Tangisan Ibu Membesarkan Anak Kembar Autisme, Netizen Tak Putus-putus Bagi Kata Semangat Buat Zarina Zainuddin

Share

Bukan mudah nak membesarkan anak-anak autisme, namun jika ditakdirkan Allah dapat anugerah anak istimewa seperti ini ternyata anda adalah insan terpilih dan hebat.

Sukar nak digambarkan dengan kata-kata namun apabila melihat video terbaru yang dimuat naikkan Zarina Zainuddin laju mengalirkan air mata, tergambar jelas bahawa dia seorang ibu yang cukup tabah menelan dugaan dan cabaran.

Tahu Anak Autisme

Mengimbas kembali saat mengetahui ciri-ciri autisme yang ada pada anak kembarnya, Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai yang kini masing-masing sudah pun berumur 20an, dia sendiri pada awalnya agak terkejut dan sukar untuk menerima hakikat.

“Di waktu saya melahirkan anak kembar saya ini usia saya 25 tahun masih kuat bertenaga saya dapat melahirkan keduanya secara normal biarpun ketika itu kandungan saya berusia 8 bulan.”

“Muhammad Razil Azrai lahir dulu seberat 1.6kg selepas 3minit lahir pula Muhammad Raizal Azrai beratnya cuma 1.4kg.”

“Lebih kurang 10 hari dalam incubatur dengan cahaya lampu biru. Mereka dibawa keluar dari wad. Dan Allhamdulillah tumbesaran nya normal sehingga berusia setahun setengah saya dapati anak saya terlalu aktif Azal dah boleh mula bercakap Azil masih tidak bercakap mulanya saya fikir mungkin lambat.”

Anak Mula Hantuk Kepala

Setelah usia anak kembar saya 3 tahun Azil masih tidak boleh bercakap dan sering menghantukkan kepalanya ke simen atau dinding. 4 kali cermin kereta hadapan pecah dihantuk kepala. Setelah itu saya bawa Azil dan azal berjumpa doktor pakar di Hukm Cheras dan doktor mengesahkan Azil dan Azal mengalami autism.

Ya, ada masa anaknya tantrum  dan menangis-nangis. Malah, kalau tidak dipantau anak ini boleh bertindak sehingga mencederakan diri sendiri jika dia rasa kemahuannya tak dapat dipenuhi.

Namun Zarina tetap kuatkan semangat dan tetap mendapat sokongan keluarga serta suaminya, Datuk Seri Dr Abdul Raihan Wan Jaafar untuk memastikan anak-anaknya dapat kasih sayang dan perhatian.

Respond Netizen Melihat Video Zarina Menangis

Buat Zarina Zainuddin, team Mingguan Wanita doakan yang baik-baik dan moga hati mu terus ‘sado’ dalam membesarkan anak-anak syurga ini. Aamiinn.

Published by
Nadia