Tanggalkan ‘rambut’ halus ada pelbagai cara sama ada tradisional atai moden. Cuma ada yang cara yang agak menyakitkan. Apa pun, ‘rambut halus’ pada wajah pasti membuatkan wanita yang mengalaminya rasa tak selesa.
Tak dinafikan, ada wanita yang memiliki bulu tubuh yang lebih banyak daripada wanita normal lain, misalnya bulu halus di atas bibir dan di betis. Dunia kecantikan menganggap bulu-bulu halus pada wajah umpama kumis itu mengganggu penampilan seseorang wanita sehingga menimbulkan rasa malu dalam diri.
Antara yang sering dilakukan untuk menghilangkan masalah bulu halus pada wajah seperti:
Plucking
Istilah plucking adalah mencabut bulu dengan penyepit. Menurut Lavanya Khrisnan, M.D, seorang dermatologist dari San Fransisco, jika ingin mencabut bulu dengan penyepit sebaiknya diaplikasikan pada bulu yang tipis atau kecil seperti di kawasan alis dan dagu.
Waxing
Cara waxing (mencukur) memang dapat dianggap praktikal dan berkesan menghilangkan bulu pada seluruh wajah. Tapi, menurut Michelle Yagoda, M.D, seorang cosmetic surgeon di New York, waxing boleh menyebabkan iritasi kerana pemakaian produk di kulit wajah. Teknik waxing juga dapat membuat kulit menjadi kemerahan bahkan mengalami keradangan.
Shaving
Aktiviti shaving bulu di wajah memang lebih popular di kalangan lelaki dan wanita juga boleh melakukannya untuk menghilangkan bulu pada wajah wajah. Tip penting daripada Anthony Sosnick yang merupakan shaving expert iaitu sebaiknya lakukan shaving saat sedang mandi atau sesudah mandi supaya kulit tetap terasa lembut sehabis mencukur bulu.
Threading
Bukan semua orang berani melakukan threading untuk menghilangkan bulu pada wajah. Dengan menggunakan benang yang ditarik-tarik di wajah memang boleh menimbulkan efek sakit pada kulit.
Kalau anda ingin menghilangkan bulu dengan lebih lama maka rawatan itu boleh dicuba. Cahaya daripada laser yang terserap oleh kulit dapat menghilangkan bulu sampai ke akarnya. Tapi, perlu mempertimbangkan berbagai hal sebelum melakukan laser seperti harga dan efek pada kulit.
Oleh itu, cara alternatif boleh dijadikan pilihan, iaitu dengan menggunakan masker daripada bahan alami. Namun perlu diingat, anda perlu konsisten dan rajin mengamalkannya ye.
Beberapa masker alami yang boleh dibuat sendiri di rumah untuk membantu menghilangkan bulu-bulu halus di wajah dan di tubuh anda.
Baca artikel lain di sini:
Rahsia Kulit Cantik Bak Artis Bollywood Dengan Kunyit
Guna Yogurt Sebagai Bahan Utama, Rahsia Miliki Rambut Cantik Sihat Berkilat
Ikuti kami di instagram:
https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Rapi Diri
Masker Kunyit
Bahan-bahan:
Sedikit kunyit hidup
Cara Membuat:
- Bersihkan kunyit dan sagat halus.
- Perah dan ambil airnya.
- Sapu dengan rata pada seluruh kulit wajah sambil menggosokkannya selama lima minit.
- Biarkan selama 15 minit.
- Bilas dengan air suam hingga bersih.
- Di dalam kunyit terkandung senyawa curcumin yang berfungsi untuk menghalang pertumbuhan rambut pada wajah.
Masker Betik
Bahan-bahan:
Sedikit buah betik
Sedikit serbuk kunyit
Cara Membuat:
- Kisar halus isi buah betik masak hingga halus.
- Campurkan dengan sedikit serbuk kunyit, adun hingga membentuk pes.
- Gunakan sebagai masker wajah dengan mengolesnya secara merata di wajah.
- Biarkan selama 15 hingga 20 minit agar ia meresap jauh ke dalam kulit.
- Bilas dengan air suam hingga bersih.
- Enzim di dalam betik bermanfaat untuk merawat kecantikan kulit termasuk untuk menghilangkan bulu di wajah. Gunakan betik berwarna hijau yang masih mentah. Ini kerana betik muda mengandungi senyawa papain yang lebih tinggi, dan lebih efektif
Masker Lemon Dan Gula
Bahan-bahan:
2 sudu makan gula pasir
10 sudu makan air putih
2 sudu teh jus lemon
Cara Membuat:
- Larutkan gula dengan air dalam mangkuk, kemudian, tambahkan jus lemon ke dalam mangkuk dan kacau rata.
- Oleskan adunan lemon secara rata pada wajah mengikuti alur pertumbuhan bulu.
- Bilas dengan air bersih setelah dibiarkan selama 20 minit sambil menyental perlahan skrub tersebut.
- Ulangi prosedur 2-3 kali seminggu untuk mendapatkan hasil terbaik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI