Selalunya bila ‘main cili’ memang tak dapat lari akan dapat tangan pijar. Nak hilangkan rasa pijar tu boleh berjam-jam lamanya. Sedar-sedar hilang dengan sendiri.
Masalahnya bila’main cili’ tangan akan jadi pijar. Sedangkan bahan dapur yang lain tidak pula. Makin dibasuh dengan air, makin membuak-buak pijar tangannya.
Kali ini Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi bahan yang boleh digunakan untuk hilangan tangan pijar ‘main cili’. Basuh dengan air tidak mencukupi tapi ada bahan yang boleh mak-mak gunakan untuk hilangkan rasa panas itu.
“Doktor, tangan saya pijar! Macam mana nak hilangkan? Seksa, doktor!”
Kadang-kadang, ada pesakit datang ke klinik sebab tangan dia pijar selepas dia menyambal.
Kesilapan utama yang dilakukan oleh ramai orang adalah, mencuci dengan air sahaja.
Tangan kita pijar selepas pegang cili adalah kerana cili mengandungi capsaicin. Sebatian ini, akan merangsang reseptor deria sakit. Kalau kena kulit, kita rasa pijar, kalau kena lidah, kita rasa pedas.
Ads
Capsaicin ni, ia tak larut air. Kalau kita cuci tangan dengan air sahaja, capsaicin ni sukar nak tanggal dari kulit kita. Capsaicin ni larut dalam minyak/lemak. Oleh itu, kita gunakan:
1. SUSU
Susu berlemak dan mengandungi sejenis protin dipanggil casein. Ia akan memutuskan ikatan antara capsaicin dengan reseptor di kulit. Selepas cuci dengan susu, bilas dengan air sabun.
2. MINYAK
Jika nak cuci tangan guna susu, rasa macam membazir pula. Jadi kita boleh gunakan minyak. Minyak akan mencairkan capsaicin. Selepas itu perlu juga bilas dengan air sabun.
Capsaicin bersifat alkali, jadi secara teori bahan berasid boleh meneutralkan atau melemahkan kesannya. Boleh juga gunakan air asam, perahan limau, atau sos tomato.
5. ALKOHOL
Capsaicin juga boleh dilarutkan dengan alkohol. Jadi boleh gunakan pensanitasi tangan berasaskan alkohol untuk mencuci tangan yang pijar. Kena gunakan banyak.
6. LOSYEN
Gunakan losyen berasaskan minyak untuk melarutkan capsaicin, kemudian disusuli dengan bilasan air sabun untuk buang losyen yang telah dicemari capsaicin tadi.
Selain mencuci gunakan bahan-bahan tertentu, capsaicin juga boleh ditanggalkan menggunakan geseran. Maknanya kena gosok tangan dengan tuala, berus, garam atau hampas kelapa.
Ads
Semoga bermanfaat!
Mingguan Wanita : Ada banyak cara yan boleh mak-mak gunakan untuk hilangan tangan pijar. Cubalah.
Jika mempunyai rumah bertingkat, sebenarnya boleh manfaatkan ruang bawah tangga dengan jadikan ia stor. Barang-barang dapat disimpan kemas dan rapi sempurna. Boleh buat sendiri je stor bawah tangga ni, guna saki baki kayu terpakai yang ada di rumah sahaja.
Boleh ikut cara yang dikongsikan Mohd Sani Soid ini sebagai panduan. Mudah, siap dalam masa sehari je.
DIY Stor Bawah Tangga. Bahan-bahan dari kayu-kayu terpakai saki baki renovation rumah sebelum ni.Tak susah sangat kalau ada peralatan yang mencukupi seperti:
– Cordless Drill
– Hammer Drill
– Circular Saw
– Lain-lain seperti Gergaji, Sesiku L, Tape Measure, wall plug, skru kayu dan sebagainya.
Tapi kerja jadi tricky sikit sebab kayu-kayu dah meleding tak lurus serta dinding simen tak rata/flat. Walaubagaimanapun, siap jugak kerja dalam sehari sahaja.
Cara Membuat:
1.Ukur dan potong kayu ikut ukuran yang diambil.
2.Pasang rangka di bawah.
3.Fitting rangka di tempat yang nak dipasang.
4.Fitting Pintu pada rangka dahulu untuk pastikan muat dan pasangkan Hinge. Rangka kayu saiz 1×2 inci, plywood tebal 10mm.
5.Potong Papan guna Circular Saw.
6.Tak sampai seminit, sekejap jer.
7.Siap pasang semua dinding.
8.Guna filler untuk isi celah-celah gap.
9.Siap filler, tunggu hingga kering sebelum cat.
10.Setelah siap cat.
11.Tukar tombol pintu baru.
12.Saya guna lampu bateri je dengan remote cordless, dah malas nak buat wiring baru.
* Guna lampu bateri untuk bilik stor sebab bukan ruang tamu nak kena bukak lampu 8-12jam sehari.Bilik stor, sehari sekali belum tentu kita masuk, masuk pun belum tentu bukak lampu, bukak lampu pun belum tentu lebih dari 5 minit. 6bulan – setahun insyaAllah takde masalah, bateri bukan mahal pun, rm6 untuk 8biji, tukar saja lah.
Bila makan soto, sup atau pisang goreng, rasanya tak lengkap tanpa sambal kicap. Inilah yang membuatkan makanan itu jadi sedap dan menyelerakan.
Rasa sambal kicap yang pedas dan manis-manis sedikit boleh buat kita makin syok untuk cicah dengan pelbagai masakan yang sesuai. Bestnya, penambah selera ini boleh tahan lama dan dijadikan stok.
Tapi bagaimana nak pastikan sambal kicap ini tahan lama dan semakin sedap. Nak-nak kalu dah berhari, memang mabeless. Lagi pun bolehlah buat banyak terus untuk dimakan bila-bila mas, sesuai dengan makanannya.
Kali ini Afy Al Habibi berkongsi ibu sambal kicap yang paling sedap dan tahan lama. Rupanya, kena goreng dulu bawang putih dan cilinya.
Bahan:
2 genggam cili padi hijau
8 ulas bawang putih
Tip sambal lebih sedap dan tahan lama:
Goreng seketika cili padi hijau dan bawang putih.
Pastikan cili hijau dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng.
Cara Membuat:
1. Masukkan bahan ( bawang putih dan cili padi yang telah digoreng) ke dalam bekas pengisar.
2. Masukkan kicap. Boleh guna jenama kicap yang disukai. Kuantiti kicap adalah dengan menutupi paras bahan tadi.
3. Masukkan 2 sudu kicap pekat dan kicap cair untuk seimbangkan rasanya.
4. Bagi menambahkan kepekatan dan rahsia sambal lagi sedap dengan tambahkan 1/2genggam kismis dan 3 sudu besar bawang goreng kisar. Perasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa.
3. Tambahkan kicap. Cikgu suka guna kicap Jalen lemak manis. Nak guna kicap cap apa pun boleh. Kuantiti kicap menutupi paras bahan tadi.
4. Cikgu tambahkan juga dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk seimbangkan rasanya.
5. Untuk menambahkan kepekatan dan rahsia sambal lebih sedap, cikgu tambahkan 1/2 genggam kismis dan 3 sudu besar bawang goreng untuk dikisar sekali. Perasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa.
6. Kisar semua bahan tersebut sehingga lumat. Selepas itu, tuang dalam mangkuk. Kacau sebati. Boleh tambah baik rasa jika perlu.
Cara simpan ibu sambal kicap supaya tahan lama:
Masukkan ke dalam bekas yang bertutup. Guna sudu kering setiap kali mengambilnya.
Hidang dalam bekas berasingan.
Kalau simpan terlalu lama dalam peti, sambal kicap akan memekat. Jadi boleh tambah air masak. Kacau sebati. Perasakan lagi sekali jika tidak memadai.
Mingguan Wanita : Buat stok sambal kicap, nak makan ambil saja. Sedap sangat, pelengkap makanan.
Bila sudah bergelar mak, topik sampingan bila jumpa kawan-kawan, tidak akan sah kalau tak bercerita tentang anak-anak. Macam-macam ragam yang anak buat. Ini belum masuk abang kacau adik, adik nangis dan pelbagai peristiwa yang melucukan.
Pengalaman Mak Ada Anak Rapat-rapat
Bercakap tentang anak ni, saya cukup respek pada mak-mak yang lahirkan anak rapat-rapat. Macam mana mereka handle dan melayan kerenah anak-anak, menyiapkan keperluan dan memasak untuk keluarga.
Bukan apa, saya sendiri yang melaluinya boleh ‘naik angin’ dan hilang sabar bila ada anak-anak yang bergaduh, masa yang sama adik merengek nak susu… macam-macam lah. Mujurlah ada anak yang dah besar, bolehlah minta tolong layankan adik-adiknya. Tapi, bila anak yang besar pun terlibat dalam pergaduhan ini, mahunya suara ‘tarzan’ akan keluar.
Anak sulung, kedua dan ketiga, jaraknya antara 2-3 tahun. Jadi, bila adik dah keluar, diorang masih boleh dikawal lagi. Tapi bila anak saya nombor 4 dan nombor 5 jaraknya agak dekat (beza setahun lebih). Apalagi, abang nombor 4 mulalah buat ‘geram’ kat adiknya. Tak boleh bayangkan mak-mak yang anaknya berderet dan jaraknya dekat. Memang salute la.
Pernah juga saya alami bila mana, anak nombor 4 mula buat hal, ayahnya pujuk tak dilayan, abang dan kakak pujuk pun tak jalan. Si kecil pula menangis minta disusukan. Mana satu mahu dilayan. Haru biru. Akhirnya, dua-dua dok ‘bertempek’ dengan mamanya.
Jangan Mengeluh
Walau bagaimanapun, jangan mengeluh bila Allah kurniakan anak-anak ini (walaupun rapat-rapat). Ada juga orang tanya ‘tak rancang kehamilan ker?’. Pada saya, walaupun kita merancang macam mana sekalipun, bila Allah kata kun fa ya kun …kita terimalah dengan redha. Semua tu Allah sudah tahu kita mampu laluinya. Kehadiran merekalah rezeki untuk kita sekeluarga.
Buat Muhammad Adib Iman b. Asmawal, selamat ulang tahun yang ke-2 pada 13 Disember 2017. Moga menjadi anak yang soleh dunia akhirat. Sayang Anak Mama.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.