Tangan Pijar ‘Main Cili’ Tak Hilang Cuci Dengan Air, Gunalah Bahan Disarankan Ini

Share

Selalunya bila ‘main cili’ memang tak dapat lari akan dapat tangan pijar. Nak hilangkan rasa pijar tu boleh berjam-jam lamanya. Sedar-sedar hilang dengan sendiri.

Masalahnya bila’main cili’ tangan akan jadi pijar. Sedangkan bahan dapur yang lain tidak pula. Makin dibasuh dengan air, makin membuak-buak pijar tangannya.

Kali ini Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi bahan yang boleh digunakan untuk hilangan tangan pijar ‘main cili’. Basuh dengan air tidak mencukupi tapi ada bahan yang boleh mak-mak gunakan untuk hilangkan rasa panas itu.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: PIJAR Tangan ‘Main’ Dengan Lada. Bersihkan Guna Dua Bahan Ini, Terus Hilang

Doktor Ini Kongsi Tip Nak Hilangkan Pijar Lidah Selepas Ambil Makanan Pedas

Info Lebih Menarik DI SINI

Main Cili Tangan Jadi Pijar

“Doktor, tangan saya pijar! Macam mana nak hilangkan? Seksa, doktor!”

Kadang-kadang, ada pesakit datang ke klinik sebab tangan dia pijar selepas dia menyambal.

Kesilapan utama yang dilakukan oleh ramai orang adalah, mencuci dengan air sahaja.

Tangan kita pijar selepas pegang cili adalah kerana cili mengandungi capsaicin. Sebatian ini, akan merangsang reseptor deria sakit. Kalau kena kulit, kita rasa pijar, kalau kena lidah, kita rasa pedas.

Capsaicin ni, ia tak larut air. Kalau kita cuci tangan dengan air sahaja, capsaicin ni sukar nak tanggal dari kulit kita. Capsaicin ni larut dalam minyak/lemak. Oleh itu, kita gunakan:

1. SUSU

Susu berlemak dan mengandungi sejenis protin dipanggil casein. Ia akan memutuskan ikatan antara capsaicin dengan reseptor di kulit. Selepas cuci dengan susu, bilas dengan air sabun.

2. MINYAK

Jika nak cuci tangan guna susu, rasa macam membazir pula. Jadi kita boleh gunakan minyak. Minyak akan mencairkan capsaicin. Selepas itu perlu juga bilas dengan air sabun.

3. CUKA

Capsaicin bersifat alkali, jadi secara teori bahan berasid boleh meneutralkan atau melemahkan kesannya. Boleh juga gunakan air asam, perahan limau, atau sos tomato.

5. ALKOHOL

Capsaicin juga boleh dilarutkan dengan alkohol. Jadi boleh gunakan pensanitasi tangan berasaskan alkohol untuk mencuci tangan yang pijar. Kena gunakan banyak.

6. LOSYEN

Gunakan losyen berasaskan minyak untuk melarutkan capsaicin, kemudian disusuli dengan bilasan air sabun untuk buang losyen yang telah dicemari capsaicin tadi.

Selain mencuci gunakan bahan-bahan tertentu, capsaicin juga boleh ditanggalkan menggunakan geseran. Maknanya kena gosok tangan dengan tuala, berus, garam atau hampas kelapa.

Semoga bermanfaat!

Mingguan Wanita : Ada banyak cara yan boleh mak-mak gunakan untuk hilangan tangan pijar. Cubalah.

 

Sumber: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

 

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora