Mak-mak penggemar tart telur tak perlu susah-susah dah nak buat kulit tart ni.Cara yang paling mudah boleh guna kulit paratha yang dibeli di kedai. Rasa kulitnya rangup dan paling penting intinya atau filling telurnya lemak manis dan lembut je. Memang puas hati bila makan dan buat sendiri.
Boleh cuba perkongsian resipi daripada Puan Siti Mariam sebagai panduan mak-mak yang nak buat sendiri tart telur ni.
“Tart telur kulit paratha, resepi paling mudah.telurnya aalahai lembut..tak cukup 2,3 biji bila makan”
Bahan-Bahan:
6 biji telur
1 cawan air
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan gula aising
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar esen vanila
1 susu kecil garam
Kulit Paratha (dipotong empat)
Cara Membuat:
- Masukkan bahan-bahan diatas ke dalam satu bekas dan kacau sebati.
2. Ambil 1 keping kulit paratha yang telah dipotong 4, masukkan ke dalam acuan. Kalau ada kulit yang terlebih lipatkan ke dalam loyang.
3. Tuangkan bahan-bahan yang dikacau tadi, diatas kulit paratha.
4. Bakar pada suhu 170c masa 40 minit.
Siap!
Semoga bermanfaat! Selamat Mencuba.
MW:Mudah sangat nak buat tart telur ni, sesuai dimakan ketika minum petang.Anak-anak pun boleh buat sendiri.
Sumber: Siti Mariam
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lepas Penjelasan Doktor Ini, Baru Tahu Sia-Sia Jer Buat Air Detoks Untuk Kurus!
Dalam banyak-banyak resipi kuruskan badan, tentu ramai pernah dengar tentang khasiat air detoks atau air rendaman lemonkan? Ramai ke mak mak yang cuba?
Saya pun sebenarnya antara peminat buah lemon sebab yakin lemak-lemak degil akan terhakis bila minum air masam tu. Saya ingat, makin masam makin baguslah. Makin cepat kurus.
Sampailah saya menonton perkongsian Dr. Hanifah Bashirun dalam segmen kesihatan program Mingguan Wanita, minggu lepas. Persepsi saya terus berubah bila doktor kata tubuh badan kita ni sebenarnya akan auto-adjust semua air yang diminum ke pH 7.35 – 7.45. Maknanya kalau kita minum air alkali atau air detoks masam sekali pun, badan kita tetap akan serap air tu dan adjust ke pH normal bagi menjaga sel badan.
Kalau tak percaya, tonton sendiri klip ni.
Kesihatan: Baguskah Air Detoks & Air Alkali?
Sejauh mana keberkesanan air detoks dan air alkali yang didakwa baik untuk kesihatan tubuh badan? Ini penjelasan pakar perubatan, Dr. Hanafiah Bashirun berkaitan kemusykilan tersebut dalam program Mingguan Wanita, 19 Julai 2018.
Posted by Mingguan Wanita on Thursday, 19 July 2018
Betul juga katanya. Kalau sel badan kita ni sewenang-wenangnya serap pH berasid atau beralkali, tentu semua sel akan kecut. Sebab itu Tuhan ciptakan sistem yang sangat kompleks untuk neutralkan apa saja pH air yang kita minum, supaya sel tak terjejas.
Tapi disebabkan saya memang suka air rendaman lemon, jadi saya tetap belajar cara-cara memaksimumkan khasiatnya untuk diminum setiap hari. Jom ikut petua mudah ni.
(a) Guna Air Panas Atau Sejuk?
Lemon tidak boleh direndam dalam air yang terlalu sejuk kerana selain rasanya tak dapat menyerap dengan baik, vitamin C juga tak boleh bercampur dengan air yang bersuhu terlalu rendah.
Suhu air yang paling sesuai untuk merendam lemon adalah sekitar 60-70 darjah Celcius. Ingat, air rendaman lemon sepatutnya tawar. 1 keping hirisan lemon boleh direndam dalam seteko air jadi 1 keping lemon boleh dijadikan 3-4 gelas air.
(b) Rendam Dengan Kulit
Walaupun agak pahit, tapi kulit lemon mengandungi flavonoid yang tinggi. Malah kalau nak tahu, lebih baik kita rendam kulit lemon berbanding rendam isi buah lemon itu sendiri.
Minyak pati lemon juga terletak pada kulitnya. Jadi hirislah senipis mungkin agar khasiat dari kulit lemon lebih mudah keluar dan membaur dengan air rendaman.
(c) Cara Simpan Lebihan Hirisan Lemon
Kalau masih ada sisa hirisan lemon, boleh ke ia disimpan semula dalam peti sejuk? Tiada masalah. Lemon sebenarnya adalah sejenis buah yang cukup awet. Walaupun nampak mengering, tapi lemon yang kering juga masih boleh direndam. Khasiatnya pun tetap tak berubah. Mudahkan?
Jadi walaupun kita tahu macam-macam resipi kurus, belum tentu secara saintifiknya baik untuk kesihatan. Kadang-kadang mitos belaka untuk lariskan jualan! Mak mak jangan terus percaya ya.
Hari ni saya sempat dapatkan pesanan cikgu fitness Kevin Zahri untuk followers Mingguan Wanita. Jangan stres untuk kuruskan badan dan gembiralah selalu. Sehingga itu, salam sayang daripada saya, Editor Mingguan Wanita… Norzalina Mohd Alias.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kek Gula Hangus, Menjadi Sungguh Sarangnya
Kek Gula Hangus atau Kek Sarang Semut ini pasti ramai peminatnya.Ia dikatakan menjadi jika bersarang tapi kalau tak kena cara dan resipinya, memang tak menjadi dan tak ‘bersarang’. Ini yang buat frust dan malas nak membuatnya lagi.
Resipi lain di sini:
Kek Buah Kukus Guna Sukatan Cawan, Lebih Moist Dan Super Sedap
https://www.instagram.com/mingguanwanita/
RESIPI KEK SARANG SEMUT/GULA HANGUS
BAHAN-BAHAN:
1 cawan gula pasir
1cawan air panas
1cawan tepung gandum
125 gram butter/marjerin
4 biji telur
1sudu besar soda bikarbonat (wajib)
1/2 cawan susu pekat manis
CARA MEMBUAT:
1- Panas gula api sederhana sehingga hangus (tapi bukan hangit ya).
2 – Bila nampak keperangan, tuangkan air panas td sikit demi sikit sampai habis. Kemudian perlahankan api sampai gula hangus tadi dan air sebati. Kemudian masukkan mentega. Kacau rata dan biarkan seketika.
3- Masukkan empat biji telur ke dalam mangkuk. Kacau sebati dengan susu pekat. (kacau untuk sebatikan adunan saja ye).
4- Masukkan tepung dan baking soda kemudian kacau sebati.
5- Setelah itu, tuangkan air gula hangus tadi (ketika masih suam-suam) ke dalam adunan sambil kacau sehingga habis.
6- Griskan loyang dan lapik dengan baking paper.
7- Bakar dalam suhu 185°C selama 40 minit menggunakan api atas bawah. Loyang letak paling tingkat paling bawah sekali.
Baca juga : Tip buat kek sarang semut berongga, guna baking soda yang aktif.
TIP: Tuangkan air gula ketika masih suam-suam sebab dengan suhu macam tu, baking soda akan cepat bertindak dan tak perlu nak biarkan atau perap. Selamat mencuba!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buah Tembikai Banyak Khasiat Untuk Lelaki, Bantu Tingkatkan ‘Kekuatan’ Stamina Tubuh
Buah tembikai banyak khasiatnya untuk kaum lelaki jika diamalkan dalam diet harian. Berita baik untuk kaum lelaki, makan buah tembikai mampu meningkatkan kekuatan stamina tubuh.
Melalui perkongsian Dr Suri Roowi beliau berkongsi tentang khasiat buah tembikai untuk kesihatan. Paling penting, buah tembikai juga sangat elok diamalkan oleh kaum lelaki. Nak tahu apa kebaikannya pada kaum lelaki? Berikut penjelasan yang diberikan saintis ini.
Buah Tembikai Banyak Khasiat Untuk Lelaki
INFO TENTANG BUAH TEMBIKAI:
*Buah yang dikenali dengan nama saintifiknya citrullus lunatus ini mempunyai vitamin C yang tinggi, vitamin A dan banyak sebatian tumbuhan yang menyihatkan.
*Buah tembikai bukan setakat menyegarkan tubuh tetapi juga baik untuk kesihatan. Secawan jus buah tembikai mengandungi hanya 46 kalori. Bagi mendapatkan khasiat tembikai, makanlah buah tembikai yang segar.
*Jika mahu meminum jus yang dihasilkan daripada buah tembikai, jangan pula menambah pemanis atau gula ke dalamnya. Amalkan pengambilan buah tembikai dalam pemakanan seharian kerana banyak khasiatnya untuk tubuh.
MAKAN TEMBIKAI ATASI SAKIT BADAN DAN OTOT?
Meminum jus tembikai boleh memulihkan sakit otot selepas bekerja. Ini kerana tembikai boleh menambah air dalam badan dan kaya dengan asid amino L-citrulline.
Bantu Tingkatkan ‘Kekuatan’ Stamina Tubuh
Asid amino L-citrulline bertindak sebagai antioksidan. Bahan ini akan ditukarkan oleh badan kepada L-arginine, asid amino yang bantu kendurkan salur darah dan memperbaiki peredaran darah.
Bahan ‘L-citrulline’ juga boleh bantu meningkatkan stamina ‘kekuatan’ lelaki dan ‘erectile function.’
L-Citruline lebih tinggi dalam tembikai kuning (isi dan kulit) berbanding tembikai merah. Terdapat juga kajian menunjukkan jus tembikai boleh kurangkan sakit dan kerosakan otot selepas bersenam.
Kajian yang melibatkan 7 atlit mendapati meminum 500 ml jus tembikai dapat mengurangkan sakit otot 24 jam selepas bersenam.
Bagaimanapun, tembikai mempunyai GI yang agak tinggi. Sumber tinggi GI kurang sesuai untuk pesakit diabetis.
Kajian antarabangsa menunjukkan tembikai mempunyai index glisemik (GI) 72, namun kajian universiti tempatan mendapati GI tembikai hanya 55.
Menurut sumber boldsky.com, biji tembikai mempunyai manfaat yang sangat besar dan mampu menyembuhkan penyakit seperti masalah jantung dan batu karang. Tidak beracun dan tidak berbahaya buat tubuh badan manusia, siapa sangka sebenarnya biji tembikai itu boleh dimakan, dikunyah dan ditelan.
Ketahui kebaikan mengamal pengambilan biji tembikiai sebelum anda mempraktikkannya.
1. Galak Kesihatan Jantung
Menurut sebuah kajian yang dijalankan, magnesium dalam biji tembikai berfaedah untuk menggalak jantung untuk berfungsi secara normal. bukan itu sahaja ia juga melancarkan tekanan darah.
2. Baik Pulih Kesuburan Lelaki
Ha, pada lelaki kat luar sana tu kalau korang takut ada masalah kesuburan atau memang ada masalah kesuburan, boleh mula makan biji tembikai ni. Kadar zat besi yang terkandung dalam tembikai akan bertindak sebagai makanan tambahan terbaik untuk menyalur kesuburan lelaki sekaligus meningkatkan kualiti sperma yang dihasilkan.
3.Penawar Diabetes
Menurut sebuah kajian yang dijalankan di Iran, biji tembikai bisa menjadi penawar diabetes terbaik bahkan ekstrak nya juga boleh dikira mampu mengurangkan kadar glukos plasma.
4.Bantu Cerdaskan Mental
Kekurangan magnesium dalam badan sering dikaitkan dengan risiko Alzheimer (naynyok). Oleh itu, biji tembikai yang kaya dengan pelbagai vitamin termasuk magnesium akan memperkukuh kecerdasan otak, kekuatan memori dan mental.
5.Kuatkan Akar Rambut
Magnesium sangat penting untuk pertumbuhan rambut jadi untuk mengelakkan keguguran rambut lebih banyak, mengambil makanna yang penuh dengan khasiat magnesium seperti biji tembikai memang memantu.
6.Baiki Permukaan & Tekstur Kulit
Jangan tak tahu, magnesium dalam biji tembikai boleh memulih masalah kemerahan pada kulit. Ia juga akan membersihkan kulit termasuk mengawal penuaan serta membaiki keadaan kulit yang terjejas.
Sesiapa yang ada eksema juga bagus mengamalkan pengambilan biji tembikai kerana masalah utama wujudnya ekzema adalah kerana badan kekurangan magnesium.
Cara Makan Biji Tembikai
Minuman Teh: Guna empat sudu besar biji tembikai dan kisar halus. Kemudian, didihkan 8 cawan air putih, sebelum menuangkan air yang sudah dididih ke dalam gelas yang dipenuhi biji tembikai kisar. Biar ia bercampur selama 10 hingga 15 minit sebelum tapiskan sisa biji tembikai dan minum begitu sahaja seperti teh.
Snek Panggang: Basuh biji tembikai dan keringkan. Taburkan biji tembikai di atas kuali kemudian curahkan beberapa titis minyak zaitun serta sedikit garam. Sangai biji tembikai sehingga garing dan bertukar warna keemasan. Siap!
Bagaimanapun makan terlalu banyak tembikai pula boleh menyebabkan ketidakselesaan perut, kembung perut dan cirit-birit.
Kesimpulannya makanlah berpada-pada. Apa-apa jua makanan yang dimakan secara berlebihan pasti akan mendatangkan kemudharatan.
Sumber: Dr Suri Roowi
Artikel berkaitan: Cara Tanam Pokok Tembikai Di Rumah, Semai Dulu Biji Dalam Tisu Basah
Uncle Cina Ajar Ini Caranya Pilih Buah Tembikai Manis, Merah Cantik!
TIGA Jenis Buah Tembikai Ini Khasiatnya TERBAIK, Sedap Tidak Terkata!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI