Tarik Balik Saman Terhadap Keluarga Ira & Diskaun Tuntutan Nafkah Anak, Lafaz Cerai Puteri Sarah Tak Jadi! Puteri Sarah baru saja hendak menarik nafas lega namun terbantut apabila lafaz cerai oleh suaminya tidak menjadi kenyataan.
Antara dua syarat diminta oleh suaminya Syamsul Yusof yang tidak dipersetujui Puteri Sarah antara yang membuatkan prosiding lafaz cerai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan tidak menjadi kenyataan.
Dua syarat yang diminta Syamsul ialah tarik balik saman terhadap keluarga Ira Kazar dan diskaun untuk tuntutan nafkah anak.
Malah proses lafaz cerai itu juga gagal selepas pihak peguam Syamsul mendakwa ada kecacatan dalam prosedur Jawatankuasa Pendamai (JKP).
“Saya takkan tarik kes! Saya akan teruskan. Kalau panjang, panjanglah,” ungkap Puteri Sarah seperti yang dilaporkan Harian Metro.
Ibu kepada dua orang anak itu menyatakan Syarat yang diminta oleh Syamsul agak keterlaluan.
“Tempoh hari, kami dah cakap kata persetujuan (untuk mudahkan proses hari ini), tapi ada beberapa perkara yang saya tak bersetuju antaranya mereka meminta saya menarik balik kes saman yang saya failkan terhadap keluarga Ira Kazar.
“Syaratnya, kalau saya nak dilepaskan, saya kena tarik kes itu dan saya takkan tarik.
“Kedua, dia minta diskaun untuk tuntutan nafkah anak. Anak-anak bukan untuk didiskaunkan!”
“Harta sepencarian pun saya tak minta. Jangan takut. Saya banyak minta untuk anak-anak.
“Tapi, kalau itu pun nak diskaun, kemudian suruh tarik balik kes saman terhadap Ira Kazar, itu sudah berlebihan.
“Saya akan berjuang demi anak-anak. Saya dah tak berjuang untuk diri sendiri lagi. Kalau untuk anak-anak pun nak minta diskaun, jadi jawapannya tidak. Saya akan berjuang tak kiralah berapa puluh tahun pun,” ungkapnya.
Baca Disini : Puteri Sarah Tak Halang Syamsul Jumpa Syaikul & Sumayyah “Biarpun Bermasalah, Bersikap Profesional Mengenai Anak”
Sumber : Harian Metro
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.