Bila kita asyik banding kehidupan dengan orang lain, tentu sekali kita tak akan tenang dan senang. Ada saja yang tidak kena dengan apa yang kita buat.
Pada masa itu, barulah timbul rasa menyesal dan mula merungut kenapa ia terjadi pada diri kita. Teurs banding dengan orang lain yang hidup senang dan mewah.
Kadang-kadang, bila kita banding kehidupan dengan orang lain, inilah yang membuatkan kita tidak bersyukur dengan apa yang Allah berikan.
Tak perlu nak banding dengan orang lain, sebab Allah sudah atur segalanya. Tanggungjawab dan kehidupan mereka tidak sama dengan kita.
Kita tak tahu, kurangnya bahagian kita di sini tapi yang lainnya kita lebih. Setiap kita sudah ditulis rezeki dan kelebihan diri, tak perlu banding pun.
Itulah pusingan kehidupan kita. Bersyukurlah dengan pemberian Allah, Dia lebih tahu mana yang terbaik untuk kita. Inilah antara perkongsian daripada Zulfikarullah Ren.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Bersyukurlah Dapat Isteri Pandai Serba-Serbi, Tapi Jangan Sampai Diri Sendiri Tak Berfungsi
Rezeki Bukan Hanya DUIT, Tak Mewah Tapi Keluarga Sihat, Ujian Kita Berbeza, Bersyukurlah
Info Lebih Menarik DI SINI
Berhentilah membandingkan hidup kita dan orang lain. Tanggungjawab dan hidup setiap orang itu adalah berbeza-beza.
Kita kata bagus beli emas sebagai pelaburan, bagus beli rumah di usia muda dan bagus menabung dari muda. Tetapi tak semua orang boleh melakukannya.
Ada orang terpaksa sara ibu ayah dan adik beradik ketika usia mudanya. Segala perbelanjaan rumah dan sekolah adik-adik menjadi tanggungjawabnya. Wang yang tinggal hanya cukup untuk makan dan minum sahaja.
Tanggungjawab dan rezeki setiap orang itu berbeza. Apa yang kita lakukan mungkin tak sesuai untuk hidup orang lain. Dan apa yang orang lain dapat juga tak selari dengan tanggungjawab kita.
Hari ini kita lihat kawan yang sama kerja dengan kita sudah tukar kereta Honda baru. Kita masih lagi memandu viva lama.
Kawan kita kahwin dah 10 tahun tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Sedangkan kita juga berkahwin sudah 10 tahun dan dikurniakan 6 orang anak.
Perbelanjaan kita dan kawan kita berbeza. Tanggungjawab pun berbeza. Bersyukurlah walaupun kereta kita kecil, tetapi pemanduan kita riuh dengan gelak tawa dan tangis anak-anak.
Sedangkan kawan kita punya kereta besar tetapi sunyi dari gurau senda dan tangis anak-anak.
Bersyukurlah kita dikurniakan anak yang sihat dan isteri yang baik serta pandai mendidik anak-anak. Itu juga rezeki yang patut disyukuri.
Tak salah kita memasang impian untuk memiliki kereta besar. Tetapi bersyukur dengan apa yang kita ada itu akan menambahkan rezeki kita.
Allah kata barang siapa bersyukur akan ditambah nikmatnya. Usah merungut dengan apa yang tiada sehingga gagal menghargai apa yang ada.
Setiap hari kita dilimpahi pelbagai rezeki dari Allah. Ada orang punya perniagaan yang banyak, sedekahnya luar biasa dan terkenal seantero pelusuk bumi.
Ada orang tidak dikenali ummah. Hartanya cuma sehelai pakaian dan sepasang selipar. Tetapi mewah masa untuk beribadah.
Ada orang sibuk melayan anak-anak yatim sehingga terlupa diri semakin tua. Hayatnya dihabiskan untuk melihat anak-anak tanpa ibu dan ayah ini membesar menjadi anak soleh dan solehah.
Setiap orang itu berbeza-beza hidupnya. Hidup kita tidak akan pernah sama dengan hidup orang lain.
Bersyukurlah kita dengan hidup kita. Kerana itu semua adalah kasih sayang Allah kepada kita. Allah tahu mana yang terbaik untuk hidup kita.
Hari ini jika kita seorang jutawan mungkin kita lupa pada Allah. Allah tahu, sebab itu Allah tak bagi kita jadi jutawan lagi. Kerana Allah sayang pada kita. Sebab tu Allah tak bagi kita jadi jutawan.
Allah lebih tahu dan kita tak tahu apa-apa pun. Jadi bersyukurlah dengan apa yang kita ada hari ini. Hayati momen hidup kita dengan ucapan Alhamdulillah.
Mingguan Wanita : Memang tak akan habis dan tak ke mana pun, kalau kita asyik bandingkan dengan orang lain. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada.
Sumber: Zulfikarullah Ren
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.
( https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-legend-jual-cookies-paling-masyuk/ )
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita