Tolong jangan abaikan kalau nampak tanda-tanda ini ada pada kaum isteri. Mungkin nampak biasa-biasa tetapi hakikatnya inilah tanda bahaya!
Ya, jarang isteri nak mengadu sakit. Sekali pun dia demam, tetap dia bangun kenyangkan perut anak-anak dan suami.
Dan sekali pun hatinya rabak, tetap dia berusaha menggembirakan orang yang dia sayang. Itulah kaum wanita, hatinya penuh dengan kasih sayang dan sikap ambil peduli.
Tetapi, pernah ke encik suami bertanyakan tentang emosi dan kesihatan harian seorang isteri?
Nah, untuk renungkan bersama, jemput baca nurkilan Doktor Saidatul Husna tentang kisah emosi seorang isteri.
Terkedu Saya Bila Ramai Yang Mengadu Tak Tahan Dengan Sakit Semasa Haid
Jadi saya merayu sangat kepada para suami semua untuk tengokkan isteri masing-masing kat rumah sana.
Isteri ni dia takkan mengadu sangat dia sakit. Dia taknak bebankan suaminya tapi kita boleh tahu kalau kesihatan isteri kita dalam bahaya.
Antaranya bila si isteri mula,
? Kerap jatuh sakit
? Hilang berat badan.
? Sakit senggugut yang lebih teruk daripada biasa.
? Badan yang lesu dan pucat.
? Resah kerana sukar tidur.
? Pitam
? Haid tidak teratur
Atau
? Darah haid terlalu banyak.
Sedih sangat bila ada yang bagitahu Sai, selama ni dia hidup dengan ketumbuhan di dalam rahim. Tanpa dia sedar, ketumbuhan tu sudah membesar berpuluh tahun lamanya.
Bila dia hamil, rahim pula tak dapat mengembang dengan baik. Akhirnya janin tak dapat membesar, dan kandungannya pun gugur.
Jadi Sai nak ingatkan para suami, kalau isteri ada mengadu perkara di atas, tambahan pula semasa haid, tolong sangat ambil cakna.
Bawa mereka jumpa doktor. Risau kalau kalau isteri kita sebenarnya ada penyakit lain yang lebih kritikal.
Sekali sekala tu, cuba dekati si isteri. Jika nampak dia sedang tahan sakit, pandang matanya dan hulurkanlah bantuan.
Jangan terkejut pula kalau tiba tiba isteri kita menangis. Mungkin terlalu banyak tekanan yang dia rahsiakan dan sakit yang selama ini dia pendam sorang sorang.