Hati-hati ya suami, sebelum tuding jari kata isteri nusyuz, perati dulu diri sendiri. Bila suami abaikan perkara-perkara ini, salah satunya sering cakap ‘kasar’ dengan isteri pun boleh dah dianggap nusyuz kepada isterinya.
Cakap ‘kasar’ yang bagaimana? Peguam Syarie, Fahmi Ramlidari Khairul Fahmi Associates jelaskan selebihnya tanda-tanda suami nusyuz atau kata lainnya, ingkar dengan perintah Allah.
Jangan Ingat Isteri Jer, Suami Pun Boleh Nusyuz
Ramai yang tau, apabila isteri enggan taat pada perintah suami, disisi syarak ia disebut sebagai nusyuz. Jika seorang isteri disabitkan nusyuz oleh Mahkamah, maka, dia dah tak berhak untuk terima nafkah dari seorang suami.
Tapi, ramai yang tak tahu, selain isteri, suami juga boleh dikira sebagai nusyuz. Cuma perkara ini jarang kedengaran sebab isteri jarang nak mohon suami disabitkan nusyuz sebabnya, suami yang beri nafkah khasnya. Tapi, sama ke nusyuz isteri dan suami? Mari saya kongsikan.
Bila Yang Dikatakan Suami Nusyuz?
Kalau isteri isteri itu dianggap nusyuz bila dia tidak mentaati perintah suaminya, maka suami pula dikira nusyuz bila dia mengabaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada dirinya sebagai suami.
Ads
Apa Tanda-tanda Suami Nusyuz?
Nusyuz suami melalui percakapan;
– Suami boleh dikira nusyuz disisi syarak jika dia seringkali tidak mahu bercakap dengan isterinya dan bercakap kasar. Kasar disini bermaksud sering memanggil isteri dengan perkataan yang keji dan tidak sepatutnya. Dan ada ketika memberi gelaran yang jijik pada isteri dan mencarut dalam perbualan.
– Suami juga boleh dikira nusyuz jika dia mengarahkan isterinya untuk melakukan perbuatan yang bertentangan dengan hukum syarak. Contohnya, menyuruh isteri melacur untuk cari pendapatan. Nauzubillah.
Nusyuz suami melalui perbuatan;
– Suami dikira nusyuz bila dia langsung tidak melakukan hubungan kelamin dengan isterinya tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarak. Bahkan lebih teruk bila dia berzina dengan wanita lain selain dari isterinya untuk puaskan nafsu.
– Paling dikira nusyuz bila suami bertindak kejam dan keras terhadap isteri seperti memukul, menarik rambut, menggigit dan lain-lain yang boleb datangkan kecederaan pada tubuh badan isteri. Kasihankanlah isterimu itu wahai lelaki.
Ads
– Nusyuz juga bagi suami yang tidak menyediakan nafkah yang sewajarnya dari segi makan minum, pakaian dan tempat tinggal kepada isteri tetapi menghabiskan duitnya kepada benda yang tidak berfaedah seperti membeli rokok. Mintak maaf, ini hakikat.
– Tidak memelihara kehormatan isteri juga boleh dikira sebagai nusyuz dimana sering membuka aib isteri tambah-tambah hal dalam kain. Dan nusyuz juga bagi suami yang berpoligami tetapi tidak berlaku adil terhadap isteri-isterinya.
Nusyuz Suami Tidak Dituntut Di Sisi Undang-undang
Walaupun nusyuz suami ini tidak dituntut disisi undang-undang, tetapi dosanya amatlah besar disisi Allah kerana isteri itu adalah amanahnya yang paling besar. Saya sangat tidak bersetuju bila kaum suami asyik salahkan isterinya nusyuz sedangkan dia tidak semak kenusyuzan dia terlebih dahulu sebelum nak nusyuzkan isteri.
Ads
MW : Bolehkah sabitkan suami nusyuz di mahkamah
Fahmi : Sebenarnya tak ada peruntukan undang-undang khas yang bercerita tentang nusyuz suami. Kalau nusyuz isteri pun hanya ada pada seksyen cerita tentang nafkah sahaja jika isteri nusyuz.
Sebabnya, nusyuz ini kesannya tak boleh terima nafkah. Jadi, kalau mahkamah buat juga sabitan nusyuz pada suami. Tak ada apa-apa kesan di sisi undang-undang sebab suami yang bagi nafkah. Cuma kesan di sisi Allah sahaja kalau suami ini nusyuz iaitu langgar amanah Allah.
Jadi, tak boleh heret ke mahkamah untuk nusyuz. Lagipun, isteri takkan buat sabitan nusyuz dah pada suami, baik terus fail fasakh sahaja.
Sumber/Foto : Fahmi Ramli yang banyak berkongsi info isu syariah di fanpagenya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Terkena bentan bagaikan satu igauan ngeri bagi mak-mak yang baru lepas bersalin. Penjagaan diri sewaktu dalam rawatan tempoh berpantang haruslah dititik beratkan dan diambil perhatian untuk mengelakkan diri daripada terkena bentan ini.
Perkongsian ilmu mengenai bentan ini dijelaskan oleh bidan berpengalaman, Kak Engku Bidan Bersalin sebagai rujukan.
Berikut antara perkongsian tersebut.
Bentan? Apa yang dikatakan bentan? Bagaimana hendak kenal pasti dan apa yang perlu dilakukan jika berdepan dengan masalah ini?
Bentan bermaksud sakit semula setelah hampir sembuh semasa dalam proses rawatan selepas bersalin. Ini bermakna, walaupun Mama hampir kembali sihat namun jika Mama culas penjagaan diri dalam tempoh itu, Mama akan mengalami sakit semula.
Oleh sebab itu, ada segelintir ibu mengalaminya pada penghujung atau selepas proses rawatan selepas bersalin. Apa yang pasti, dalam tempoh ini, ibu perlu melakukan penjagaan diri dengan teliti supaya tidak timbul sebarang masalah.
Punca Dan Isyarat Bentan
Mengambil makanan sejuk atau terlanggar benda keras. Kebanyakkannya disusuli badan berasa sejuk dan seakan hendak pitam. Situasi ini terjadi kerana dalaman badan yang masih lemah.
Apabila mengalami masalah ini agak sukar untuk kembali sihat dengan segera. Ada yang mengalaminya berminggu-minggu malah ada yang berbulan-bulan sebelum kembali sembuh.
Terdapat 3 Jenis Bentan
1. Bentan Urat
2. Bentan Urat Peranakan / Urat rahim
3. Bentan Urat Besar (Pinggang)
Untuk memastikan tidak mengalami masalah bentan, penjagaan diri adalah satu kemestian antaranya ialah:
Menyapu minyak panas di seluruh badan. Pakai baju panas, berstoking dan berselimut. Minum air kopi panas untuk panaskan badan dari dalam. Bertungku juga elok jika Mama boleh bangun atau ada seseorang yang boleh membantu ketika itu.
Mesti Tahu!
1. Jaga kebersihan anggota badan
2. Kerap menukar tuala wanita untuk mengelakkan sebarang jangkitan kuman.
3. Melakukan rawatan segera pada jahitan yang terbuka pada tempat peranakan untuk mengelak jangkitan kuman.
4. Tidak mengamalkan diet pemakanan yang betul dan kurang minum air menyebabkan Mama berisiko dijangkiti kuman.
5. Elakkan memakan makanan sejuk misalnya nasi yang sudah sejuk. Sebaliknya makan nasi panas.
6. Badan sentiasa dalam keadaan panas dengan memakai stoking.
Semoga bermanfaat dan kongsikan juga buat mak-mak yang sedang berpantang mahupun bakal-bakal ibu yang akan melalui proses rawatan selepas bersalin ini.
Bagi anda yang biasa melakukan bekam, ia seolah-olah perkara wajib yang perlu dibuat setiap dau atau tiga bulan. Biasanya, bekan sangat baik untuk kesihatan seseorang yang bukan sahaja untuk membantu melancarkan pengaliran darah tetapi turut membantu untuk membuang angin, kolesterol dalam badan dan sebagainya.
Mingguan Wanita Talkshow tengah hari tadi turut membincangkan tentang topik ‘Bekam Kecantikan’ yang bersiaran langsung di studio bersama Siti Elizad dan Radin. Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan, tetamu yang membincangkan topik ini dilakukan secara ‘video call’. Ikuti penjelasan lanjut oleh Mohd Khalid Adnan, Penasihat Spa Bekam tentang topik ini.
Bekam adalah salah satu kaedah rawatan perubatan tradisional yang boleh membantu untuk anda yang mengatasi masalah jerawat, migrain, resdung, sakit kepala dan sebagainya.
Ada sesetengah mengatakan apabila seseorang yang ‘ketagih’ untuk melakukan bekam, ia boleh mengurangkan darah. Sebenarnya, ia tidak seperti yang disangkalkan kerana ia mengeluarkan darah kotor dan menghasilkan darah baru.
Terdapat dua bekam yang biasa digunakan iaitu:
Bekam Darah
Biasanya, bekam darah untuk keluarkan darah atau toksid.
Caranya, hanya toreh atau tusukan menggunakan jarum untuk mengeluarkan darah.
Bekam Angin
Ia adalah untuk mereka yang mengalami masalah angin dalam badan dan membantu untuk keluarkan angin.
Tip Penjagaan
Selepas rawatan dilakukan yang mengambil masa 40 minit hingga sejam, ia boleh meninggalkan kesan. Cara untuk mengurangkan kesannya:
Letakkan ais pada tempat rawatan tadi.
Jangan minum ais dan berehat seketika.
Elakkan mengambil makanan yang gatal seperti udang atau sotong.
Kesan: Selepas rawatan, ada sesetengahnya akan mengalami rasa sakit dan demam. Ini adalah kesan sementara sahaja.
Info: Bagi anda yang mempunyai masalah kesihatan (diabetes), pihak pengamal perubatan ini perlu tahu tentang tahap kesihatan sama ada luka (kesan bekam) yang akan dialami mengambil masa yang lama atau tidak. Ini untuk mengelakkan risiko yang lebih teruk.
Garis panduan yang ingin melakukan bekam adalah mereka yang berusia 10 tahun hinga 60 tahun,
Bagi mengikut lebih lanjut tentang topik ini, tonton siaran ulangan di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 pada jam 8.00 malam ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Memang penting sebenarnya bagi wanita untuk mencatat hari pertama haid dan jadikan ia sebagai satu rutin bulanan. Setiap wanita akan menjalani waktu haid yang tersendiri setiap bulan. Kitaran haid (menstrual cycle) normal bagi seorang wanita adalah dalam tempoh 28-30 hari. Setelah berkahwin adalah penting untuk mengetahui dan memahami kitaran haid sendiri demi kebaikan diri. Ia sebagai panduan bagi mengetahui waktu subur anda yang sebenar serta membantu bagi pasangan yang merancang untuk hamil.
Fasa Kitaran Haid Wanita;
FASA PERTAMA: Hari pertama hingga ke 5
Fasa ini di kenali dengan fasa keluar darah (menstruation). Anda harus mencatat atau mengingati tarikh ini sebagai hari pertama datang haid. Hari pertama inilah yang akan menjadi titik tolak permulaan kitaran haid sehinggalah haid tamat dan kitaran haid bermula yang baru pada bulan seterusnya.
FASA KEDUA: Hari ke 6 hingga ke 10
Pada tempoh ini, hormon estrogen dalam tubuh wanita adalah berada pada tahap yang optimum dan darah akan membentuk lapisan tebal di dinding Rahim. Fasa ini dikenali dengan nama follicular phase. Telur iaitu ovum yang berada di sekitar ovari berada pada tahap matang dan bersedia untuk disenyawakan.
FASA KETIGA: Hari ke 14 (Waktu Subur)
Hari ini juga merupakan waktu subur bagi seorang wanita. Pada peringkat ini, ovum akan dilepaskan dari ovari dan proses ini dipanggil ovulasi. Ovum akan dilepaskan dan menanti kehadiran sperma untuk disenyawakan. Sekiranya tiada proses persenyawaan berlaku, maka ovum akan bergerak ke tiub fallopio ke rahim seorang wanita.
FASA KEEMPAT: Hari 19 hingga 28
Pada fasa ini, hormone progestron akan dirembes keluar. Dengan kehadiran hormone ini, lapisan dinding uterus semakin menebal. Sekiranya tiada persenyawaan berlaku, maka lapisan dinding akan terus menebal dan akan runtuh semula dan proses kitaran haid akan berulang kembali.
INFO EKSTRA!
Adalah sangat penting bagi setiap wanita mencatat tarikh kedatangan haid setiap bulan secara konsisten:
1.Mengenal pasti penyakit dalaman berkaitan rahim, ovari dan sebagainya.
2.Merancang kelahiran anak/ perancangan keluarga.
3.Mengetahui waktu subur.
4.Untuk mengira waktu tepat usia kehamilan anda.
5.Memudahkan membuat jangkaan tarikh bersalin.
PERLU TAHU!
Meskipun perjalanan haid normal ketika belum berkahwin, ketidakstabilan hormon seringkali berlaku pada wanita yang baru menjejakkan kaki ke alam perkahwinan dan wanita selepas bersalin yang mengakibatkan kedatangan haid jadi tidak teratur.
Selain mencatat secara manual di kalendar mahupun buku nota peribadi, terdapat aplikasi khas sama ada di play store atau google play untuk mencatat kitaran haid ini. Antaranya My Calendar, Period Tracker, Period Dairy dan sebagainya. Hanya perlu muat naik aplikasi tersebut dan ia lebih mudah!
Semoga bermanfaat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.