Tak rugi suka bercucuk tanam ni. Lebih-lebih lagi bila apa yang ditanam tu ‘menjadi’. Buat mak-mak yang permulaan nak belajar berkebun boleh cuba tanam sayur kangkung dulu guna 4 bahan je. Ikut cara dan langkah yang betul memang kangkung boleh hidup subur.

Boleh ikut panduan tanam kangkung  oleh Encik Acan Ca ini yang dikongsikan didalam grup Berkebun Di Rumah.

“Boleh cuba-cuba tanam kangkung guna 4 bahan”

1.Benih kangkung
2.Raga dan besen (boleh cari kat Kedai Eco rm2.30 satu)
3.Kapas muka
4.Baja A+B (Ni baru nak start belajar-belajar juga..maaf sukatan baja A+B tak berapa cun lagi)

Caranya:

1. Pastikan biji benih terendam paras air cecah raga sahaja. Asalkan kapas basah dan jangan pula terendam tenggelam benih tersebut.

IKLAN

2. Selepas 5/6 hari akan jadi begini.


Campur baja A+B dalam air. Ikut umur pokok yang kita tanam contoh 5 hari kena 500/600ec sukatan baja A+B manakala 15/20hari 800/1.0ec ni sukatan yang saya guna. Untuk sukatan kena ada ec meter.

Info Ekstra!

  • Baja A+B boleh beli di shopee.Biasanya jenis cecair, campur dalam air goncang dan tuang.
  • Tabur je biji benih dalam penapis tu, pastikan terendam air. Tutup pastikan gelap, bila keluar akar, dedahkan cahaya matahari dan baru guna air baja.
  • Tak letak tisu pun tak pe, tabur je dalam penapis tapi jangan tabur banyak, nanti terbantut daunnya jadi kecil-kecil dan tak lebar. Bila dah bertunas cepat-cepat kena dedahkan kepada cahaya matahari.
  • Pastikan benih sentiasa lembab boleh guna spray air lagi mudah spray pagi sekali petang sekali pun da ok. Masa semai jangan kena sinaran matahari, kalau dah keluar daun boleh la kena sinaran matahari 1/2jam pun boleh matahari pagi.

Baca Lagi Disini:
Banyak Kali Tanam Selalu Mati, Ini Kaedah BETUL Semai Daun Sup!
Ini Tip Tanam Pokok Kesum Bagi Hidup, Boleh Tinggal Balik Kampung Sebab Airnya Cuma Tengok Sebulan Sekali

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Buat mak-mak yang suka bercucuk tanam tu, boleh cuba cara mudah tanam sayur kangkung yang dikongsikan ini.

Sumber/Foto: Acan Ca