Kebiasaannya setiap rumah pasti ada televisyen untuk mengisi masa terluang dengan menonton pelbagai rancangan yang ada. Tanpa sedar, masa yang diluangkan untuk menonton tv, sebenarnya boleh digunakan untuk perkara yang lebih bermanfaat dan menjadikan kehidupan lebih bermakna.

Mula-mula memang susah untuk ‘buang’ TV dalam kehidupan seharian, namun banyak kelebihan dan kesan positif yang diperolehi seperti yang dikongsikan oleh Puan Widyana Ali ini. Wanita ini dan keluarganya telah 4 tahun memilih hidup tanpa televisyen.

Berikut perkongsian daripada Puan Widyana Ali;

Bulan lepas cukup 4 tahun kami hidup tanpa tv. Masa mula-mula tinggalkan tv hidup rasa macam ada “kekurangan”, tapi lama-lama rasa hidup lebih bermakna.

Masa zaman sekolah dulu, cikgu Bahasa Inggeris saya selalu menggunakan perkataan “idiot box” untuk TV. Baru sekarang saya faham kenapa TV ni dipanggil idiot box.

Secara jujurnya, mula-mula memang susah nak hidup tanpa TV di rumah sebab saya sendiri memang penonton tv tegar sejak dulu. Tak pernah miss tengok AJL, ABP, Anugerah Skrin. Sekarang pelakon pun tak kenal.

Buat apa nak kenal pelakon kan? Dia bukan saudara mara kita.

Dulu, memang saya rasakan TV itulah pengikat kasih sayang keluarga bila duduk sama-sama menonton drama dan movie. Rasa tenang nak buat kerja dengan anak yang duduk senyap menonton kartun dari pukul 2.30 petang sampailah pukul 6. Lepas habis slot kanak-kanak, tiba pula slot drama sampai waktu maghrib.

Kelebihan Tiada TV Di Rumah

Tapi sekarang persepsi saya dah berubah. Banyak kelebihan untuk anak-anak bila tiada tv di rumah.

1. Anak-anak kurang tantrum. Sebab mengadap tv lama-lama sebenarnya jadi stress tanpa sedar, macam orang kerja tengok computer lama-lama.

IKLAN

2. Anak-anak senang dengar arahan.

3. Mereka buat kerja jadi bertambah fokus sebab tiada gangguan.

4. Lebih kreatif suka buat origami/art and craft/ gembira melompat gembira bila mama minta bantu di dapur.

5. Tidak terpengaruh dengan iklan.

6. Hidup mereka lebih gembira rupanya.

IKLAN

Kesan baik untuk saya dan suami:

1. Tiada lagi fenomena menonton TV dan terus masuk ke dalam TV. (Hypnotized)

2. Kurang marah, sebab anak-anak bila dipanggil terus menyahut.

3. Jadi rajin membaca bahan ilmiah, macam saya sangat suka membaca tentang pemakanan sihat, psikologi anak- anak dan motivasi.

4. Kerja rumah cepat selesai sebab tiada lagi menonton TV sambil lipat baju dan tiada lagi drama yang ditonton.

5. Senang nak solat di awal waktu. Ya Allah ni paling penting dalam hidup kita.

IKLAN

6. Banyak masa untuk borak dengan suami dan anak-anak.

Alhamdulillah segala yang baik itu daripada Allah.

Kepada kawan- kawan, cubalah ‘buang’ TV sekejap. Kami dah rasa, memang hidup tanpa tv lebih seronok dengan anak-anak. Hubungan jadi lebih rapat dan boleh create long term memory untuk anak- anak.

Post ini sekadar ingin berkongsi pengalaman.Kalau ada rakan-rakan yang nak berkongsi pengalaman hidup tanpa TV di rumah,silakan.

Kami juga sangat strict dengan penggunaan smartphone. Nanti saya akan tulis pengalaman mengawal penggunaan smartphone dalam keluarga.

Tanpa TV Hidup Lebih Bermakna, Mula-Mula Memang Susah!
P/s: Gambar ni antara aktiviti luar yang kami selalu buat, pergi layan kapal terbang mendarat di belakang KLIA.

Widyana Ali

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jika ingin turut merasai kesan baik yang dikongsikan ini, tiada salahnya mencuba di luar kebiasaan tiada televisyen di rumah.

Sumber: Widyana Ali • Healthy Life

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI