kat umi abah, Kau bantulah aku untuk buka pintu ni”
Ni masa raya baru ni, ada duit lebih sikit. Jadi dapat bagi duit raya lebih each kat umi dan abah, satu sampul sorang.
Allahuakbar, alhamdulillah. Tak lama lepas tu elok je getah tu berjaya dipotong sampai hancur dan ditarik keluar. Tengok lah gambar tu. Bila pintu dapat tutup rapat, automatik tombol berfungsi semula.
Elok-elok je pukul 1.30 pintu dapat dibukak. Setengah jam jugak lah duk potong menda alah tu. Elok je boleh jumpa staff kat bawah dan kemudian amek Reem kat sekolah, 5 minit driving.
Lega yang amat, tapi letih macam nak pengsan. Haha. Gitu lah ceritanya tentang tawasul ni.
Sebelum ni pun pernah jadi. Gelang Pandora Emas Kak Chah terbuka dan terkeluar semua 8 biji charm & beads yang kecik tu. Alhamdulillah dapat jumpa semula semua lepas bertawasul. Yang hebat tu Allah.
Erti Tawasul adalah mendekatkan diri atau memohon kepada Allah SWT dengan melalui wasilah (perantara) yang memiliki kedudukan baik di sisi Allah SWT.
وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَة
Ingat lagi kisah 3 pemuda yang terperangkap dalam gua? Ada hadis sahih riwayat Imam Bukhari Muslim tentang cerita itu. Bagaimana ketiga-tiga pemuda bertawasul mohon Allah gerakkan batu besar yang jatuh dan menutup pintu gua hingga mereka dapat keluar semula.
Berkata seorang daripada mereka, “wahai hamba Allah, demi Allah, tidak ada yang dapat menyelamatkan kita sekarang ini kecuali Allah Swt. Barangkali ada amal paling baik yang pernah kita lakukan yang dapat kita kemukakan kepada-Nya untuk menyelamatkan kita dari musibah ini”.
Nak baca detail apa amalan baik mereka, google: Kisah 3 pemuda terperangkap dalam gua.
Ada ayat Quran dan hadis dalil tentang tawasul ni. Ni korang boleh study.
Semua pun daripada Allah, kita mintak dengan Allah jua. Selamat beramal kawan-kawan.