Hari ni dah call mak ayah ke? Jalankan tanggung jawab kita sebagai anak. Pantau kesihatan mereka dari semasa ke semasa. Bagi yang masih ada datuk dan nenek, jangan lupakan mereka juga.
Kita wajib ambil tahu status kesihatan mereka, laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (setakat 24 Mac 2020) menunjukkan warga emas antara kes kematian Covid-19 paling tinggi.
Daripada 16 kes kematian Covid-19, 8 kes melibatkan golongan berusia antara 60 tahun hingga 75 tahun. Empat daripadanya mempunyai sejarah penyakit kronik.
Baca sini
https://www.instagram.com/p/B-HH4iJHz2y/?igshid=1891autmcm238
https://www.instagram.com/p/B-H4KUQHYHh/?igshid=1s0be96ci2pym
Bukan setakat tanya khabar tapi sediakan juga barang keperluan seperti makanan dan ubat-ubatan bagi mak ayah yang sakit . Jauh bukan alasan untuk kita lepas tangan. Ambil peluang masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk fokus kepada mak ayah.
Allah bagi peluang untuk kita tebus kesilapan kita dulu. Kalau tak kerana PKP, rutin harian kita sangat padat, sibuk memanjang sampai tak sedar kita sudah abaikan mak ayah.
Mak ayah tak harapkan duit kita. Dalam usia yang semakin senja, mereka hanya mahukan kasih sayang dan perhatian kita. Bagilah apa yang mak ayah nak, layanlah mereka dengan baik.
Sementara mereka ada, jaga mereka. Memang ada mak ayah yang banyak kerenah. Biasanya bila dah tua jiwa mereka sensitif. Asyik merajuk dan ada yang kuat sentap.
Jangan marah mak ayah, sabar je layan je. Jangan kutuk mereka sebab nanti kita pun akan tua. Entah-entah nanti bila dah tua, perangai kita lagi teruk. Jadi sabar banyak-banyak.
Tunjuk teladan yang baik depan anak-anak kita. Doa lah agar esok kita tua anak-anak terbuka hati nak jaga kita. Hidup ni macam roda, apa yang kita beri kita akan dapat balik.
Yang mana bergaduh dengan mak ayah, sudah-sudahlah . Buang ego tu, call mak ayah. Mereka rindu nak dengar suara anak-anak, mereka tak dendam pada anak-anak. Mereka tetap sayang walau anak-anak buat onar.
Mak ayah tetap doa yang baik-baik untuk anak-anak walau hati mereka luka. Jadi tak payahlah nak buat mak ayah musuh, maafkan. Mereka pun bukan manusia sempurna. Kita pun macam tu kan, banyak yang kurang. Berdamailah sebelum terlambat…
Bebel sebab sayang, bebel sebab amanah. Sayang semua.