Mudah rupanya nak tanam Timun Jepun sendiri di laman rumah. Sebulan sahaja je tempohnya dan boleh dapat hasil untuk makan sendiri. Memang menjimatkan belanja dapur, tak perlu beli lagi Timun Jepun di kedai. Sedap di buat ulam makan begitu sahaja dan pastinya memamg segar.

Ikut cara dan tip tanam Timun Jepun yang dikongsikan oleh Kebun Tani boleh dijadikan panduan;

Hobi masa lapang tanam Timun Jepun.Start tanam 5/12, petik 6/1. Sebulan je ye.

Tip Tanaman:

  • Saya menggunakan tanah hitam sawit.
  • Polybag 24×24.
  • 3 pokok satu polybag. Seeloknya 2 pokok dah cukup. Sebab daun terlalu rimbun.
  • Awal tanam pakai baja organik. Boleh pakai baja tahi ayam atau baja kopi.
  • Dah besar sikit pakai baja kimia 151515 or 161616.
  • Dah start bunga pakai baja buah 121217 or 131321.
  • Brand apa pon tak pa.Pokok lain pon boleh follow step di atas.

Progres Tanaman Timun Jepun:

Tanam TIMUN JEPUN Sebulan Je Dah Dapat Hasil Untuk Makan Sendiri!

Mula tanam 5/12. Menggunakan Polybag size 24×24, 3 pokok. Seeloknya 2 pokok.Time ni boleh letak baja organik. Tahi ayam atau pon baja kopi. Proses tumbesaran.

Tanam TIMUN JEPUN Sebulan Je Dah Dapat Hasil Untuk Makan Sendiri!

13/12 teruskan pakai baja organik atau boleh pakai baja kimia 151515 atau 161616. Letak sikit je jangan lebih. Nanti daun terbakar kalau lebih. Pakai seminggu sekali.

Tanam TIMUN JEPUN Sebulan Je Dah Dapat Hasil Untuk Makan Sendiri!

18/12. Pokok dah start naik. Boleh lilit ke atas.

Ads

Tanam TIMUN JEPUN Sebulan Je Dah Dapat Hasil Untuk Makan Sendiri!

30/12 pokok start keluar bunga terus pakai baja buah. Seeloknya seminggu sebelum tu dah tukar pakai baja buah. Baja buah 121217 or 131321. Brand apa pun tak apa.

Tanam TIMUN JEPUN Sebulan Je Dah Dapat Hasil Untuk Makan Sendiri!

30/12 Dah mula keluar buah.

Tanam TIMUN JEPUN Sebulan Je Dah Dapat Hasil Untuk Makan Sendiri!

Ads

5/1. Teruskan lagi pakai baja buah. Cuma jangan letak lebih. Buah dah besar boleh petik.

Tanam TIMUN JEPUN Sebulan Je Dah Dapat Hasil Untuk Makan Sendiri!

6/1 Dah petik. Alhamdulillah buah rangup. Memang sedap di makan dari timun biasa.

Tanam TIMUN JEPUN Sebulan Je Dah Dapat Hasil Untuk Makan Sendiri!

Ads

Total berat 1.3kg. Oklaa untuk makan sendiri. Masih banyak lagi buah kat pokok yang masih kecik.

Semoga Bermanfaat, Selamat mencuba!

Mesti Baca:Cara Mudah, Tip Lengkap Tanam TIMUN JEPUN Dalam Pasu!
Baca Lagi Di Sini:‘Oi Muchim’ Salad Timun Korea, Sedap Rangup Berjus Rasa Segar Mulut!
Artikel Menarik:Cara Alami Hilangkan Eye Bag, Guna Madu, Timun Dan Minyak Zaitun

Mingguan Wanita: Memang tak rugi berbudi pada tanah dan dijadikan hobi masa terluang. Boleh dapat hasilnya malah jimat belanja dapur bila tanam sendiri dan tak perlu beli.

Sumber: Kebun Tani

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI