Biasa mak-mak lebih suka beli daripada tanam taugeh. Alasannya, ia susah nak hidup dan kalau ada pun saiznya agak kurus dan pendek sahaja. Malah, tidak semua orang suka makan sebab itulah jarang ada yang mencuba untuk tanam. Kalau yang suka makan, katanya ia senang tumbuh tapi rupanya tidaklah sama dengan saiz yang di beli di kedai.
Perkongsian daripada Ida Alina Salleh boleh dicuba oleh mak-mak dalam menanam taugeh gemuk. Paling penting, kaedah yang digunakan itu berkesan dan dalam masa 4 hari dah boleh makan hasilnya.
“Sejak di Riyadh, saya cuba tanam taugeh menggunakan kaedah botol. Tak pernah berjaya dapat taugeh ada badan. Biasanya ada kepala besar dan ekor panjang. Badan kontot atau tak ada langsung. Kalau berjaya tumbuh, ia teramat kurus, panjang-panjang dan berdaun hijau. Masak 2 saat dah lembik. Tak rangup.
Alhamdulillah, menggunakan kaedah penapis / colander dan dihempap, saya mula mendapat hasil yang menggembirakan. Sekarang saya rendam segenggam kacang hijau tiap malam. Setiap kali saya tuai, saya cambahkan pengganti, jadi InsyaAllah tak putus stok sayur.”
Caranya:
Perbandingan kacang hijau kering (kanan).
(Kiri) Kacang hijau yang telah di rendam 12 jam dan cukup kembang (2 kali ganda besar dari kacang hijau kering – sedia untuk di semai.
(Tengah) kacang hijau Yang telah direndam 12 jam juga, Tapi belum cukup kembang. Sambung rendam sampai rupa macam di belah kiri.
Kacang hijau berbeza ada yang lebih kering dan perlukan masa yang lebih untuk mengembang. Saya pernah rendam 24 jam sebelum kacang cukup kembang (mungkin sebab suhu air dan bilik agak sejuk, mungkin kacang tu dah lama dan terlalu kering).
Jika kacang hijau tak cukup kembang yang disemai, ia akan ambil masa yang lebih lama untuk tumbuh, mungkin tak tumbuh badan, hanya kepala dan ekor, mungkin akan busuk juga sebab terlalu lama di simpan. Jadi lebih baik bersabar dan biar dia kembang betul.
Saya alas di dasar penapis dengan 2 helai kertas kitchen towel. Letak selapis kacang hijau (jangan terlalu banyak / overcrowd). Kalau ada banyak kacang hijau, boleh letak selapis lagi kacang di atas lapisan kitchen towel, dan tutup dengan selapis lagi kitchen towel (kiranya macam rumah flat untuk taugeh).
Ads
Curah air atas taugeh tadi. Buat perlahan-lahan. Kacang tu suka cuba melarikan diri. Saya biarkan air tos sikit.
Saya suka alas bawah penapis tu dengan bekas / mangkuk. Jika ada air yang menitik dari penapis dan masuk dalam mangkuk tu, kita buang air tu. Jangan biar ada air bertakung. Kita tak mahu ada bakteria Yang mengakibatkan kacang tu busuk atau berkulat.
Siram kacang dua kali sehari.
Tutup bekas tadi dengan tuala gelap.
Saya letak bekas tadi dalam kuali hitam, tutup dengan besen. Musuh taugeh ialah cahaya. Kalau dia kena cahaya, ada kemungkinan taugeh akan berwarna pink, atau daunnya akan berwarna hijau dan berasa pahit.
Ads
Nampak tak besen taugeh tu? Tak nampak kan? Ni lah betapa gelapnya bilik stor tempat taugeh tu duduk bila dipadam lampu.
Suhu optima percambahan taugeh adalah antara 20-35 darjah celsius. Jika. Terlalu sejuk, taugeh tetap tumbuh, tapi lambat. Kalau terlalu panas, kacang akan busuk.
Hari ke dua, ada baby taugeh.
Pagi hari kedua, Selepas siram air, kita letakkan piring pada lapisan atas kacang dan kitchen towel yang dah dibasahkan.
Atas piring tu kita letak tin sup / buah/ susu pekat.. apa-apa tin lah. Jangan letak lesung pula. Berat sangat tu!
Ads
Selepas hari ke 4. Nampak tak taugeh bertuah tu dah tolak piring dan tin tu? Habis tergolek ke tepi tin. Jadi separuh taugeh kena berat, setengah lagi happy meninggi.
Beza taugeh kena hempap dengan taugeh tak kena hempap, batch sama, hari sama, bekas sama.
Hari ke 4, bolehlah tuai dan disiang.
Taugeh hari ke 4, selepas disiang keringkan atas kain alas. saya simpan taugeh kering bersiang dalam tupperware beralas kertas kitchen towel untuk tahan lama.
Selamat mencuba!
MW: Boleh cuba dua-dua cara. Baru tahu beza taugeh gemuk dengan taugeh kurus.
Jika ada kulit buah-buahan di rumah seperti nenas, betik, pisang dan sebagainya jangan dibuang. Rupanya boleh diperam dan dijadikan sebagai semburan baja yang sangat bagus untuk tanam-tanaman. Mol berfungsi sebagai penggalak pokok berbunga lebat dan berbuah banyak!
Boleh cuba buat sendiri MOL di rumah ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Saadiah Madon ini.
Mari kita buat mol buah-buahan. Tak kira lah nak buat buah apa, seperti buah pisang/nenas/betik dan lain-lain lagi.
Kebaikan Mol buah-buahan:
Sangat bagus untuk tanaman peringkat mengeluarkan bunga atau pokok berbuah, dapat merangsang pengeluaran bunga yang lebih banyak dan dapat meningkatkan kualiti buah.
Bahan-Bahannya:
1 kg gula merah
1 kg buah nenas atau kulit nenas yang tak nak jangan dibuang jadi kita buat MOL untuk tanaman.
(Kalau nak guna buah-buahan campur, buah pisang masak yang kita dah tak nak makan, betik masak yang dah rosak dan lain-lain lagi, pun boleh yg penting beratnya 1 kg sahaja.)
1 balang besar
Kain kasar atau 1 keping tisu
Tali untuk mengikat secukupnya
Cara Membuat MOL:
1. Potong kecil-kecil atau saiz kiub pun boleh.
2. Masukkan gula merah dahulu dalam botol berselang seli dengan kulit nenas hingga habis.( Masukkan berlapis-lapis)
3. Tutup dengan kain dan ikat dengan tali.
4. Tulis tarik diperam dan tarikh MOL matang.
5. Setelah 2 minggu tapis dan ambil cecair MOL
6. Kulit nenas buat kompos jangan dibuang.
Cara nak guna MOL sebagai semburan baja foliar.
1. 1,5 litre ( air hujan terbaik) tak ada air hujan air paip yang telah tertadah selama 24 jam pun boleh.
2. Masukkan5 ml atau 1tutup botol MOL ke dalam botol air tadi
dan sembur di pokok di awal pagi dan petang seminggu sekali. Jika pokok besar boleh lah buat 2 kali seminggu.
Sumber: Petik dari perkongsian Urban farming.
Selamat mencuba.
Semoga kita semua maju jaya dalam berkebun, walaupun di tepi rumah jika betul caranya boleh menjimat belanja dapur atau salingbertukar sayur dengan kawan.
Selain kulit telur, rupanya kulit bawang juga kaya dengan nutrisi tersendiri dan merupakan baja semulajadi yang boleh membantu untuk suburkan tanaman.Sangat mudah hanya perlu rendam semalaman pun sudah cukup dan boleh disiram terus pada tanaman.
Inilah di antara baja semulajadi yang saya gunakan untuk membantu pertumbuhan tanaman saya.
Betullah tu. Air rendaman kulit bawang je. Tak de ramuan istimewa pun. Tak susah. Cuma kena rajin sikit. Rendam semalaman pun cukup. Esoknya boleh siram. Cuma, kalau rasa air tu agak pekat, cairkan lagi dengan air.Siram hari-hari pun takde masalah. Pokoknya, jangan malas ya!
Mingguan Wanita: Jadi lepas ni, bila kupas bawang simpan kulitnya. Boleh rendam semalaman untuk jadi baja suburkan tanaman. Memang jimat kos malah tanaman pun ‘gemuk-gemuk’ hasilnya nanti.
Sabun basuh pinggan antara barangan wajib mak-mak beli setiap kali belanja dapur. Lebih-lebih lagi jika selalu memasak, atau ada berniaga, memang banyak pinggan mangkuk yang nak kena dibasuh. Tak sampai sebulan, sabun basuh pinggan pun cepat habis. Nak beli selalu, memang boleh tahan harganya.
Sebenarnya ada cara menjimatkan sabun basuh pinggan ni, boleh tahan sehingga 5 bulan! malah buihnya tetap banyak dan pinggan bersih tak berminyak. Hanya campurkan garam dan air ikut sukatan yang sesuai.
Jemput baca perkongsian daripada Puan شهيد شهداء sebagai rujukan.
“Ni bukan pasal resepi masak tau.Tapi nak kongsi tips jimat sabun pinggan untuk suri rumah sekalian.Jimatlah juga belanja dapur kan.”
“800ml sabun, kita boleh gandakan menjadi 5 liter sabun. Katakan 1 liter sabun tahan guna sebulan, 5 liter tahan 5 bulan, ok tak?”
“Saya seronok sangat sebab buihnya tetap banyak walaupun kuantitinya dah digandakan. Maklumlah saya suka main buih masa basuh pinggan mangkuk periuk bagai.Mudah je.”
Bahan-Bahan:
5 liter air
800ml sabun (tak kira jenama apa pun, saya guna sunlight)
Garam pakej kecil (anggaran secawan)
Cara Membuat:
Gaul semua bahan-bahan dalam baldi atau bekas besar yang sesuai.. Siap…!
Info Ekstra!
Nak gandakan 400ml je? Boleh, saya pun guna botol sabun sunlight yang 400ml tu je. Dapatlah 2400ml.Hanya kecilkan nisbah asal di atas (nak mudah faham bahagi 2 je sukatan atas tu).
Refill guna bekas yang sesuai tau, lagi bagus guna semula botol sabun pinggan yang memang dah habis tu.Kalau selain tu, tulis caption kat bekas tu ‘ni sabun pinggan ye..’
Guna seperti biasa. Tak cuba tak tahu.. Saya dah cuba.
InsyaAllah kesannya tetap sama sabun asal walaupun dah agak cair dari kepekatan asal. Yang penting bagi saya banyak buih dan barang basuhan pun bersih tanpa minyak. Garam sebenarnya memang bahan asas dalam pembuatan sabun. Menambah garam dan air tetap mengekalkan buih sabun.
Selamat mencuba untuk lebih jimat. Sangat membantu jimat belanja.
Asalnya 1 botol boleh jadikan 5 botol.Refill sabun pinggan dalam bekas yang ada je.Jumpa lah yang ni, kena tulislah ‘sabun pinggan’ ye. Ni saya guna nisbah 2000ml air + 400ml sabun + garam ½cawan. Memang masih berat lagi walaupun dah hampir sebulan.Alhamdulillah..
Info Ekstra!
Saya syorkan buat sedikit sahaja dulu bagi suri rumah.. Sebab 2 liter pun dah amat banyak.. lainlah kalau mereka yang ada restoran, catering dll.
Ada yang kata susah basuh sebab kena banyak guna air.. Hanya perlu kurangkan kuantiti sabun dari sebelumnya. Guna sikit untuk sekali basuhan.
Masalah tangan kering.. Penyelesaiannya guna losyen atau pelembab tangan selepas basuh pinggan atau guna sarung tangan masa membasuh pinggan.. Sebab? Kekurangan kaedah ni adalah mengurangkan bahan pelembab di dalam sabun setelah digandakan larutan sabun.. Tu je..
Larutan mendap? Hanya kocakkan botol sebelum ambil sedikit..
Cara gandakan ni bukan standard piawaian untuk perusahaan jual sabun patuhi kerana mereka banyak gunakan bahan-bahan yang perlu diambil perhatian.
Jadi, cara ni hanya untuk kegunaan sendiri bagi mereka yang benar² inginkan lebih penjimatan..Ya, mungkin bagi sesetengah orang apalah sangat RM2 RM3 untuk sabun apalagi RM5? Tapi tidak semua orang rasa itu nilai kecil apalagi mereka yang selalu mengorek tabung untuk beli bahan dapur lain.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat, jadi mak-mak yang berjimat belanja dapur tu, bolehlah cuba tip yang dikongsikan ini. Selamat Mencuba!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...