Hiburan

Tawan Gunung Kinabalu, Usia 41 Tahun Bukan Halangan Sherry Ibrahim Cipta Kenangan Manis

Share

Tawan gunung Kinabalu, usia 41 tahun bukan halangan Sherry Ibrahim cipta kenangan manis. Ternyata umur bukanlah halangan buat pelakon, Sherry Ibrahim mengukir kenangan manis selepas berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu pada 7 Julai lalu.

Tawan Gunung Kinabalu, Usia 41 Tahun Bukan Halangan Sherry Ibrahim Cipta Kenangan Manis

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim memuat naik beberapa keping gambar kenangan perjalanan sepanjang pendakian.

“7 Julai 2024, syukur alhamdulillah Sherry okay, Sherry berjaya.

“Sampai (puncak) sebelum matahari terbit dan berpeluang melihat pelangi yang indah selepas hujan,” tulisnya. 

Sherry sempat merakam keindahan pelangi. Panorama tersebut turut dipaparkan dalam salah satu gambar yang dimuat naik.

Menurut Sherry, pendakian gunung tersebut bukan hanya sekadar menguji ketahanan fizikal namun ia juga menguji mentalnya.

“Perjalanan ke puncak lebih dari sekadar pendakian fizikal, ia juga adalah ujian ketahanan, keazaman dan daya tahan yang mendorong saya mengatasi had fizikal dan mental,” luah Sherry berkenaan pengalamannya mendaki gunung tertinggi antara Himalaya dan New Guinea itu.

Selain menguji ketahanan mentalnya, Sherry juga berkongsi perjalanan selama dua hari satu malam itu memberikan peluang untuknya mengenali kenalan baharu.

“(Saya) bertemu rakan baharu dan mereka semua kuat dan juga menakjubkan.

“Ini pertama dan terakhir ya Mr. Akinabalu. Saya tak dapat rasa kaki sepanjang perjalanan turun dari gunung. Jalan macam ketam,” kata Sherry.

Dalam salah satu gambar yang dimuat naik, Sherry bergambar bersama satu not wang RM100 yang menjadikan puncak Gunung Kinabalu sebagai hiasan.

Hantaran Sherry dilaman Instagram tentang kejayaannya itu dibanjiri ucapan tahniah dan pujian daripada warga maya.

Berikut antara komen-komen warga maya dan juga rakan selebriti:

Kredit: Instagram Sherry Ibrahim 

Baca artikel lain juga: Bukan Tidak Mahu Berkahwin, Mungkin Jodoh Itu Belum Sampai Lagi” Sherry Ibrahim

Tak Sempat Bayar Dah Kena Halau Dari Kedai Sherry Kongsi Pengalaman Pantang Larang Ketika Bercuti Di Jepun!

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

“Memang aku dah gila mak..hitam dah mak hidup aku..” – Kamariah Md Yatim
Ditinggalkan suami tanpa sesen kerana tidak cantik. Ibu anak 8 ini hampir mer4cun anak-anaknya sendiri kerana ketiadaan duit untuk membeli makanan.
Nantikan Vodcast Sembang Wanita Xtra Bersama Usahawan Daun Pandan pada 15 Mei 2024,8pm.

 

 

 

 

Published by
Has