Mudah rupanya nak tanam Timun Jepun sendiri di laman rumah. Sebulan sahaja je tempohnya dan boleh dapat hasil untuk makan sendiri. Memang menjimatkan belanja dapur, tak perlu beli lagi Timun Jepun di kedai. Sedap di buat ulam makan begitu sahaja dan pastinya memamg segar.
Hobi masa lapang tanam Timun Jepun.Start tanam 5/12, petik 6/1. Sebulan je ye.
Mula tanam 5/12. Menggunakan Polybag size 24×24, 3 pokok. Seeloknya 2 pokok.Time ni boleh letak baja organik. Tahi ayam atau pon baja kopi. Proses tumbesaran.
13/12 teruskan pakai baja organik atau boleh pakai baja kimia 151515 atau 161616. Letak sikit je jangan lebih. Nanti daun terbakar kalau lebih. Pakai seminggu sekali.
18/12. Pokok dah start naik. Boleh lilit ke atas.
30/12 pokok start keluar bunga terus pakai baja buah. Seeloknya seminggu sebelum tu dah tukar pakai baja buah. Baja buah 121217 or 131321. Brand apa pun tak apa.
30/12 Dah mula keluar buah.
5/1. Teruskan lagi pakai baja buah. Cuma jangan letak lebih. Buah dah besar boleh petik.
6/1 Dah petik. Alhamdulillah buah rangup. Memang sedap di makan dari timun biasa.
Total berat 1.3kg. Oklaa untuk makan sendiri. Masih banyak lagi buah kat pokok yang masih kecik.
Semoga Bermanfaat, Selamat mencuba!
Mesti Baca:Cara Mudah, Tip Lengkap Tanam TIMUN JEPUN Dalam Pasu!
Baca Lagi Di Sini:‘Oi Muchim’ Salad Timun Korea, Sedap Rangup Berjus Rasa Segar Mulut!
Artikel Menarik:Cara Alami Hilangkan Eye Bag, Guna Madu, Timun Dan Minyak Zaitun
Mingguan Wanita: Memang tak rugi berbudi pada tanah dan dijadikan hobi masa terluang. Boleh dapat hasilnya malah jimat belanja dapur bila tanam sendiri dan tak perlu beli.
Sumber: Kebun Tani
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.