Tanda Suami Sayang, Untunglah Kalau Isteri Dapat Layanan Ini Bila Dah Berumah Tangga

Share

Tak mudah dan bukan semua lelaki rajin buat tetapi realitinya ini adalah tanda suami sayang pada isteri, jadi adakah anda sudah merasa situasi ini?

Kalau belum, mari baca sedikit nota kecil istimewa dari Puan Intan Dzulkefli, pastinya anda mampu berubah perlahan-lahan untuk jaga hubungan suami isteri dan Pencipta. Ingat, bahagia itu Allah bagi! Jom semak…

Suami kena jadi penasihat utama penampilan isteri. Sebelum keluar rumah, pastikan scan dulu penampilan isteri.

Tudung yang dipakai pastikan tidak jarang seperti pelapik langsir, wajib menutup dada & paling baik sekali tutup juga punggung.

Baju pastikan tidak jarang, longgar tidak menampakkan susuk tubuh & seeloknya melepasi paras punggung. Seluar juga jangan sampai menampakkan bentuk kaki ya.

Di samping itu, pastikan isteri pakai stokin, pakai handsock.
Jika isteri jenis bermekap pastikan jangan berlebihan sangat, cukuplah sekadar kemas & bersih tanpa berwangian yang terlalu menonjol.

Sebaik-baik penampilan seorang wanita, pakaian yang dia pakai ketika keluar dari rumah boleh terus dipakai untuk menunaikan solat.. sebenarnya tak perlu telekung pun kalau betul-betul dah menutup aurat dengan sempurna.

Isteri hanya patut cantik di mata suaminya.. bukan di mata suami kawan-kawannya atau kawan-kawan suaminya.

Jadi tak perlu jeles kalau isteri orang lain bukan main vouge bila diluar, cukuplah kita berusaha untuk berhias diri untuk suami di rumah.
Yang penting suami & Tuhan redha dengan kita.

Sila fahamkan & praktikkanlah.

Published by
Nadia