Resipi yang sedang ‘hangat’ diperkatakan sekarang tentunya tanghulu. Manisan yang menggunakan buah-buahan segar ini disalut dengan sirap gula yang dimasak. Teksturnya sangat rangup apabila digigit. Peminat snek manis pasti akan menyukainya.
Ramailah yang cuba hendak buat sendiri. Tak nafikan memang sedap kalau buat sendiri. Cuma bila buat sendiri, perlu sabar terutama waktu tunggu gula sampai jadi karamel berbuih, baru boleh letak buah dalam air berisi ais.
Tanghulu ini memang sedap betul bila kita guna oren kecil-kecil dan strawberi. Sekali buat sahaja terus menjadi. Rangup bila dimakan. Paling penting tidak lekat gigi.
RESIPI TANGHULU
Bahan-bahan:
2 cawan gula
1 cawan air
Ais batu
Air sejuk
Buah-buahan (strawberi,oren dan anggur)
Lidi/cucuk sate
Cara membuat:
1. Sediakan buah-buahan. Pastikan buah-buahan betul-betul kering selepas dicucuk dengan lidi/cucuk sate.
2. Campurkan air sejuk dan ais batu di dalam jug. Ketepikan.
3. Masukkan gula dan air ke dalam periuk. Guna api perlahan.
4. Apabila gula sudah nampak mencair, buka api sederhana besar. Biar gula jadi sedikit perang. Jangan terlalu perang nanti gula akan teraas pahit.
5. Selepas gula sudah mula berbuih, cepat-cepat celup buah pada air gula yang berbuih. Celup sekejap-sekejap sahaja.
6. Kemudian celup buah dalam jug berisi air sejuk dan ais batu yang telah disediakan dari awal tadi. Celup sehingga gula itu menjadi keras. Bolehlah dikhidangkan.
Memang rangup buah-buahan ini bila dimakan. Ramai kata manis tapi kalau sekali-sekala makan tidak mengapalah. Buat ‘rasa-rasa’ bila tekak teringin sesuatu yang manis.
Sumber: Inah Sakinah
Baca artikel berkaitan: Roti Strawberry Yogurt Sedap Lembut, Resipi Viral Tiktok ‘Juicy’ Macam Puding!
Resipi Viral ‘Raindrop Puding’ Mudah, Masak Cara Kita Je!