Kebiasaaanya pokok kurma sesuai ditanam di kawasan padang pasir dan memerlukan angin yang kuat untuk proses pendebungaan.Namun sebenarnya, boleh juga cuba tanam pokok kurma di kawasan rumah kita sendiri.
Jika betul cara dan kaedahnya, pokok kurma tersebut boleh menghasilkan buah kurma yang segar dan sedap. Namun kena pastikan pendebungaan dilakukan secara manual, serta kenal pokok kurma jantan dan pokok kurma betina terlebih dahulu.
Kalau meminati atau berura-ura menanam pokok kurma dan menghasilkan buah kurma di taman kebun sendiri, ada bebarapa perkara yang perlu ambil tahu. Kebanyakan nurseri yang menjual anak pokok kurma tidak akan membekalkan pada anda bebarapa maklumat penting.
Untuk pokok kurma menghasilkan buah kurma anda perlu tanam sekurang-kurangnya 2 batang pokok kurma, pokok kurma jantan dan pokok kurma betina.Sebatang pokok kurma tidak akn menghasilkan buah.
Untuk proses pendebungan pokok kurma perlukan angin yang kuat seperti di padang pasir. Ini untuk menerbangkan debu bunga jantan ke pokok bunga betina.Binatang seperti burung atau rama-rama, kumbang dan lain-lain tidak akan mendekati bunga kurma.
Pendebungaan perlu dilakukan secara manual dengan cara memotong bunga dari pokok jantan dan diketuk perlahan-lahan ke bunga pokok betina.Atau dengan mengikat bunga jantan ke bunga betina.
Pokok kurma mudah tumbuh jika ditanam dari biji tapi mengambil masa 4-7 tahun untuk tahu jenis jantan betinanya. Dan 50% pokok kurma yang ditanam dari biji akan menjadi kurma jantan.Cara terbaik ialah dengan tanaman dari keratan sulor yang tumbuh. Jika keratan tunas sulor tadi dari pokok jantan,itu baka jantan dan kalau dari keratan sulor pokok betina itu baka betina. Dengan ini kita dah tau jantan betinanya dari awal tanaman.
Jangka masa matangnya akan menjadi lebih singkat iaitu dari 2-4 tahun sahaja.
Boleh dapatkan benih bunga jantan yang siap di packing dari penanam pokok kurma atau Nursery-nursery tertentu yang menjualnya secara online.
Semoga bermanfaat.
Baca Lagi DiSini:
Buat Sendiri Stok PATI KURMA,Campur Susu Boleh Terus Minum Untuk Sahur!
Serbuk Kopi Kulit Telur Baja Berkesan Kawalan Perosak Organik
MW:Jadi bagi yang nak cuba tanam pokok kurma sendiri di rumah atau tertanya-tanya kenapa pokok kurma yang ditanam tak berbuah boleh ikut tip yang dikongsikan.
Sumber: Mahadzir Hashim