Pokok pisang memang banyak kegunaannya. Baik daripada daun, buah, batang, umbut, jantung dan sebagainya. Nak tanam pokok pisang pula ada caranya tersendiri, baru pokok hidup subur, daunnya sihat dan berbuah lebat.
Rupanya dengan menanam pokok pisang kaedah terbalik, boleh memperbanyakkan anak pokok dan pisang berbuah lebih rendah. Bagi yang nak ada tanah dan kawasan di rumah boleh cuba kaedah yang dikongsikan oleh Joran Sempoi ini.
Berikut perkongsian tersebut;
Atas permintaan sahabat malam tadi minta share gambar-gambar cara tanam pisang terbalik. Hasil tanam kaedah terbalik ini boleh banyakkan anak pokok dan katanya pokok berbuah lebih rendah.
Cara-Caranya:
1. Potong batang pisang rapat ke pangkal umbi.
2. Buang semua akar-akar halus dan bersihkan dengan air.
Ads
3. Begini keadaan setelah dibuang akar-akar halus.
4. Masukkan dalam keadaan terbalik.
5. Hasilnya 2 anak sulur sudah kelihatan.
Ads
6. 3 anak sulur. Tak ingat bila tarikh tanam. Kalau tak silap tak sampai sebulan. Siram pagi dan petang.
Info Ekstra!
Bila dah besar dan dah banyak sulur kena pindahkan. Tinggalkan 2-3 pokok je. Kalau anak pokok banyak nanti induk kurang subur sebab terpaksa berkongsi baja dengan anak-anak pokok.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian tanam pokok pisang kaedah terbalik ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang ada tanah nak tanam pokok pisang boleh cuba tip yang dikongsikan ini. Pastikan tanam secara terbalik baru anak pokok banyak dan pisang berbuah rendah.
Masak telur rebus adalah cara yang paling senang untuk mak-mak lakukan. Hanya masukkan air dan telur. Tunggu mendidih dan masaklah. Namun ada juga mak-mak yang nak cepat, guna cara ‘shortcut’.
Begitulah, kalau ada cara yang paling cepat dan jimat masa, sudah tentulah mak-mak akan lakukan. Tanpa sedar, cara yang mak-mak buat ini boleh bahayakan keluarga bila ambil makanan ini.
Salah satunya adalah masak telur dengan campurkan dengan makanan lain. Walaupun kita dah basuh telur itu, tapi ia belum tentu bersihnya. Mungkin ada lagi sisa-sisa kotoran yang tka terlihat dan boleh membawa kepada penyakit bawaan makanan.
Inilah yang dikongsikan oleh Dr Azila Mohd Kasim yang mengambil info dari My Portal Health. Tak perlu nak jimat masa tapi ia memberi kesan dan masalah kesihatan lain.
Tip seperti masak telur dalam nasi, masak telur dalam mee dan sebagainya banyak berlegar-legar di media sosial.
Betul ia menjimatkan masa namun perlu dititik beratkan juga kebersihan dan keselamatannya. Pastikan cuci kulit telur dengan air yang bersih sebelum digunakan.
Ini kerana jika pengendalian yang tidak sempurna daripada segi kebersihan kulit telur atau telur yang tidak dimasak dengan betul, boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan
Kebanyakan jangkitan kes Salmonellosis adalah berpunca daripada makanan yang telah dicemari oleh bakteria Salmonella atau sentuhan secara langsung dengan pesakit yang sudah terkena jangkitan bakteria tersebut.
Terdapat 2500 spesies Salmonella yang dibawa oleh haiwan ternakan dan haiwan-haiwan liar. Haiwan ternakan seperti ayam, itik atau spesies burung yang dijangkiti oleh bakteria Salmonella boleh merebak hingga ke dalam isi telur yang dihasilkan.
GEJALA/TANDA
Gejala utama bagi orang yang telah dijangkiti bakteria Salmonella adalah seperti berikut:
• Cirit-birit
• Kekejangan pada perut
• Demam tinggi antara 39.4 – 40 oC
• Kurang selera makan
• Sakit kepala
• Selema dan batuk
• Pendarahan usus
• Mudah letih
• Ruam pada kulit
. KOMPLIKASI :
Komplikasi serius berikutan daripada simptom awal yang tidak mendapat rawatan yang sepatutnya mungkin akan membawa kepada pendarahan usus yang biasa akan muncul pada minggu ke-3.
Selain itu, kanak-kanak atau bayi akan mengalami komplikasi gangguan pada otak yang berkemungkinan akan mengalami sawan.
Oleh yang demikian, semua individu perlulah segera mendapatkan rawatan awal sekiranya gejala atau tanda jangkitan bakteria salmonella berlaku.
RAWATAN
Jangkitan Salmonella biasanya sembuh tanpa rawatan dan kebanyakan orang pulih dalam tempoh 2-7 hari.
Namun begitu, langkah-langkah berikut perlu diambil sekiranya berlaku tanda-tanda jangkitan penyakit seperti:
• Banyakkan minum air bersih yang telah dimasak sempurna atau air garam yang boleh diperolehi di farmasi untuk mengelakkan kekurangan cecair dalam badan.
• Elakkan mengambil antibiotik kerana antibiotik ini tidak dapat mempercepatkan penyembuhan namun boleh menyebabkan bakteria salmonella ini dibawa masuk ke sistem penghadaman untuk hidup lebih lama.
Walau bagaimanapun, pesakit yang mengalami gejala yang teruk perlulah mendapatkan rawatan yang sesuai di hospital.
• Bayi, orang tua dan pesakit yang mempunyai sistem imun yang rendah mungkin perlu mendapatkan antibiotik yang sesuai yang disarankan oleh doktor.
• Elakkan ubat-ubatan anti muntah atau anti cirit-birit kecuali dicadangkan oleh doktor.
. PENCEGAHAN :
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyediakan prosedur selamat bagi pengguna serta pengendali makanan berasaskan telur.
Berikutnya merupakan beberapa langkah yang boleh diambil:
Pengendalian makanan berasaskan telur:
• Membeli bahan-bahan mentah dari pembekal yang mengamalkan kebersihan. • Pilih produk telur yang telah dipasteurkan atau serbuk telur yang dikeringkan dengan sempurna. • Cuci kulit telur dengan air yang bersih sebelum digunakan. • Elakkan menggunakan telur-telur yang telah retak atau pecah kerana telur tersebut mungkin tercemar dengan bakteria salmonella. • Simpan bahan makanan dengan cara yang betul dimana bahan makanan yang ingin digunakan dahulu diletak di bahagian hadapan. • Jangan biarkan makanan sejuk beku di tempat yang tidak sesuai untuk tempoh lebih daripada 2 jam.
Hati-hati, beringat sebelum terkena.
Kalau makan untuk diri sendiri mungkin tidak mengapa. Masalah akan timbul jika makanan yang dimasak untuk buat jualan..risiko tetap ada.
Mingguan Wanita : Hati-hati ye mak-mak, rebuslah seperti biasa, tak perlu nak campurkan dengan makanan lain. Lebih selamat.
Setiap kali mop lantai memang kita harapkan kotoran debu pasir hilang, lantai melekit kembali bersih dan jadi licin berkilat. Namun walaupun dah mop guna pencuci lantai biasa, ia tak ‘sebersih’ dan ‘sekilat’ yang kita harapkan. Masih ada kesan kotoran dan lantai mozek pun nampak kusam.
Rupanya ada tip mudah yang kita boleh cuba untuk atas masalah ni. Iaitu hanya gunakan cecair pencuci pinggan mangkuk yang kita selalu gunakan je. Hasilnya memang ‘tip top’ dan puas hati.
Boleh cuba tip mop lantai bersih, licin berkilat seperti yang dikongsikan oleh Puan Heze Zamri ini.
Sekadar berkongsi tip nak bagi licin dan kilat tiles rumah, guna sunlightje gaisss. Buh sikit je dalam satu sudu besar kemudian bancuh laa dengan air paip selepas tu mop laa sambil dengar youtube.
Sebelum ni mop guna sabun lantai Ajax, hampir 10 kali mop debu-debu pasir masih kelihatan kesan dari renovation rumah sikit, guna sunlight sekali je terus bersinar.
Oh ye tip ni dikongsi oleh saudara ibunda yang duk KL sebab dia memang contractor cleaning services dan kebetulan dia tak cukup kakitangan untuk bantu akakcomel jadi dia share laa tip ni, thank you uncle Hussin .
Mingguan Wanita:Wahh memang nampak berkilat dan bersinar terus lantai mozek ni. Guna cecair pencuci sunlight je. Boleh cuba nanti bila nak mop lantai di rumah.
Mempunyai ekzema memang sengsara. Kulit jadi gatal, pedih, luka kemerahan. Ada yang cuba bermacam-macam cara mengubatinya, malah ada juga yang sanggup berhabis beratus ringgit untuk mengubatinya.
Sebenarnya ada petua semulajadi yang dikatakan sangat berkesan dan mujarab dalam mengatasi penyakit ekzema ini. Menggunakan buah pinang muda, santan dan buah limau purut sebagai ramuan utama untuk dijadikan minyak.
Boleh cuba petua semulajadi yang dikongsikan oleh Mami Jihan ini.
Hari ni mami nak ajar buat resipi turun menurun Arwah ibunda mami iaitu petua untuk nak hilangkan penyakit Ekzema dan kelenjar di belakang telinga baby. Tak payah habis beratus ringgit untuk jumpa Dr pakar. InsyAllah minyak ni amat berkesan.
Bahan-Bahan Diperlukan:
1kg Santan
Daun Pandan
Buah pinang muda
Buah limau purut
Cara Membuat:
1.Potong kecil buah pinang muda dan tumbuk dahulu.
2.Potong dua buah limau purut.
3.Satukan semua bahan-bahan dalam kuali dan masak sampai jadi minyak.
4.Tapis tahi minyak dan ambil minyak jernih sahaja.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jika mempunyai masalah ekzema, boleh cuba petua semulajadi yang dikongsikan disamping mendapat rawatan doktor.