Taksa dari neraka, tular video pengasuh tampar & tekup muka bayi dengan bantal kerana menangis. Isu pengasuh yang mengasari anak asuhan sering dilaporkan di media sosial. Video-video dirakam secara tersembunyi mendapati ada pengasuh yang bertindak kurang akal.
Tak kurang juga terjadi kes-kes kematian di taska sehinggakan ibu bapa yang keluar bekerja dan menghantar anak-anak ke taska berasa gundah gulana.
Taska Dari Neraka
Di media sosial, dalam satu kejadian tular tindakan seorang pengasuh bertindak menampar bayi berusia beberapa bulan di dalam bilik. Tidak cukup tindakan menampar itu, dirinya meletakkan bantal di atas muka bayi tersebut.
Memetik portal MyNewshub, kejadian malang ini terjadi di sebuah taska di Batu Caves, Selagor. Tidak dapat dipastikan sama ada inya kejadian baru berlaku atau ditularkan semula.
Namun tindakan pengasuh yang menampar dan menekup muka bayi itu dengan bantal, adalah sangat tidak wajar kerana ia boleh melemaskan sekaligus mendatangkan kematian jika kecuaian terjadi.
Lagi video penderaan kanak-kanak viral…..
Entah berapa kali budak tu kena tampar….kena tekup….
Mengapa orang macam ni berkerja dengan kanak-kanak kalau tidak ada erti sabar dalam diri?
Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah taska di Batu Caves, Selangor.
Ibubapa budak… pic.twitter.com/S2QwuJogUo
— MYNEWSHUB (@mynewshub) June 2, 2023
Tular Video Pengasuh Tampar & Tekup Muka Bayi Dengan Bantal Kerana Menangis
Menurut portal berkenaan, lagi video penderaan kanak-kanak viral. Entah berapa kali budak tu kena tampar, kena tekup.
Mengapa orang macam ni berkerja dengan kanak-kanak kalau tidak ada erti sabar dalam diri?
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- ‘Itu Anak Aku, Sampai Hati Awak Buat Macam Tu’ Luah Ibu Si Kecil Yang Didera Penjaga Taska
Elak Kes Pukul Di Taska Dan Pengasuh, Ini Ciri-ciri Penjaga Yang Baik Untuk Anak
Bila Hati Ibu Berbelah Bagi Nak Pilih Taska Atau Rumah Pengasuh, Akhirnya…
Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah taska di Batu Caves, Selangor. Ibubapa budak malang ini diberitahu kononnya anak mereka mengalami lebam-lebam sebab dicederakan oleh budak-budak lain. Mohon pihak polis segera bertindak. Sumber Video: WhatsApp Group.
Apa pun jika tiada kesabaran sebagai pengasuh, adalah lebih baik memilih pekerjaan lain kerana ibu bapa meletakkan harapan menggunung anak mereka selamat di tempat asuhan.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI