Tau Fu Fah Ekspres Guna 3 Bahan, 15 Minit Siap, Senang!

Share

Sedapnya Tau Fu Fah, baik dimakan sejuk mahupun panas. Biasanya tau Fu Fah ni ada di jual di pasar malam. Namun dalam keadaan sekarang jika teringin nak makan tau fu fah lembut dan sedap ni, boleh buat sendiri je di rumah. Lebih sedap, jimat dan terjamin kebersihannya.

Mak-mak boleh cuba resipi Tau Fu Fah ekspres yang dikongsikan oleh Puan Nuradini Baharudin

ini. Guna 3 bahan je, 15 minit dah siap! Paling cukup penting mudah, tak perlu rebus, kisar dan tapis kacang soya untuk  mendapatkan airnya. Guna air kotak soya pun boleh jadi.

Bahan-Bahan :

2 kotak besar Air soya (1 Liter)
Agar-agar bertali (1 bungkus-18 gram)
1 ketul Gula melaka (untuk kuah)
Gula pasir (pilihan)
1 cawan air

Cara Membuat :

1. Didihkan secawan air dan masukkan agar-agar. Kacau hingga larut.

2. Masukkan air soya untuk beberapa minit dan tutup api.

3. Tapis untuk dimasukkan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk.

4. Untuk kuah, didihkan air dan masukkan gula melaka, tambahkan gula pasir jika suka manis.

5. Apabila air soya tadi sudah beku boleh lah dihidangkan bersama air gula melaka tadi.

Siap! Senang dan simple sangat kan? RUGI TAK CUBA. Boleh di makan semasa panas dan sejuk.

  • Info Ekstra!
    Boleh letak daun pandan dalam air gula melaka untuk bagi wangi

Baca Lagi Di Sini: Wanita Ini Kongsi Cara Mudah Buat Cincau Sendiri Guna 3 Bahan

MW: Rupanya mudah je nak buat tau fu fah sendiri di rumah. Ikut cara ekspress ni, guna 3 bahan je dan ikut resipi yang dikongsikan pasti jadi.Lebih sedap, jimat, berbaloi, halal dan terjamin kebersihannya.

Sumber: Nuradini Baharudin

Published by
Suhaidah Abd Wahab