Tanam sendiri asparagus di rumah. Tuaian pertama boleh diperoleh seawal 10 hingga 12 bulan. Kita boleh jimat wang untuk beli asparagus selepas ini.
Kerja penanaman dan penjagaan sayuran ini agak cerewet tetapi pokoknya mampu bertahan lama jika dijaga dengan sebaik mungkin.
Boleh Cuba Cara Menanam dan Menjaga Asparagus Yang Dikongsi Oleh Euis Maemunah Di Dalam Grup Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri.
“Ada beberapa orang yang tanya saya cara tanam dan jaga asparagus. Di sini saya kongsikan caranya. Asparagus boleh ditaman melalui biji benih atau beli ‘crown’ atau pun pokok.
“Di bawah saya kongsikan cara tanam dari biji benih. Dan sesiapa yang beli ‘crown’ atau pokok boleh ikut dari step / langkah ke 5 dan seterusnya.”
Cara Semai Asparagus
Langkah 1
Rendam biji asparagus dengan air bawang merah. Bawang merah kecil lagi bagus. Tujuannya sebagai perangsang pertumbuhan. Hiris 1 biji bawang merah kecil, tambahkan air 3-5 sudu besar air atau sehingga biji benih terendam dan biarkan semalaman.
Langkah 2
Sediakan tray dan media semai, masa tu saya guna peatmoss. Letakkan biji benih, satu biji satu lubang. Bungkus dengan plastik hitam, letak ditempat gelap selama 2 hari. Lepas dua hari, buka plastik, dan letakkan ditempat teduh.
Langkah 3
Jangka masa tumbuh, bergantung pada lama mana biji benih disimpan. Semakin lama disimpan, semakin lambat akan tumbuh. Sebaiknya guna biji benih yang fresh,sebab lebih mudah tumbuh. Biji benih asparagus akan mula bercambah seawal 2-4 minggu. Ya, asparagus memang lambat bercambah. Harap bersabar dan jangan buang dulu bila 3 minggu belum bercambah.
Langkah 4
Setelah tumbuh 3-4 batang, pindahkan dalam pasu kecil. Media tanam boleh guna tanah campuran biasa beli dekat nursery. Guna baja tinja ayam.Pacakkan sebatang kayu, untuk tiang. Ikat pokok asparagus, sebab asparagus sangat lembut. Mudah rebah bila terkena angin dan hujan.
Ads
(Langkah Ke 5 ini khas buat mereka yang tanam dari crown atau pokok)
Langkah 5
Setelah 3-4 bulan, pindahkan lagi pada pasu agak besar. Kalau ada tanah luas, boleh tanam atas tanah terus. Jarakkan ±1 meter setiap pokok.
Langkah 6
Setelah tanam atas tanah, kena pastikan bersih dari rumpai dan baja sekurang-kurangnya 1-2 minggu sekali. Buang pokok yang dah tua.
Langkah 7
Pastikan batas tinggi untuk mengelakkan akar terendam,juga pastikan kena panas matahari sekurang-kurangnya 6 jam. Pokok saya kena panas matahari sepanjang hari.
Ads
Langkah 8
Bila penjagaan cantik, Insya Allah seawal 10-12 bulan boleh tuai, walau spear tak berapa besar. Kita yang tanam dia, besar mana pun boleh ambil untuk dimakan.
Langkah 9
Asparagus dikatakan pokok matang setelah berumur 2 tahun. Masa ini, spears cukup besar.
Langkah 10
Asparagus ada pokok jantan dan betina. Pokok jantan, spears akan lebih besar tetapi sedikit setiap perdu berbanding pokok betina. Pokok betina pula, akan berbunga dan mengeluarkan biji benih. Spears keluar lebih banyak, tetapi saiz lebih kecil dari pokok jantan.
(Ikut pengamatan saya pada pokok yang saya tanam.)
Cara penjagaan asparagus agar senantiasa mengeluarkan rebung /tombak/spears teramatlah mudah.
Ads
1. Rutin pembajaan.
Seminggu sekali atau sekurang-kurangnya 2 minggu sekali. Pilihan saya, seminggu sekali menggunakan baja tahi ayam/baja kopi/npk16:16:16. Lepas bubuh baja, siram pokok. Boleh guna berselang seli. Jangan pula bubuh banyak jenis baja pada satu-satu masa.
2. Pembersihan kawasan.
Buang pokok yang dah tua, sebab membazir makanan pada pokok tua. Caranya, tinggalkan rebung muda 2-3 batang dan buang semua pokok yang tua. Pokok muda ni berguna sekurang-kurangnya 6-8 minggu lagi baru boleh potong buang. Sebab dah tua kan.
Dalam tempoh itu, bolehlah tuai rebung yang baru keluar. Kemudian bersihkan sekitar perdu pokok dari segala rumput. Agar makanan asparagus tidak dicuri rumput rumpai. Untuk memgatasi masalah rumput ni, boleh gunakan kaedah sungkupan/mulching. (Ilmu ni baru saya dapat dan baru nak cuba untuk pokok asparagus saya.)
Tips nak bagi asparagus keluar rebung setiap hari :
1. Baja seminggu sekali.
2. Buang rumput sekeliling perdu.
“Dikatakan jangka hayat pokok asparagus boleh sampai 30 tahun. Berbaloi sekali tanam, 30 tahun boleh tuai. Lagipun harga pasaran asparagus agak sedikit mahal berbanding sayuran lain. Tanam banyak-banyak satu baris, boleh jadi landscape yang cantik. Kalau tak tanam sekarang, bila lagi ? Jom tanam asparagus.”
“Sesiapa yang ada pokok asparagus, tapi tanam tak banyak, cara penyimpanan asparagus amatlah mudah.
“Setelah kerat, masukan dalam bekas tertutup dan simpan dalam peti sejuk. Boleh tahan hingga 2 minggu. Tak kecut. Bila dah cukup banyak, bolehlah dimasak.”
Bagi mak-mak bila nak balik kampung atau pergi bercuti memang satu ‘cabaran’ bab mengemas baju dan barang-barang yang nak dibawa sekali.Lagi-lagi kalau ada anak ramai yang masih kecil.Kalau boleh semua benda nak diangkut.
Jika duduk lama di kampung atau pergi bercuti, bab kain baju memang banyak, terutamanya baju kotor yang dah digunakan. Anak-anak, jika tak dipesan baju kotor letak dalam plastik atau beg khas, memang senang tertinggal dan tercicir. Begitu juga dengan alatan mandian.
Mak-mak boleh ikut idea perkongsian daripada Puan Aribah Ahmad ini. Cara simpan dan bawa alatan mandian serta penting bawa sekali bakul baju boleh lipat, ketika balik kampung mahupun pergi bercuti.
Berikut perkongsian tersebut;
Saja nak kongsi cara saya simpan segala alat mandian ketika nak balik kampung atau bercuti terutama dengan anak-anak.
Sebab saya ada setengah dozen anak. 4 hero. Biasalah hero-hero ni tak gosok gigi seminggu pun tak kisah. Jadi mak kena siap siaga dengan satu beg yang memang bila nak balik kampung atau bercuti, angkat je masuk kereta.
Selain alat mandian, saya juga letak satu bakul kain yang boleh dilipat. Tak kiralah di kampung atau di hotel saya akan bukak bakul tu dan anak-anak tau nak masukkan kain kotor.
Jadi bila nak balik kalau malas nak lipat masuk beg, angkat jelah bakul tu masuk bonet. Selesai.
Beg ni sangatlah penting! Di poket depan tu saya letakkan bakul baju.
Saya masih mencari beg kalis air yang lehih sesuai dan nampak kemas.
Bakul baju yang boleh lipat ni dah lebih 10 tahun berkhidmat. Dulu beli di cosway.
Ni rupanya bila dibuka. Letak je tepi beg bila di kampung atau hotel. Boleh mengurangkan risiko baju cicir.
Ni bakul alat mandi. Jadi letak je bakul tu kat sinki. Takde berterabur sana-sini barangnya. Alat juga mudah kering sebab berjaring.
Saya letakkan mandian dan shampu saiz kecil.
Botol shaker ni saya letak berus gigi dan ubat gigi. Saya selalu bawa berus gigi lebih yang di ambil dari hotel-hotel sebagai spare untuk anak-anak yang tak bawak.
Bila nak balik, kemas dan masukkan dalam botol. Tutup. Masukkan dalam bakul dan simpan dalam beg.
Mudahkan!
Sesetengah orang tak mahu terima kesilapan anak, mertua jangan pula pentingkan diri minta menantu bertahan dan menerima sikap buruk suaminya.
Cuba bayangkan mak, ayah di tempat menantu, tentu sedih bukan. Apa lagi anak kalian acuh tak acuh sahaja melayan isterinya bertahun-tahun, kaki pukul, memang mustahil untuk dia bertahan lagi.
Sebelum meminta menantu bertahan, minta anak mak, ayah berubah dahulu. Jangan pula asyik menangkan darah daging hingga tak mampu menilai yang mana baik dan yang mana buruk.
Ikuti perkongsian Puan Kamalia Kamal ini dan hadam baik-baik iya:
Mertua Jangan Pula Pentingkan Diri
Kak Kay hendak berkongsi apabila kita menjadi mak mertua atau ipar duai nanti, kita jangan selfish dengan menantu, anak dan biras perempuan ya.
Selfish ini macam mana? 1. Bila kena pukul, kita suruh dia sabar.
2. Bila dia keguguran sebab stres si suami maki hamun mental abuse, kita suruh dia sabar.
3. Bila dia sudah start makan ubat tidur berhari-hari sebab stres dengan suami , they come to you and you cakap sabarlah, redhalah, nanti berlalulah ujian ini.
4. Bila dia kelihatan aneroxia, tak lalu makan sebab makan hati dengan suami, kita suruh dia sabar.
5. Bila suami dia skandal sana-sini, dia menangis tak berhenti-henti and you say sabar.
6. Bila suami which is anak you atau adik you tak nak sentuh isteri daripada hari pertama perkahwinan hingga usia perkahwinan memasuki 2 tahun, and they talk to you and you say sabar.
Minta Menantu Bertahan
This is a selfish gesture, incase you don’t knowlah.
Eh, ada ke kes macam ini Kak Kay?
Sebab adalah Kak Kay tulis.
Kadang kita ini tak boleh terima yang anak, adik dan ipar duai kita ini buat salah, buat silap dan tetap nak protect mereka. Indenial.
Tapi janganlah kita bertidak kejam dan selfish suruh si isteri bertahan yang mana kita sendiripun jika melalui perkara sebegini tak mampu bertahan.
Doa moga Allah kurniakan kita perasaan empathy, dan boleh show compassion untuk melakukan pekara yang betul dan menolak pekara yang salah.
Salah tetap salah. Even perkara tu pahit. Hanya sebab dia keluarga kita, kita tak boleh benarkan kezaliman ini berlaku depan mata kita. Itu firaun level apa pun aku tak tahulah.
Mingguan Wanita : Bila anak menantu berdepan dengan masalah, berikan nasihat yang baik dan dengar masalah daripada kedua pihak. Tidak semestinya anak kita lakukan perkara yang betul dan tidak bersalah. Renung-renungkan.
Rupanya sangat senang nak buat sendiri serbuk perasa cendawan (Mushroom Seasoning) di rumah. Suci, halal dan sangat menjimatkan. Serbuk perasa cendawan ni selalunya digunakan sebagai menambah kesedapan makanan. Pastinya bebas msg, bahan pengawet mahupun perasa tambahan, hanya guna 3 bahan je.
Boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Puan Nawal Yasmin Mat Noh ini sebagai panduan.
Pertama kali buat Mushroom Seasoning. Sangat senang rupanya.
Bahan yang guna cuma:
100g Dried Mushroom
50g Garam
50g Gula.
Itu sahaja
Kanak-kanak tercekik gula-gula kritikal, ibu bapa pilu."Fahmi sedang berjuang untuk hidup. Seorang kanak-kanak lelaki yang tercekik gula-gula Gummy, dilaporkan dalam keadaan kritikal. Air matanya...