Tapai Pulut Manis Leting Pastikan Ragi Betul-Betul Elok, Tak Betul CARA Tak Jadi!

Share

Tapai Pulut salah satu manisan tradisonal yang menjadi kegemaran ramai. Selalu disediakan ketika Hari Raya, jamuan kenduri kendara dan sebagainya. Namun tak semua orang pandai buat tapai ni kalau salah caranya memang tak menjadi. Apatah lagi bila cuba buat pertama kali.

Buat mak-mak penggemar Tapai Pulut dan nak cuba buat sendiri di rumah boleh cuba resipi dan cara yang dikongsikan oleh Puan Abby Razy ini. Barulah tapainya menjadi, manis leting dan berair.

“First try buat tapai, sampai termimpi-mimpi. Barang legend jangan main. Orang kata payah nak buat tapai ni. Kalau tak betul cara tak jadi.Guna daun legend, daun getah dan daun pisang.

“Pastikan ragi betul-betul elok.Penyimpanan ragi cara tidak betul akan menyebabkan tapai tak jadi. Ni pun bukan reti nak bungkus guna dedaun tu, nasib baik cik abe terrerrr sebab pernah tolong arwah maknya bungkus tapai setibanya syawal tiap-tiap tahun.”

“Saya pun belajar dari cik abe, cara bngkusan tu. Kalau takde seni memang tak kemas.”

“Tapai manis leting, Alhamdulillah, manis sangat. Simpan dalam peti dulu, esok makan.Nikmatnya makan sejuk-sejuk.Sape suka? “

Tapai Pulut Manis

Bahan-Bahan:

1kg beras pulut
1/2 biji ragi (Seeloknya jemur terlebih dahulu, tapi yang ni saya tak jemur pun. Hancurkan ragi, saya letak dalam plastik dan ketuk guna alu lesung, nanti nak guna baru ayak guna penapis teh)
Bekas dadih/daun getah/daun pisang

Cara Membuat:

1. Basuh beras pulut bersih-bersih dan rendam minimum 2 jam.
2. Kemudian toskan air, kukus beras pulut selama 25 minit.
3. Siramkan pulut yang telah dikukus dengan 3 cawan air, sambil kaup balik. (Saya tak alihkan pulut ke dalam bekas, saya siramkan air terus dari pengukus).
4. Kukus semula pulut tadi dalam 10 minit/sehingga naik wap.
5. Tutup api dan alihkan pulut yang telah masak ke dalam dulang besar untuk disejukkan. (Ratakan pulut tadi, supaya cepat sejuk).

6. Biarkan pulut betul-betul sejuk.
7. Bila pulut dah sejuk, ayakkan ragi ke atas pulut, balik-balikkan pulut tadi, ayak ragi keatas pulut sekali lagi.( Agak-agak ragi rata pada pulut).

8. Sudukan pulut tadi ke dalam bekas dadih/daun getah.

9. Susunkan ke dalam bekas sesuai.(saya letak dalam besen)
10. Balut besen tersebut dengan kain dan simpan ditempat yang gelap selama 2 hari.

11. Selepas 2 hari, baru tengok tapai tu ye.

Info Ekstra!

  • Pastikan betul-betul pulut yang dikukus betul-betul sejuk baru ayakkan dengan ragi.

InsyaAllah, menjadi.. Tapai manis dan berair.

Selamat Mencuba!

Baca Lagi Di Sini:

Wanita Ini Kongsi Cara Sebenar Buat Pulut Kuning Agar Cantik Berkilat, Tidak Patah & Tahan Lama
Ini Cara Mudah Lagi Pantas Mak-Mak Boleh Masak Pulut Guna Rice Cooker, Zap Zap 15 Minit Siap!

MW: Jadi buat mak-mak yang suka makan tapai pulut dan nak belajar buat sendiri buat cuba resipi serta tip yang dikongsikan ini. Ikut cara yang betul dan ragi yang elok barulah Tapai yang dibuat menjadi!

Sumber: Abby Razy

Published by
Suhaidah Abd Wahab