Tanam Pokok Strawberi Di Rumah, Guna Benih ‘Local’ Supaya Senang Tumbuh!

Share

Setiap kali bercuti ke Cameron Highland mesti terbayangkan buah strawberi yang sedap, masam-masam manis.Buah strawberi sangat baik untuk kesihatan, kaya dengan antioksidan dan bagus diamalkan selalu.kalau nak beli di pasaraya boleh tahan juga harganya berbelas ringgit sekotak.

Sebenarnya mak-mak boleh tanam buah strawberi sendiri di beranda rumah. Jika selalu tanam tapi payah nak hidup pokok ni, rupanya kena pastikan semai benih local barulah senang tumbuh.

Boleh ikut tip dan cuba caranya yang dikongsikan oleh Asri Meris ini sebagai panduan.

“Cara paling mudah untuk buat benih strawberi.Boleh cuba sendiri di rumah.Sangat mudah. Make sure benih local (lowland breed) supaya senang tumbuh.”

Cara-Caranya:

1. Kupas kulit strawberi dan letakkan di atas kertas tisu.


2. Biarkan selama beberapa hari sampai ia betul betul kering. Saya tak jemur bawah panas, hanya dalam rumah.

3. Asingkan benih dari kulit perlahan-lahan. Sekiranya betul-betul kering, biji benih akan tanggal sendiri.

4. Tadaaa siap kumpul.

5. Selepas minggu ke 3 ni dah siap bercambah gitu. Saya hanya guna tanah hitam biasa yang ada jual kat nursery. Tapi saya tambah sikit campuran hampas sabut kelapa.


6. Sebaiknya tanam di balkoni,tak nak ‘direct sunlight’ tau.Cahaya matahari sehingga jam 11 pagi aja tau, dan siram air seminggu sekali aje. Hanya gunakan benih ‘local’ ya.

Info Ekstra!

  • Benih local (lowland breed) bermaksud strawberi tempatan yang ditanam di dalam negara, contohnya dari Cameron Highland dan bukannya yang jenis import dari luar negara.

Baca Lagi Di Sini: Tanam Pokok Pisang Ada Caranya, Pengurus Ladang Kongsi Tip LENGKAP!

MW: Menariknya. Boleh cuba semai sendiri pokok strawberi ini di rumah nanti, ikut tip yang dikongsikan.

Sumber: Asri Meris Anthony

Published by
Suhaidah Abd Wahab