“Tanpa AZIZAH Di Sisi, Tidak Mungkin Saya Mampu Menggalas Amanah Yang Cukup Berat Saat Ini”
3 Disember lepas merupakan ulangtahun kelahiran Dato Seri Dr Wan Azizah Ismail ke-70. Ramai yang memberi ucapan dan doa sebagai tanda ingatan buat bekas Timbalan Perdana Menteri Wanita pertama Malaysia ini.
Namun demikian, ucapan Hari Jadi daripada Dato Seri Anwar Ibrahim yang juga Perdana Menteri Malaysia ke-10 ini kepada isteri tersayang cukup menyentuh hati.
Ramai mengetahui pengorbanan dan penjalanan getir yang Dr Wan Azizah harus lalui sepanjang 42 tahun pasangan ini mendirikan rumahtangga dan dikurniakan 6 orang cahayamata.
Ads
Berikut antara titipan ucapan yang dikongsikan oleh Perdana Menteri buat isteri tersayang;
“Seorang insan, wanita, isteri yang tabah, penyayang dan berbakti. Seorang ibu yang tidak pernah jemu mencurahkan kasih sayang.”
“Saya sentiasa bersyukur. Tanpa Azizah di sisi, tidak mungkin saya mampu menggalas amanah yang cukup berat saat ini. Saya berdoa agar Azizah sentiasa di bawah lindunganNya.
Happy birthday!
Ads
Terdahulu, sempena ulangtahun kelahiran beliau, Dr Wan Azizah ada meminta supaya tidak memberikan sebarang hadiah mahupun cenderahati kepadanya sebaliknya memadai hanya titipan doa dan amal jariah buat beliau.
Mingguan Wanita: Selamat Ulangtahun Kelahiran Ke-70 buat isteri Perdana Menteri Malaysia ke-10 ini. Disebalik kejayaan suami, berdirinya seorang isteri yang teguh dan setia di sisi suami.
Risaunya bila kesihatan mula terganggu sehingga mengakibatkan sampai masuk hospital.Terbaru, pelakon Mia Sara Nasuha, 13, yang dikenali bakat lakonanannya sejak dari kecil telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Kota Damansara, Petaling Jaya, kelmarin akibat jangkitan kuman pada saluran kencing.
Buah Pinggang Bengkak
Bapa Mia, Muhammad Ridhuan Muhammad Saleh berkata, jangkitan itu turut menyebabkan buah pinggang pelakon remaja terbabit membengkak.
“Ketika bangun Subuh, kelmarin, Mia mengadu sukar kencing menyebabkan perutnya sakit. Mia bagaimanapun, tetap ke sekolah seperti biasa.
“Namun, dia menghubungi saya pada tengah hari itu dan mengadu sakitnya belum hilang. Saya terus membawanya ke klinik, tetapi diminta doktor ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
“Doktor memaklumkan, Mia mengalami jangkitan kuman pada saluran kencing menyebabkan buah pinggangnya turut membengkak. Selepas mendapat rawatan, Alhamdulillah keadaan kesihatan Mia bertambah baik,” katanya.
Kurang Minum Air
Tambah Ridhuan, masalah itu terjadi mungkin berpunca daripada tabiat Mia yang kurang minum air hingga menyebabkan tubuhnya mengalami dehidrasi.Ridhuan bagaimanapun, lega apabila Mia tidak mempunyai penyakit serius lain dan dijangka dibenarkan pulang dalam beberapa hari lagi.
Sementara itu, Ridhuan mengakui sedikit kesal apabila apabila ada pihak tidak bertanggungjawab membuat pelbagai spekulasi, termasuk kononnya Mia dimasukkan ke hospital kerana masalah buah pinggang.
“Saya tidak sangka ada pihak yang sanggup mereka-reka cerita tanpa usul periksa. Namun, saya berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan Mia supaya cepat sembuh,” katanya.
Penjelasan ini sekaligus menjawab spekulasi ramai dan tanda tanya gambar-gambar yang dimuat naik di dalam instagram pelakon ini.
Mia pernah membintangi filem, Nur Kasih The Movie, Sekali Lagi, Papa I Love You dan Lagenda Budak Setan 3: Kasyah.
Mingguan Wanita mengucapkan semoga pelakon cilik berbakat besar ini cepat sembuh dan kesihatannya kembali seperti sedia kala.
Rumah tangga Bella Astillah, isteri kepada Aliff Aziz kembali tegang selepas suaminya itu dikaitkan berhubungan dengan seorang pelakon wanita tidak lama dulu.
Sejak itu, Bella ambil keputusan untuk tinggal berasingan daripada suaminya. Dekat sebulan dia ambil masa untuk berikan tempoh bertenang buat diri sendiri.
Agar mereka berfikir dengan matang sebelum bertindak lebih jauh lagi.
Tentulah tindakan kurang matang itu akan menyebabkan nasib isteri-isteri sepertinya jadi lebih sukar kelak. Bagaimanapun, jika rumah tangga diuji dengan kehadiran orang ketiga, Bella akui betapa pentingnya sokongan keluarga untuk kembali bangkit.
Jika Rumah Tangga Diganggu, Isteri Jangan Menyendiri
“Bagi yang senasib, jangan menyendiri. dapatkan seokongan keluarga dan jangan buat keputusan drastik yang akan makan diri balik.”
Akuinya, berbincang dengan ahli keluarga itulah akan buat fikiran tenang.
“Fikirlah masa depan, ibu bapa kita. Kalau kantoi mereka juga akan terpalit sama.” Atas dasar itulah, sebagai ibu Bella perlu bertindak matang dan berfikiran panjang. Kerana jika tersilap percaturan dan ambil jalan tergesa-gesa tentulah ada hati yang akan merana.
Sebagaimana yang dikongsi kepada Sinar Harian, Bella akui untuk membuat keputusan dia perlu memikirkan anak dan kedua orang tua serta keluarga mentua.
“Bukannya hari ini gaduh esok dah nak berpisah atau selesai. Kita semua perlukan masa dan ruang.”
“Saya rasa bersyukur sebab ada kedua orang tua yang sangat menyokong kehidupan saya. Bahkan kedua ibu bapa mentua juga sangat baik. Maksudnya kita perlukan kekuatan seumpama itu.”
Sebelum ini, Bella mencetuskan kontroversi apabila mendakwa suaminya menjalin hubungan dengan pelakon Oktavia Manrose, termasuk ke kelab malam bersama-sama.
Terdahulu juga, suaminya pernah mengecewakan hatinya pada Julai 2017 apabila dikatakan menjalin hubungan dengan pelakon Afifah Nasir.
Demi lembaran baru, Bella memaafkan suaminya ketika itu.
“Kita dah tak ada apa-apa lagi mak…”. Tangisan anak saksi kereta terbakar cetus simpati.
Saat ini di media sosial tular tangisan seorang kanak-kanak dalam keadaan cukup menyayat hati.
Kedengaran dari video dirakam, esak tangis mereka yang menyebut “kita dah tak ada apa-apa lagi mak”. “Kita dah tak ada harta mak” berulang kali sebelum video menunjukkan rakaman sebuah kereta proton waja marak terbakar di dalam kebun kelapa sawit.
Di saat kita berasa lengkap punya segalanya, ada insan lain diuji dengan seribu keperitan dan kepayahan. Diuji tidak punya apa-apa dan hanya ada sebiji kereta untuk memudahkan pergerakan namun “harta” itu terbakar adalah sesuatu yang sangat menyebakkan.
Memetik fb Wan Suriawati yang diuji pada 23 Januari lalu, dia mengakui proton Waja itu adalah satu-satunya harta peninggalan ayahnya yang ada namun kereta itu terbakar ketika mencari ikan untuk dijual di dalam kebun kelapa sawit.
Diuji dengan ketiadaan kerja tetap, mencari rezeki mencari sayur di hutan selain menangkap ikan untuk dijual, dirinya juga menjaga ibu yang lumpuh namun dengan ketiadaan kenderaan ini sudah pasti kehidupannya menjadi sangat sukar.
Berkongsi kronologi bagaimana kejadian menyedihkan ini terjadi, kata Wan Suriawati, ia satu ujian maha berat buatnya.
“Akak tak larat sangat-sangat. Maaf sangat-sangat tak sempat balas chat tanya kejadian sebenar.
“Ada yang bertanya, apa akak buat dalam kebun kelapa sawit tu. Akak cari ikan untuk dijual. Akak tak ada buat kerja tetap. Nak kerja yang boleh usung mak dan anak ke tempat kerja tu tak tahu nak cari di mana.
“Nak berniaga modal besar. Lagi pun keselesaan mak dan Firas yang aktif ini risau fikirkannya,” katanya memaklumkan, kejadian ini berlaku di Jalan Sungkai, Teluk Intan.
“Sekitar jam 3.30 petang, hujan turun renyai dan anak suruh anak menghidupkan enjin kereta tetapi tiba-tiba asap hitam naik dan ternampak percikan api di bawah kereta yang kebetulan disedari oleh anak perempuan.
“Tak sampai lima minit, api marak membakar kereta itu dan dalam keadaan cemas, emak ada terperangkap di dalam kereta. Terus kami seret emak keluar sebelum api marak membakar kenderaan,” katanya memaklumkan di dalam kebun sawit itu ada lombong yang menjadi kesukaan anak-anak bermain yang dianggap bagaikan swimming pool bagi mereka yang hidup dalam kesusahan.
Tangisan Anak Saksi Kereta Terbakar Cetus Simpati
Jelas Wan Suriawati, kereta yang terbakar itu turut membakar sama barang-barang yang ada seperti tongkat kayu emaknya, kereta sorong, tikar, telefon bimbit, duit belanja rumah, beg sekolah, beg makanan, ikan kijin, barang pancing, periuk nasi, jala, joran, jaring, kuali semuanya hangus terbakar.
“Tiada satu apa yang yang tertinggal kecuali, serpihan kaca dan air mata,” katanya memaklumkan melalui telefon bimbit anaknya, dia menghubungi pihak berkuasa dan kereta miliknya yang hangu dapat dipadamkan sepenuhnya.
Jelasnya, keretanya itu masih ditinggalkan di dalam kebun sawit itu kerana hendak memanggil trak tunda juga memerlukan duit.
Di saat diuji, tulis Wan Suriawati,Innalillah hi wa inna ilai hirojiun.
Tiada lagi kenangan arwah ayah. Tiada lagi nikmat merasa berkereta sendiri. Allah ambik pinjaman dunia. Redha. Cuma akak masih dalam keadaan bersedih. Bukan rezeki akak. Patahnya kaki akak. Seperti mana lumrah manusia, harta dunia ada yang mengangkat dan mengagungkan. Dan dalam keadaan itu, akak melalui fasa tersebut. Terima kasih pada anggota yang terbabit. Terlebih terkurang dalam pertuturan maafkan akak.
Difahamkan, buat masa ini keluarga mereka masih belum punya kenderaan lain. Dan wang sedekah yang diberikan orang kepadanya ketika kejadian itu tular, turut digunakan untuk perbelanjaan keluarga dan ibunya yang lumpuh.
Bagi yang ingin menyalurkan sumbangan, boleh ke akaun miliknya :-
Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...