Udang Ketak isinya manis dan lagi sedap dari isi udang biasa.Bagi mak-mak yang nak beli udang ketak, kena tahu cara siangnya dan asingkan isinya dulu. Bukan apa bila beli jenis udang ni, selalu makan tak puas sebab isinya melekat dekat kulit. Jadi isinya dapat sikit je.

Menerusi perkongsian Puan Fauziah Gee Mard, macam ni rupanya tip nak tanggalkan kulit dari isi udang ketak ni seketul-seketul tak melekat. Menurut wanita ini, tip ini diperolehi daripada arwah emaknya yang selalu proses isi udang ketak ini untuk dibuat jual.

Berikut perkongsian tersebut;

“Hari ni cikgee nak share tips yang sangat berguna iaitu cara nak dapatkan isi si udang ketak ni seketui ketui tanpa melekat pon isi dia kat kulit!”

“Ok jap! Kenal ke atau pernah dengar tak nama udang ketak atau udang lipan ni? Kat tempat cikgee panggil nama tu. Hihi.”

“Isi udang ni sedap tau. Selalu kalau orang masak tak buang kulit, jadi bila makan banyak isi yang tak tertanggal dari kulit. Rugis la kan.”

“Gee leh tau sebab dulu arwah mak selalu proses isi saja wat jual. Sekali dia gunting sampai berbesen.”

Jom cikidot step by step yang sangat mudah.

Ads

#Jom pakat-pakat share, mana nak tau kan ada kawan-kawan kita nak belajar masak udang ni.

Tanggalkan Isi Udang Ketak Seketul-Seketul Tak Melekat, Rendam Dalam Ais 2Jam!

Tanggalkan Isi Udang Ketak Seketul-Seketul Tak Melekat, Rendam Dalam Ais 2Jam!

Cara-Caranya:

  1. Potong bahagian tepi udang. Buang kaki dan muncungnya. Sebab nanti dah rendam dalam air ais bersama ais batu nak tarik kulit udang tu.

Tanggalkan Isi Udang Ketak Seketul-Seketul Tak Melekat, Rendam Dalam Ais 2Jam!

2. Siang jadi macam ni.

Ads

Tanggalkan Isi Udang Ketak Seketul-Seketul Tak Melekat, Rendam Dalam Ais 2Jam!

3. Rendam dalam air ais ketul dalam 2 jam.

Tanggalkan Isi Udang Ketak Seketul-Seketul Tak Melekat, Rendam Dalam Ais 2Jam!

4.Kulit yang dah dikopek.

Ads

Tanggalkan Isi Udang Ketak Seketul-Seketul Tak Melekat, Rendam Dalam Ais 2Jam!

5. Puasnya makan dapat isi seketul-seketul macam ni.

Tanggalkan Isi Udang Ketak Seketul-Seketul Tak Melekat, Rendam Dalam Ais 2Jam!

Info Ekstra!

  • Potong dulu bahagian tepi baru rendam dalam ais, kemudian baru buang kulit.
  • Rendam lama sikit tau. Kalau tarik still melekat kena rendam lagi dalam air ais bersama ais batu atau kiub. Bila sejuk dia mudah tarik.
  • Macam-macam menu boleh dimasak dengan udang ni. Antaranya Sambal tumis,
    Sayur air, maggie kuah, Mee kuah, Goreng kunyit.Tapi memang sedap kalau masak berkuah ni nanti rasa kuah manis udang ni.

Baca Lagi Di Sini:

Petua Buang Lumpur Dari Perut Kerang, Ramai Dah Cuba Kata Berkesan
Buang Lumpur Bersihkan Siput, Kena Celur Sekejap Dalam Air Panas!

MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat buat mak-mak yang nak masak udang ketak. Ikut tip yang dikongsikan ini barulah isinya mudah tertanggal dan tak melekat pada kulit lagi.

Sumber: Fauziah Gee Mard

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI