Biasa mak-mak lebih suka beli daripada tanam taugeh. Alasannya, ia susah nak hidup dan kalau ada pun saiznya agak kurus dan pendek sahaja. Malah, tidak semua orang suka makan sebab itulah jarang ada yang mencuba untuk tanam. Kalau yang suka makan, katanya ia senang tumbuh tapi rupanya tidaklah sama dengan saiz yang di beli di kedai.
Perkongsian daripada Ida Alina Salleh boleh dicuba oleh mak-mak dalam menanam taugeh gemuk. Paling penting, kaedah yang digunakan itu berkesan dan dalam masa 4 hari dah boleh makan hasilnya.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Ini Tip Tanam Pokok Kesum Bagi Hidup, Boleh Tinggal Balik Kampung Sebab Airnya Cuma Tengok Sebulan Sekali
Tanam Bawang Merah Dalam Botol Mineral, Pilih Saiz Besar Dapat Hasil Banyak
Info Lebih Menarik DI SINI
“Sejak di Riyadh, saya cuba tanam taugeh menggunakan kaedah botol. Tak pernah berjaya dapat taugeh ada badan. Biasanya ada kepala besar dan ekor panjang. Badan kontot atau tak ada langsung. Kalau berjaya tumbuh, ia teramat kurus, panjang-panjang dan berdaun hijau. Masak 2 saat dah lembik. Tak rangup.
Alhamdulillah, menggunakan kaedah penapis / colander dan dihempap, saya mula mendapat hasil yang menggembirakan. Sekarang saya rendam segenggam kacang hijau tiap malam. Setiap kali saya tuai, saya cambahkan pengganti, jadi InsyaAllah tak putus stok sayur.”
Caranya:
Perbandingan kacang hijau kering (kanan).
(Kiri) Kacang hijau yang telah di rendam 12 jam dan cukup kembang (2 kali ganda besar dari kacang hijau kering – sedia untuk di semai.
(Tengah) kacang hijau Yang telah direndam 12 jam juga, Tapi belum cukup kembang. Sambung rendam sampai rupa macam di belah kiri.
Kacang hijau berbeza ada yang lebih kering dan perlukan masa yang lebih untuk mengembang. Saya pernah rendam 24 jam sebelum kacang cukup kembang (mungkin sebab suhu air dan bilik agak sejuk, mungkin kacang tu dah lama dan terlalu kering).
Jika kacang hijau tak cukup kembang yang disemai, ia akan ambil masa yang lebih lama untuk tumbuh, mungkin tak tumbuh badan, hanya kepala dan ekor, mungkin akan busuk juga sebab terlalu lama di simpan. Jadi lebih baik bersabar dan biar dia kembang betul.
Saya alas di dasar penapis dengan 2 helai kertas kitchen towel. Letak selapis kacang hijau (jangan terlalu banyak / overcrowd). Kalau ada banyak kacang hijau, boleh letak selapis lagi kacang di atas lapisan kitchen towel, dan tutup dengan selapis lagi kitchen towel (kiranya macam rumah flat untuk taugeh).
Curah air atas taugeh tadi. Buat perlahan-lahan. Kacang tu suka cuba melarikan diri. Saya biarkan air tos sikit.
Saya suka alas bawah penapis tu dengan bekas / mangkuk. Jika ada air yang menitik dari penapis dan masuk dalam mangkuk tu, kita buang air tu. Jangan biar ada air bertakung. Kita tak mahu ada bakteria Yang mengakibatkan kacang tu busuk atau berkulat.
Siram kacang dua kali sehari.
Tutup bekas tadi dengan tuala gelap.
Saya letak bekas tadi dalam kuali hitam, tutup dengan besen. Musuh taugeh ialah cahaya. Kalau dia kena cahaya, ada kemungkinan taugeh akan berwarna pink, atau daunnya akan berwarna hijau dan berasa pahit.
Nampak tak besen taugeh tu? Tak nampak kan? Ni lah betapa gelapnya bilik stor tempat taugeh tu duduk bila dipadam lampu.
Suhu optima percambahan taugeh adalah antara 20-35 darjah celsius. Jika. Terlalu sejuk, taugeh tetap tumbuh, tapi lambat. Kalau terlalu panas, kacang akan busuk.
Hari ke dua, ada baby taugeh.
Pagi hari kedua, Selepas siram air, kita letakkan piring pada lapisan atas kacang dan kitchen towel yang dah dibasahkan.
Atas piring tu kita letak tin sup / buah/ susu pekat.. apa-apa tin lah. Jangan letak lesung pula. Berat sangat tu!
Selepas hari ke 4. Nampak tak taugeh bertuah tu dah tolak piring dan tin tu? Habis tergolek ke tepi tin. Jadi separuh taugeh kena berat, setengah lagi happy meninggi.
Beza taugeh kena hempap dengan taugeh tak kena hempap, batch sama, hari sama, bekas sama.
Hari ke 4, bolehlah tuai dan disiang.
Taugeh hari ke 4, selepas disiang keringkan atas kain alas. saya simpan taugeh kering bersiang dalam tupperware beralas kertas kitchen towel untuk tahan lama.
Selamat mencuba!
MW: Boleh cuba dua-dua cara. Baru tahu beza taugeh gemuk dengan taugeh kurus.
Sumber: Ida Alina Salleh
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita