
Isi Kandungan
ToggleTanda suami mula curang, belajar bahasa halus pengkhianatan dalam rumahtangga. Kesetiaan adalah asas setiap hubungan. Namun, apabila seorang lelaki mula berlaku curang, tingkah lakunya akan menunjukkan perubahan yang ketara.
Jika anda merasakan sesuatu yang tidak kena, berikut adalah tanda-tanda lelaki curang yang sering kali menjadi petunjuk awal. Isteri ada gerak batin yang kuat sebenarnya, boleh merasai bagaimana suami boleh mula berubah.
Tanda Suami Mula Curang
Antara ciri-ciri boleh dikenal pasti ialah ianya bermula dari perubahan gaya bercakap.
1. Perubahan Gaya Bercakap
- Jawapan Kabur: Dia sering memberi jawapan samar-samar apabila ditanya tentang aktivitinya.
- Kurang Perhatian: Dia tidak lagi berminat mendengar cerita anda atau memberikan maklum balas.
- Menjauhkan Diri Secara Emosi: Hubungan menjadi dingin, dan dia kurang meluahkan perasaan atau berkongsi masalah.
2. Sikap Terlalu Berahsia
- Telefon Selalu Dikunci- Dia mula menggunakan kata laluan pada telefon atau membawa telefon ke mana-mana, termasuk ke bilik mandi.
- Aplikasi Tersembunyi- Anda mendapati aplikasi tertentu yang tidak dikenali atau mesej yang dipadam secara berkala.
- Mengelak Soalan- Dia cepat marah atau mengubah topik apabila ditanya tentang aktiviti atau rakan barunya.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Ipar Duai Tinggal Serumah, Lebih Banyak Ruang Curang Dalam Rumah Tangga
Suami Curang Ketika Isteri Berpantang Di Kampung, Sedih, Sakit Bersalin Pun Tak Hilang Lagi
Belajar Bahasa Halus Pengkhianatan Dalam Rumahtangga
3. Perubahan Rutin yang Mencurigakan
- Keluar Rumah Lebih Kerap- Dia kerap memberi alasan seperti “berjumpa kawan” atau “kerja lebih masa,” tetapi alasan ini tidak dapat dibuktikan.
- Waktu Pulang Tidak Tetap –Dia mula pulang lewat tanpa sebab munasabah atau memberi alasan sibuk tanpa kejelasan.
- Kerap keluar rumah atas alasan kerja- Dia sering keluar bandar atau menghadiri “urusan kerja” yang tiba-tiba muncul.
4. Perubahan Penampilan
- Mula jaga penampilan – Dari penampilan biasa, lelaki mula berubah dari segi pemakaian. Sanggup beli baju baru atau guna minyak wangi yang jarang dia gunakan sebelum ini.
- Bersiap berlebihan – Penampilan yang terlalu sempurna setiap kali keluar rumah boleh menjadi tanda dia cuba menarik perhatian orang lain.
5. Hubungan Fizikal dan Emosi Menurun
- Kurang Mesra- Dia tidak lagi menunjukkan kasih sayang seperti dulu, sama ada melalui pelukan, ciuman, atau kata-kata manis.
- Menjauhkan Diri Secara Fizikal – Hubungan intim menjadi semakin jarang, dan dia sering memberi alasan seperti penat atau stres.
6. Perubahan dalam Pengurusan Kewangan
- Perbelanjaan yang Tidak Dapat Dijelaskan- Anda mendapati bukti resit atau transaksi bank untuk makan malam, hadiah atau bil hotel yang tidak pernah diketahui sebelum ini.
- Akaun Tambahan – Dia mungkin membuka akaun bank baru atau menyembunyikan sumber pendapatannya.
7. Muncul nama baru dalam hidupnya
- Sebut nama orang lain tanpa sengaja-Dia kerap menyebut nama seseorang tanpa sebab jelas atau menunjukkan reaksi terkeliru apabila ditanya.
- Banyak menghabiskan masa dengan “kawan baru”- Dia sering keluar dengan seseorang yang dia tidak pernah perkenalkan kepada anda.
8. Naluri isteri mula rasakan suami berubah
- Sebagai pasangan, Allah kurniakan perasaan yang kuat pada isteri untuk kita meraskan pasangan mula berubah walau dia cuba untuk menyembunyikannya.

Kalau mula rasa syak wasangka, lakukan langkah ini dengan cepat!
- Perhatikan dengan bijak –Perhatikan tingkah lakunya dengan tenang tanpa membuat tuduhan melulu.
- Kumpulkan bukti – Jika perlu, kumpulkan bukti untuk menyokong perasaan anda.
- Berbincang secara Tterbuka –Luahkan kebimbangan anda dan tanyakan dengan jujur jika dia menyembunyikan sesuatu.
- Dapatkan bantuan profesional atau ahli keluarga – Jika hubungan anda penting, pertimbangkan untuk mendapatkan kaunseling perkahwinan.
- Lindungi diri dari menjadi terlalu emosi – Jangan biarkan emosi menguasai diri. Utamakan kesejahteraan mental dan emosi anda.
Setiap hubungan memerlukan kepercayaan yang kukuh untuk bertahan. Jika pasangan anda menunjukkan tanda-tanda ini, mungkin sudah tiba masanya untuk menilai semula kejujuran dalam hubungan anda. Anda layak mendapat pasangan yang setia dan menghargai anda sepenuhnya.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jururawat Ini Kongsi 8 Asas Penjagaan Luka Jahitan Bersalin Agar Cepat Sembuh & Tak Terbuka Semula

Isi Kandungan
ToggleLuka jahitan bersalin memang perlu dijaga dengan betul agar ia cepat sembuh sekaligus mengelakkan risiko ia terbuka semula. Bahagian Miss V juga akan kembali cantik. Sebab tu, mak-mak yang baru lepas bersalin dinasihatkan agar menitikberatkan pemakanan, kebersihan dan cara berjalan.
Jururawat terlatih ini, Noor Shafinah Mamat terdetik berkongsi cara sebenar jaga luka bersalin, setelah jahitan pesakitnya terbuka pada hari ke 9 berpantang.
Berikut antara perkongsian beliau;
“Disebabkan jahitan patient saya terbuka pada hari ke 9 berpantang, saya rasa baik saya share benda yang patut ibu-ibu jaga untuk make sure jahitan betul-betul sembuh pada waktunya, harap-harap tak jadi macam patient saya ni, ada gap pada benang tu. Tak kena jahit balik tapi seram la, dah tak lawa cik bunga kita ??”
1. Cuci Luka
Silalah baring. Lepas settle mandi/buang air, lap kering-kering pakai tisu gulung/tuala, lepas tu ambik masa baring dan anginkan luka sebelum letak ubat kuning dalam 5min. Lepas letak ubat kuning, anginkan lagi 5min. Saya beli kipas kecik senang nak keringkan tempat jahitan. Hair dryer boleh tapi bising sangat bunyi dia.
2. Spray Bottle
Beli dekat kedai 2 hinggit je botol spray kecik. Isi ubat kuning, nak guna spray je. Spray banyak, biar bahagian dalam lipatan jahitan tu pun kena. Ubat kuning kalau habis boleh mintak lagi dekat Klinik Kesihatan. Kalau pakai kapas dab dab, kadang-kadang tak kena tempat luka tu, macam saya la mula-mula. Beriya letak rupanya tak kena pun tempatnya. Tahu-tahu benang atas dah hilang.
3. Kurangkan Berjalan Tetapi Boleh Bersenam
semestinya. Kalau perlu sangat, tolonglah kepit macam tak bagi emas terlepas dari kepitan kaki. Lagi rapat kepit, lagi cepat daging cantum elok.Senaman kegel pun menggalakkan peredaran darah ke tempat luka ,luka lagi cepat sembuh~ uolss tau tak senaman kegel camane?? Tak tau pm tepi..hihihi
4. Tukar Pad 2-4 Jam Sekali
Kira dapat lagi selalu anginkan jahitan tu. Kalau anak meragam, buatlah kerap mana yang mampu. Tapi jgn tunggu 5-6 jam, cepatlah melecet nanti, tak masuk kuman lagi apa semua. Please elak.
5. Vitamin C, Zinc
Ambiklah extra Vitamin C. Macam saya tak boleh makan oren sunkist tu sebab perut meragam, saya ambik vit c tambahan untuk bantu pulih luka. Beli je ,asalkan kita cepat baik. Yang boleh makan oren, lagi baik. Cepat kering.
6. Air Garam
Ada kata garam ni cepatkan benang reput, ada kata cepatkan cantum luka, macam orang kata. So buatlah at least sekali sehari. Air garam pun saya masuk spray bottle senang terus spray je lepas buang air. Kalau dapat buat sitz bath lagi better.berendam ~

7. Buang Air – Elak Sembelit
Minum air cukup, makan buah & sayuran hijau & kalsium juga boleh mengelakkan sembelit ~ kalau susah nak minum susu,ambik je OSTEOMATRIX kalsium . Sembelit memang akan kacau tempat jahitan tu, takut terbuka. Jangan teran-teran sangat ye.
Ni je basic penjagaan luka jahitan yang misi boleh share. Yang tambah manjakani, asam keping etc tu optional, ikut keyakinan diri. Saya tak buat & tak sarankan sebab tahap kebersihan bahan-bahan tersebut diragui juga & sebab takut jadi jangkitan jugak. Sekian.
Semoga bermanfaat
Sumber: Noor Shafinah Mamat
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pengorbanan Awal Tahun Scha, Risau Berpisah Lama Dengan Lyla “Mudah Dijaga, Harap Tak Meragam”

Isi Kandungan
TogglePengorbanan awal tahun Scha, risau berpisah lama dengan Lyla. Betapa hebatnya perumpamaan yang boleh diberikan khusus buat insan bergelar wanita. Mana tidaknya, peranan wanita masa kini sangat besar terutama dalam menggalas tanggungjawab sebagai ibu.
Selain sibuk menguruskan suami dan anak-anak, wanita yang bekerjaya juga ada kisah dan pengorbanan tersendiri. Begitu juga dengan pelakon popular yang juga pemilik nama sebenar Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya, 38 ini.
Pengorbanan Awal Tahun Scha, Risau Berpisah Lama Dengan Lyla
Dek kerana kerjaya sebagai seorang anak seni bukanlah sesuatu yang mudah, ibu kepada Lara Alana, 7, dan Lyla Amina, 10 bulan terpaksa membuat persediaan untuk meninggalkan suami dan anak-anak bagi satu tempoh masa yang panjang kerana komitmen dalam tugasnya.
Bersyukur kerana dianugerahkan seorang suami yang sangat memahami dan prihatin., namun Scha tidak pasti reaksi Lyla anak keduanya itu kelak.
“Saya tidak ada masalah dengan Awal kerana dia boleh kendalikan semuanya dengan baik, walaupun dia gemuruh untuk uruskan hal-hal persekolahan Lara.
“Cuma saya risaukan Lyla nanti bila lama berpisah.
“Dia anak yang mudah dijaga, harap nanti dia tak meragam.
“Saya kira ini pengorbanan yang perlu saya buat dan saya berterima kasih kepada Awal kerana memahami saya,” ungkap Scha seperti mana yang dipetik menerusi SinarPlus.
Menarik Lagi : Selepas 7 Tahun, Awal Ashaari & Scha Selamat Timang Anak Kedua!
Masuk Set Penggembaran Hujung Bulan
Scha juga akui tidak lama lagi dia akan sibuk di set penggambaran filem terbaru lakonannya, Telaga Suriram. Filem ini akan memulakan penggambaran penghujung Januari ini selama 35 hari melibatkan lokasi di Perlis, Kedah dan Perak.
Menghurai lanjut mengenai filem lakonannya ini, Scha akui demi menjayakan watak terbaik dia juga berguru dengan Dr Norzizi Zulkifli.
“Abang Osman sudah beberapa kali menawarkan saya berlakon di bawah arahannya. Tetapi sebelum ini saya anggap belum ada rezeki kerana jadual sering kali bertindih.
“Namun baru-baru ini apabila abang Osman hubungi saya untuk menawarkan watak ini dan ceritakan mengenai filem serta barisan pelakonnya, saya jadi sukar untuk menolak.
“Bagi saya watak ini sangat berat dan berbeza dengan watak yang pernah saya bawakan. Oleh sebab itu saya ambil personal class bersama Kak Zizi.

“Sebelum masuk set hujung bulan ini, semua pelakon akan ada kelas juga bersama kak Ellie,” terangnya yang mahu berikan yang terbaik dalam filem tersebut.
Mingguan Wanita: Suka pada wanita yang bijak bahagiakan masa antara kerjaya dan rumah tangga.
Sumber : SinarPlus
Sumber Foto : Instagram Instagram Scha Al-Yahya
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Siti Jamumall Dah Nikah Di Thailand, Batal Majlis 31 Mei & Pilih Lelaki Lain

Siti Jamumall dah nikah di Thailand, batal majlis 31 Mei & pilih lelaki lain.
Pempengaruh dan usahawan sensasi Siti Jamumall didakwa sudah melangsungkan pernikahan di Satun, Thailand, pada awal bulan ini. Dirinya yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 31 Mei tetapi akhirya memilih lelaki lain sebagai pasangan hidupnya.
Menguatkan dakwaan itu, Siti Jamumall, 25, atau nama sebenar Siti Suriani Wahiddin turut berkongsi video pendek bersama pasangannya dikenali sebagai Aiman Tak Kesah.
Siti yang juga ibu kepada dua cahaya mata bagaimanapun belum bersedia untuk berkongsi lanjut mengenai perkara itu.
“Terima kasih atas doa semua. Insya-Allah, saya akan berkongsi lebih lanjut dalam masa terdekat. Doakan perjalanan saya ini dipermudahkan,” katanya ringkas.
Terdahulu, Siti sepatutnya bernikah pada 31 Mei lalu dengan seorang lelaki yang baharu dikenalinya namun majlis itu dibatalkan pada saat akhir atas faktor peribadi.
Malah, segala persiapan sudah dibuat termasuk jemputan kepada semua tetamu.

Namun, Siti mengambil pendekatan berdiam diri dan enggan mengulas mengenai pembatalan majlis itu.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI