Tanam KENTANG Guna Pasu Lebih Tinggi, Naik Pucuk Baru Tambah Tanah Lagi

Share

Setiap tanaman ada cara dan kaedahnya yang tersendiri.Rupanya tanam kentang tak perlukan tanah yang luas. Jika mak-mak nak cuba tanam kentang, sebaiknya tanam dalam pasu dan guna pasu yang lebih tinggi. Bila naik anak pokok, atau pucuk baru barulah tambah tanah lagi, sedikit demi sedikit. Jika ikut cara yang betul, 2 bulan dan boleh tuai hasilnya. Segar dari kebun sendiri.

Boleh ikut tip tanam kentang dalam pasu seperti yang dikongsikan oleh Puan Zienie G-nie
ini;

“Saya saja nak share pengalaman saya tanam kentang tahun lepas. Ni hasil selepas 2 bulan saya tanam. Sebaiknya tunggu lagi 2 bulan tapi saya bukan penyabar, excited nak tengok isinya”

Cara-Caranya:

  1. Potong separuh kentang dan rendam bahagian yang dipotong suku tenggelam selama 4 hari. Ia bagi cepat keluar akar. Cucuk dengan lidi supaya tak terendam habis, nanti busuk tak keluar akar. Saya guna 4 biji kentang dibelah dua.

2.Bila dah naik tunas tanamkan dalam pasu, letak tanah 1 inci lepas tu letak kentang.

3. Tutup dengan tanah sikit, bila pucuk makin tinggi tambah tanah lagi. Begitulah seterusnya.

4. Saya siram sehari sekali dan saya tak letak baja cuma masa tanam saya ada campurkan tanah sawit.

Info Ekstra!

  • Waktu terbaik tuai ubi kentang sebaiknya tunggu daunnya mula menguning di bahagian bawah. Yang (saya) punya ni hasil selepas 2 bulan, daun masih segar.Sebaiknya tunggu lagi 2 bulan.
  • Bila pokok mula meninggi tambah lagi tanah sebab ubi kentang tu keluar melalui batang.
  • Daun kentang tak boleh dimakan. Kentang juga kena tenggelam sepenuhnya, tak boleh terdedah. Kentang yang terdedah matahari tak bagus dimakan. Contohnya bila beli kentang, ada bahagian yang hijau, tu tak bagus dimakan.
  • Mula-mula tanam tanah biar separuh bekas je, dah naik anak pokok baru tambah tanah lagi.
  • Saya tanam dalam pasu je, sebaiknya tanam dalam pasu yang lebih tinggi.

Baca Lagi Di Sini:

Cara Sebenar Buat French Fries Agar Tak Lembik & Tak Serap Banyak Minyak

5 Sebab Bahaya Makan Kentang Yang Dah Keluar Tunas

Saintis Dedah Cara Salah Goreng Kentang, Boleh Jadi Penyebab Kanser

MW: Semoga perkongsian tip ini bermanfaat buat mak-mak yang nak cuba tanam kentang sendiri di rumah. Seronok bila tanam menjadi. Tuai segar dari kebun sendiri.

Sumber: Zienie G-nie

Published by
Suhaidah Abd Wahab