Tanda Tompok Hitam Pada Siling & Dinding, Ada Kaitan Dengan Kesihatan, Undang Bahaya!

Share

Perasan tak, selalu kita tengok dinding rumah kita ada tompok hitam terutamanya di bahagian penjuru dinding atau atas siling. Terfikir juga kenapa boleh muncul seperti ni.

Mungkin ada yang ingatkan serapkan air dari bilik mandi. Maklum sajalah dinding bilik air kan sentiasa lembap.

Namun, tak kurang juga tompok hitam ini boleh terjadi sebab ada atap yang bocor dan kesannya berbekas pada dinding tersebut.

Semua ini adalah kulat dinding yang wujud sebab berlaku persekitaran lembab. Jangan biarkan ia terus menjadi penghuni pada dinding itu. Segera tangani dan bersihkan. Seperti yang disarankan oleh Public Health Malaysia ini.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Jangan Bagi Anak Makan Kentang Bertunas Boleh Bahayakan Kesihatan, Hati-Hati!

Kuali Non Stick TAK BAHAYA, Kena Tahu Penjagaan Elak Hilang Fungsi Kalis Lekatnya

Info Menarik Lain DI SINI

Tompok Hitam, Kulat Dinding

Lihatlah di siling dan dinding pejabat atau rumah anda. Ada nampak tompok tompok hitam berdebu yang berkumpul?

Ya,itu adalah KULAT

Kulat di dinding dan siling biasanya berlaku akibat persekitaran yang lembab akibat kebocoran bangunan atau sistem pengudaraan yang tidak lancar.

Bukan sekadar kulat, sebenarnya ia mendatangkan pelbagai kesan buruk kepada kesihatan.

Spora halus yang di bebaskan oleh kulat ini boleh di sedut masuk ke paru paru dan menyebabkan iritasi dan radang kepada saluran pernafasan.

Ia boleh mengakibatkan hidung berair dan tersumbat, bersin, batuk, sesak nafas dan nafas berbunyi.

Sekiranya tidak di bersihkan, pendedahan secara berterusan boleh mengakibatkan fungsi paru paru terjejas dan mengkibatka masalah kronik seperti astma.

Bagi yang sememangnya menghidap asma atau lelah, mereka akan mengalami gejala yang lebih kerap dan serius.

Tanda tanda lain bagi kehadiran kulat termasuklah bau yang kepam, kesan air, kesan meruap dan cat dinding mengelupas.

Cegah Kulat

Bolehkah kulat ini di cegah?

1. Pastikan pengudaraan yang sesuai di dalam bangunan terutamanya bahagian yang lembab dan gelap seperti tandas, bilik membasuh dan dapur.
2. Pastikan sistem saliran air di bumbung lancar dan tidak melimpah.

Bersihkan kulat tersebut menggunakan sabun dan air. Jika kulat masih tumbuh, boleh gunakan peluntur.

Apa yang penting, cari punca yang menyebabkan pertimbuhan kulat tersebut dan perbaiki punca tersebut.

Jika bahan berfabrik di tumbuhi kulat dan sukar untuk di bersihkan, anda mungkin tiada pilihan lain selain membuang bahan tersebut.

Mingguan Wanita : Jangan biarkan tompok hitam ini ‘bermaharajalela’ sebab ia boleh beri kesan pada kesihatan diri.

Sumber: Public Health Malaysia

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora