Tanggal Tudung, Mawar Rashid Mohon Maaf Gagal Untuk Terus Istiqamah

Share

Tanggal tudung, Mawar Rashid mohon maaf gagal untuk terus istiqamah. Benarlah, bukanlah satu perkara mudah untuk terus istiqamah dan tidak ramai yang mampu lakukannya.

Terbaru digemparkan pula pelakon dan juga usahawan wanita berjaya, Mawar Rashid yang mengumumkan dirinya tidak lagi berhijab.

Pelakon tersebut memohon maafkerana gagal untuk terus istiqamah selepas mengambil keputusan berhijab pada tiga tahun lalu.

Tanggal Tudung, Mawar Rashid Mohon Maaf

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, Mawar yang menerangkan telah mencuba sebaik mungkin untuk terus menutup aurat.

“Saya Sudah Cuba Tapi Saya Gagal..Minta Maaf,” luah ibu kepada tiga cahaya mata ini.

Mohon Diberikan Ruang

Menerusi perkongsian di Instagram Story pula, Mawar memohon diberikan ruang dan bakal kembali aktif setelah bersedia.

“Selama tinggal dunia. Saya akan kembali apabila keadaan mental saya mengizinkan.

“Saya sayang anda semua sentiasa,” tulis Mawar.

Mawar Rashid sebelum ini telah mengumumkan penghijrahannya pada 17 Ogos 2020 sempena Maal Hijrah.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Mawar Rashid memohon agar semua mendoakannya untuk terus istiqamah dengan penghijrahannya.

Menarik: Mawar Rashid Umum Berhijrah, “Cantik Sangat Berhijab & Semoga Istiqamah” Puji Warganet

Menarik Lagi : ‘Umur 26 Dapat Beli Banglo..’ Mawar Rashid Sedih Dikata Materialistik

Mingguan Wanita : Semoga dipermudahkan segala urusan buat Mawar. 

Sumber Kredit : Instagram Mawar Rashid

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Norhayati Suboh