Tasha & bayi 3 bulan positif, menerusi perkongsian menerusi Instagram Stories Tasha Manshahar, 29, berkongsi diri dan bayinya, Mateen Rizqi yang berusia tiga bulan kini positif Covid-19.
Isteri kepada penyanyi dan penyampai radio Zayan, Raqib Majid ini juga memaklumkan dia terlebih dahulu dijangkiti virus tersebut pada Ahad minggu lalu dan diikuti Mateen beberapa hari selepas itu.
Tasha dan bayinya kini menjalani kuarantin di rumah.
Berkongsi pengalamannya, Tasha menyatakan pada awalnya mengalami sakit tekak dan diikuti dengan sakit sendi dan hidung tersumbat. Manakala anaknya hanya bergejala ringan.
“Walaupun keputusan (ujian saringan) Mateen positif tadi, saya bersyukur dia dalam keadaan yang sihat dan tak ada simpton teruk,” ungkapnya.
Telah berusaha sebaik mungkin untuk menjaga bayinya daripada dijangkiti virus tersebut, namun akur dengan ketentuan Allah apabila Marteen turut positif.
“Banyak tau effort mommy nak jaga Marteen supaya tak kena Covid. SOP paling ketat sekali sampai tidur pun mommy pakai mask. Tak apalah, pengalaman itu berharga. ALLAH nak hapus dosa-dosa mommy, naikkkan darjat mommy.
“Berhari-hari tak cium Marteen langsung. Bila dapat saja result, terus peluk cium Marteen dah alang-alang sama-sama positif kan. Keluarlah juga air mata mommy,” sambungnya.
Menarik Disini : Tasha Doa Allah Berikan Ganjaran Pahala, Kesudian Mendoakan Kesejahteraan & Kesihatan Ibu Bapanya
Wanita Mengandung Dijangkiti Covid-19, Selamat Lahirkan Bayi Ketika DiTidurkan
Walaupun pemilik nama sebenar Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar dijangkiti namun Raqib dan anak sulung, Muammar Rafiqi, 3, didapati negatif dan tidak dijangkiti.
Biarpun hanya menjalani kuarantin di rumah, namun ia bukan sesuatu yang mudah buatnya apabila tidak dapat bersama suami dan anak sulung.
“Dengar macam kuarantin kat rumah dalam bilik, bukan ada apa pun. Tapi mental juga sebenatnya. Betullah orang kata, siapa yang pernah melaluinya sahaja yang faham.
“Menghitung hari bila dapat bersama semula dengan anak dan suami, itu yang paling menyakitkan buat saya. Mereka ada, tapi tak boleh dekat. Boleh dengar suara saja dari dalam bilik.
”Bila Muammar menangis, saya tak dapat pujuk. Masa makan paling sedih sebab selalunya saya yang suap dia makan. Kadang-kadang makan dalam biik ni, sampai menitik air mata rindu anak. Sekarang Muammar macam dah tak cari saya sangat, mungkin dah terbiasa. Lagi sedih tu.
“Kita nak semua orang sihat. Jadi kita kena sabar. Bila muhasabah balik, Allah tak tipu, memang dalam setiap ujian itu, Allah datangkan sekali dengan hikmah.
”Banyak sebenarnya. Kita saja nak pilih untuk merungut atau bersyukur,” luah Tasha.
Sumber / Sumber Foto : Instagram Tasha Manshahar
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita