Tapai Pulut salah satu manisan tradisonal yang menjadi kegemaran ramai. Selalu disediakan ketika Hari Raya, jamuan kenduri kendara dan sebagainya. Namun tak semua orang pandai buat tapai ni kalau salah caranya memang tak menjadi. Apatah lagi bila cuba buat pertama kali.
Buat mak-mak penggemar Tapai Pulut dan nak cuba buat sendiri di rumah boleh cuba resipi dan cara yang dikongsikan oleh Puan Abby Razy ini. Barulah tapainya menjadi, manis leting dan berair.
“First try buat tapai, sampai termimpi-mimpi. Barang legend jangan main. Orang kata payah nak buat tapai ni. Kalau tak betul cara tak jadi.Guna daun legend, daun getah dan daun pisang.
“Pastikan ragi betul-betul elok.Penyimpanan ragi cara tidak betul akan menyebabkan tapai tak jadi. Ni pun bukan reti nak bungkus guna dedaun tu, nasib baik cik abe terrerrr sebab pernah tolong arwah maknya bungkus tapai setibanya syawal tiap-tiap tahun.”
“Saya pun belajar dari cik abe, cara bngkusan tu. Kalau takde seni memang tak kemas.”
1kg beras pulut
1/2 biji ragi (Seeloknya jemur terlebih dahulu, tapi yang ni saya tak jemur pun. Hancurkan ragi, saya letak dalam plastik dan ketuk guna alu lesung, nanti nak guna baru ayak guna penapis teh)
Bekas dadih/daun getah/daun pisang
Cara Membuat:
1. Basuh beras pulut bersih-bersih dan rendam minimum 2 jam.
2. Kemudian toskan air, kukus beras pulut selama 25 minit.
3. Siramkan pulut yang telah dikukus dengan 3 cawan air, sambil kaup balik. (Saya tak alihkan pulut ke dalam bekas, saya siramkan air terus dari pengukus).
4. Kukus semula pulut tadi dalam 10 minit/sehingga naik wap.
5. Tutup api dan alihkan pulut yang telah masak ke dalam dulang besar untuk disejukkan. (Ratakan pulut tadi, supaya cepat sejuk).
6. Biarkan pulut betul-betul sejuk.
7. Bila pulut dah sejuk, ayakkan ragi ke atas pulut, balik-balikkan pulut tadi, ayak ragi keatas pulut sekali lagi.( Agak-agak ragi rata pada pulut).
Ads
8. Sudukan pulut tadi ke dalam bekas dadih/daun getah.
9. Susunkan ke dalam bekas sesuai.(saya letak dalam besen)
10. Balut besen tersebut dengan kain dan simpan ditempat yang gelap selama 2 hari.
11. Selepas 2 hari, baru tengok tapai tu ye.
Info Ekstra!
Pastikan betul-betul pulut yang dikukus betul-betul sejuk baru ayakkan dengan ragi.
MW: Jadi buat mak-mak yang suka makan tapai pulut dan nak belajar buat sendiri buat cuba resipi serta tip yang dikongsikan ini. Ikut cara yang betul dan ragi yang elok barulah Tapai yang dibuat menjadi!
Kerabu ikan siakap. Biasanya kita tengok ikan seiakap hanya dimasak stim, masam manis dan 3 rasa. Itu menu yang biasa mak-mak masak keluarga atau kalau makan di kedai, itulah yang akan diminta.
Apa kata buat kelainan sedikit dengan masa kerabu ikan siakap. Tambahan dengan hirisan mangga yang rasa masam dan pastinya membangkitkan selera. Boleh cuba resipi yang simple tapi menyelerakan dari Unaizah Azhar ini.
Bahan Untuk Menggoreng Ikan
Halia
Bawang putih
Kunyit
Garam
Caranya:
1. Tumbuk halus semua bahan tadi dan lumurkan pada ikan.
2. Kemudian, lumurkan sekali tepung jagung.
3. Goreng separuh garing dan pastikan ikan itu masak. Ketepikan.
Info: Elakkan goreng ikan terlalu garing kerana ia boleh membuatkan ikan itu jadi keras.
Bahan-bahan:
3 biji mangga epal – sagat halus
4 ulas bawang merah – dicincang halus
2 biji bawang besar – Potong dadu
Sedikit lobak merah – disagat halus
Cili api hijau dan merah
Tomato merah dan hijau
Daun ketumbar secukupnya
Bahan Untuk Sos
Cuka
Gula
Garam
Sos tiram
Belacan
Cara Membuat:
1. Campurkan kesemua bahan. Kacau hingga sebati.
2. Masukkan separuh bawang merah, bawang besar, cili api dan daun ketumbar. Gaul hingga sebati.
3. Pastikan rasa masam manis dan masin.
4. Seimbangkan rasa dan barulah curahkan ke atas ikan yang telah digoreng.
5. Taburkan lebihan bawang merah, bawang besar, cili api dan daun ketumbar.
6. Siap.
Selamat mencuba
Mingguan Wanita : Tak perlu lauk lain pun. Ini pun dah cukup sedap dan menyelerakan.
Pertama kali makan pisang muda goreng ini waktu berkunjung ke rumah kenalan. Waktu itu, ada sedikit kenduri untuk meraikan pemergian ahli keluarga kenalan yang mahu ke Makkah. Uniknya juadah ini sebab pisang yang digoreng kena betul-betul yang muda.
Ini resipi lama orang Jawa. “Pisang Muda Goreng” yang nak digoreng ini kena pilih yang betul-betul masak, barulah rasanya enak lemak-lemak macam ubi goreng.
Ini resipinya kalau mahu cuba. Memang ‘rare’ dan lain dari yang lain.Kadangkala yang simple tu sedapkan.
Resipi Pisang Muda Goreng Tepung
Bahan-bahan:
Sesisir pisang muda (pastikan betul-betul muda)
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
Sedikit garam dan tepung
Cara membuat:
1. Pisang dibuang kulit. Potong ikut suka. Jangan tebal sangat.
2. Kisar bawang merah dan putih. Gaulkan dengan sedikit garam dan tepung gandum.
3. Goreng dalam minyak yang panas.
Nota: Nak lebih enak cicah dengan sambal kicap.
Cara Membuat
Kisar, cili padi, sedikit bawang putih dan gula serta kicap.
Rupanya lobak merah pun boleh dijadikan snek yang sedap dan sihat. Bagi anak-anak yang suka makan snek tapi payah nak makan sayur, mak-mak boleh cuba buat ‘Carrot Chips’ ini di rumah.Bakar garing dalam oven, atau guna air fryer pun boleh. Hanya guna 3 bahan je, nak buat pun mudah.
Boleh cuba resipi Carrot Chips yang sihat dan senang nak buat ni daripada Puan Noraliza Alwi sebagai panduan;
“Ok. Hari ni saja nak share idea untuk mak/mak yang pening bila anak asyik nak snek..nak snek. Resepi mudah buat carrot chip sihat untuk anak. Guna Air fryer pun boleh, 3 bahan saja.”
“Resepi Carrot Chips Mudah”
Bahan-Bahan:
Lobak Merah – ikut suka banyak mana
Minyak Zaitun
Garam sedikit sahaja
*Mesti ada peeler ya dirumah nak senang kerja.
Cara Membuat:
1. Basuh bersih carrot.
2. Bolehlah ‘peel’ carrot dengan agak tebal.
3. Cuba elakkan dari terputus-putus.
4. Dah siap peel, gaul sama garam dan renjis sikit dengan olive oil.
Bakar pada suhu tinggi 250C selama 20 minit.
Siap bakar garing boleh kunyah-kunyah macam potato chip.
Owh ya chip ini pun baby friendly sebagai finger food mereka.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...