Betapa sibuknya mak-mak zaman sekarang, sebelum tidur pun kepala masih ligat berfikir apa yang patut nak dibuat dulu bila bangkit esok hari. Isteri enat tapi tetap kena buat!
Dan baru-baru ini media sosial kecoh dengan kes kehilangan seorang Ustazah yang dikatakan hilang di Balik Pulau selepas tidak hadir mengajar ke sekolah itu sedangkan keretanya berada di luar kawasan sekolah.
Kes ini menjadi tumpuan golongan isteri apabila suami mangsa ada memberitahu bahawa isterinya pernah menerima rawatan Psikiatri (Kemurungan) pada 2014 dan berulang alik dari Langgar, Kedah ke Balik Pulau, Pulau Pinang untuk mengajar. Satu jarak cukup jauh jika dicongak dan bayangkan seorang wanita yang sudah mempunyai anak kecil bersambung kerjanya menguruskan hal rumah tangga sampai ke malam.
Allah… inilah yang suami kena faham dan bantu apa yang patut dibuat. Satu lagi yang rumit, wanita biasanya tak suka nak mengeluh rasa penat banyak kali. Andai encik suami nampak air wajahnya yang penat setiap kali pulang dari mencari rezeki, bantulah uruskan anak dan tanyalah isi hatinya.
Atau lebih mudah, ajar isteri amalan yang Ustaz Farid Rashidi kongsikan ini. In shaa Allah, penat lelah isteri itu akan hilang dan moga dijauhkan dengan dunia depress.
Isteri Penat Jadi Suami Kena Faham
Terkadang bila penat sangat buat kerja sehari-hari, kaum ibu yang juga bergelar isteri ini akan mengeluh keletihan.
Yelah, zaman sekarang ramai kaum ibu bekerja di luar menambah pendapatan keluarga. Bila balik rumah mahu uruskan hal ehwal rumahtangga pula. Memasak, mengemas dan lain-lain lagi.
Ads
Kena pula anak-anak nakal sikit. Aduhai. Berganda-gandalah kelelahan. Sudah pasti akan merasa sedikit letih bukan?
Bukan kata ibu-ibu zaman sekarang, dahulu juga begitu. Pernah Saidatina Fatimah, anak kesayangan Rasulullah SAW mengadukan hal itu kepada Baginda SAW.
Lalu apa jawab Baginda Nabi? Solusinya sebagaimana hadis di bawah:
Telah menceritakan kepada kami Saidina Ali bahawasanya Saidatina Fatimah r.a merasa sakit tangannya kerana menumbuk tepung dan ketika itu ada seorang pelayan yang menawarkan dirinya kepada Rasulullah SAW.
Saidatina Fatimah r.a datang menemui Rasulullah SAW untuk meminta seorang pembantu. Tetapi ia tidak berhasil menemui Rasulullah SAW dan hanya bertemu dengan Saidatina Aisyah r.a.
Kemudian Saidatina Fatimah menitip pesan kepada Saidatina Aisyah untuk disampaikan kepada Rasulullah SAW. Ketika Rasulullah tiba di rumah, Saidatina Aisyah r.a pun memberitahu beliau tentang kedatangan Saidatina Fatimah r.a.
Saidina Ali bin Abu Talib berkata, lalu Rasulullah SAW pergi ke rumah kami ketika kami tengah berbaring hendak tidur. Maka kami segera bangun, tetapi beliau mencegahnya seraya berkata:
Ads
“Tetaplah di tempat kalian!”
Kemudian Rasulullah SAW duduk di antara kami hingga saya merasakan dinginnya telapak kaki beliau yang menyentuh dada saya.
Kemudian Baginda SAW bersabda:
“Mahukah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta? Ketika kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (الله اكبر) 34 kali, tasbih (سبحان الله) 33 kali dan tahmid (الحمد لله) 33 kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.”
[Hadis Riwayat Muslim, no.4906]
Mak-mak Boleh Kurangkan Penat Dengan Amalan Ini
Amalkanlah bacaan takbir 34 kali, tasbih 33 kali, tahmid 33 kali. Kesemuanya 100 kali sebelum melelapkan mata.
Semoga dengan ilmu bermanfaat ini, dapat membantu para ibu-ibu dan juga kepada kita semua menenangkan fikiran dan menghilangkan keletihan, serta bebanan dalam hidup berumahtangga. Amin.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Isteri kaya, duit berlambak.” Suami tetap wajib bagi nafkah pada isteri yang menjadi tanggungjawabnya. Berilah mengikut kemampuan, insyallah isteri yang baik akan menghargai pemberian suami walaupun sedikit.
Sekurang-kurangnya dia tahu suaminya seorang yang bertanggungjawab dan amanah dengan tuntutan agama. Menunaikan nafkah itu wajib biarpun gaji isteri jauh lebih besar.
Isteri Kaya, Duit Berlambak
Isteri kaya, suami gaji 3500 isteri gaji 14 ribu,
“Dia pun dah berlambak duit dia ustaz, takkan saya nak kena bagi lagi?”
Tetap wajib bagi nafkah kepada isteri dia. Makanan, pakaian, tempat tinggal, alatan kebersihan dan rawatan. Tetap Allah akan soal si suami tadi.
Tetapi selalunya, wanita-wanita yang solehah bertanggungjawab ini, dia akan bawa keluar duit dia untuk mengimbangi dan mengurangkan kesusahan dan keperitan si suami mengeluarkan menanggung nafkah tadi. Selalunya begitulah, kebanyakkannya macam tu.
Maka suami-suami, ayah ayah, abang-abang, hargailah isteri-isteri yang sudah 18 tahun, 24 tahun, 11 tahun. 60 peratus dia yang bawa keluar.
70 peratus perbelanjaan kedua keluarga dia yang bawa keluar. Ada tuan-tuan berbelas-belas tahun, 70 peratus isteri yang bawa keluar. Itu pun jangan duduk cari lagi dekat luar nak tambah isteri nombor 2 dan nombor 3.
Hasbunallah wani’mal wakil.
Memang muka tak malu sangatlah si suami yang tidak menghargai isteri yang mengurangkan beban ketua keluarga tadi.
Jadi, kalaupun kaya si isteri, maka suami tetap wajib keluar nafkah, kecuali isteri kata,
“Takpa bang, yang mana rawatan saya, barang dapur,…. takpa”. Isteri sendiri sebut. Kita pun hidup bersama. Insyallah pakat-pakat berdoa menjadi pasangan suami isteri sampai dalam syurga. Yang tu yang terbaiklah.
Suami-suami yang kadang anak sudah ada seorang, anak sudah 2 orang, masih tidak berkerja.
Ada tuan-tuan. Jenis suami yang macam ini. Dia memang jenis yang tak ada tanggungjawab. Dan selalunya yang jenis macam ini pandai bercakap.
Suami yang jenis macam ni selalunya pandai bercakap, Tuhan bagi. Macam-macamlah ayat. Putar situ putar sini. Sedar-sedar 3 tahun sudah tak bekerja. Isteri bekerja, dia lepak buang masa, main game, baca surat khabar. Itu saja.
Hasbunallah wani’mal wakil.
Tiap-tiap hari itu dikira sebagai melakukan dosa kepada Allah SWT.
Mingguan Wanita: Seorang isteri yang taat dan solehah tidak akan mengungkit pemberian suaminya yang tidak berkemampuan. Namun jangan pula suami mengambil kesempatan dengan kebaikan sang isteri.
Celik saja mata waktu pagi, kepala mak-mak terus berkira-kira apa yang patut dilakukan untuk hari ini. Inilah kerja hari-hari yang mak ayah buat. Memikirkan dan mencari rezeki demi membesarkan anak-anak.
Apabila anak sudah berjaya, giliran anak-anak untuk membantu dan membalas jasa mak ayah. Namun, berapa ramai yang mampu berbuat demikian. Kononnya, anak-anak sudah mempunyai keluarga sendiri pula.
Akhirnya, ada mak ayah yang kerja sehinggalah usia lanjut. Sedihnya. Sebagai anak, jangan abaikan tanggungjawab dan ingat apa yang telah mak ayah korbankan semasa kita kecil.
Malah, mak ayah sebenarnya tahu apa yang ada pada anaknya. Perasan tak, mak ayah tidak pernah sekali meminta duit belanja daripada anak-anak. Dia tidak mengharapkan, cuma sebagai anak kenalah fikir tanggungjawab dan balas jasa mereka.
Daripada perkongsian Dr Ahmad Samhan, cukup menyentuh perasaan tatkala berbual bersama pesakitnya yang agak berusia. Bersyukur kerana anak-anaknya mampu membalas jasa mak ayah.
Menghukum dengan kekerasan, malukan anak kencing malam! boleh buat mereka bertambah stress. Jelas sekali situasi ini tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya menambah beban pada anak.
Ternyata menghukum secara keras bukanlah satu tindakan yang tepat bagi anak-anak yang mengalami masalah kencing malam. Masalah kencing bukan dibuat-buat, sebaliknya mereka tak sengaja.
Ikuti perkongsian Puan Siti ‘Aisyah Rozalli ini dan hadam baik-baik mak ayah.
Menghukum Dengan Kekerasan
Tolong jangan hukum, rotan anak yang kencing malam!
Jangan!
.
Saya terbaca komen ini di satu page confession yang berkongsi tentang kisah seorang wanita yang pernah berkahwin dengan lelaki yang ada minat aneh: Adult Baby Diaper Lover (ABDL).
Ex-husband dia ada minat pakai diaper sampai sudah kahwin. Ini masalah mental yang perlukan rawatan dari pakar psikiatri. Ada banyak research mat salleh buat pasal ABDL ni. Boleh Google. Benda ini agak rare sebenarnya.
Menghukum anak kencing malam dengan kekerasan, memalukan anak, boleh buat anak stres sehingga tak selesai pun masalah terkencing malamnya.
Menghukum anak kencing malam begitu boleh buat anak jadi penipu. Sorok masalah dari ibu bapa.
Anak boleh benci ibu ayah.
Lagi scary…
Anak boleh benci diri sendiri!!!
Akan berisiko untuk lead kepada masalah psikiatri yang lain pula
Kencing malam ini perlukan rawatan. Nama saintifiknya Nocturnal Enuresis. Involuntary urination that happens during sleeping. Involuntary = luar kawalan.
Lakukan Rawatan Susulan
Ianya perlukan rawatan dengan penuh kasih sayang dan kesabaran.
Takde anak saja-saja kencing malam suka-suka dia…
Jumpa pakar kanak-kanak kalau anak masih kerap kencing malam selepas umur 6 tahun.
Biar doktor periksa kenapa.
Ada jangkitan kat salur kencing ke.
Anak jenis heavy sleeper ke.
Anak ada trauma yang kita tak tahu ke.
Setiap tu, ada rawatan yang berbeza.
Bukan menambah beban pada anak tu dengan hukuman dan memalukan.
Tolonglah jangan ada mentaliti macam ni.
Tolong sangat-sangat.
Kasihanilah anak tu.
Mingguan Wanita : Cuba ajar anak-anak jika mereka mengalami masalah, namun jika masalah tidak dapat diselesaikan cubalah dapatkan pandangan doktor atau pakar. Setiap masalah pasti ada jalannya.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...