‘Tanam jenazah secepat mungkin.’ Anak ralat baru terjumpa nota dan kelengkapan urus jenazah mak ketika mengemas bilik arwah ibu mereka.
Namun segala yang berlaku adalah takdir dan anak-anak arwah bersyukur majlis pengebumian ibu mereka berjalan lancar. Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.
“Pohon tanam jenazah mak secepat mungkin. Tidak perlu tunggu sesiapa.”
Itu antara pesanan terakhir pesara polis, Allahyarhamah Muhyizan Muhyi kepada tiga anaknya sebelum meninggal dunia akibat barah usus pada 6 Mei bersamaan dengan 5 Syawal lalu.
Apa yang menyedihkan, nota itu baru ditemui tiga anaknya semalam dan mendapat perhatian selepas salah seorangnya, Nor Azuana Masshar, 36, berkongsi kisah di Facebook (FB).
Anak Ralat
Menurut Nor Azuana, nota itu ditemui oleh adiknya, Nur Asyikin, 34, dalam almari baju ketika mereka bersama-sama mengemas bilik tidur arwah ibunya dengan adik bongsu, Muhammad Aizuddin, 30.
Jelas Nor Azuana, nota itu ditemui bersama bungkusan berisi tudung berwarna putih, kain batik panjang, kain batik lapik, plastik lapik tilam dan telekung.
.
Ads
“Emak memang ada beritahu mengenai kelengkapan pengurusan jenazah disediakannya, seingat saya pada awal tahun ini namun saya dan adik-beradik tidak ambil pusing sangat kerana enggan berfikir ke arah itu.
“Lagipun, emak sihat ketika itu dan tak sangka pula ia petanda arwah akan meninggalkan kami.
“Saya menangis selepas membaca nota itu malah rasa ralat dan terkilan kerana tidak dapat gunakan kelengkapan itu bagi menguruskan jenazah emak.
‘Saya bagaimanapun tetap lega kerana urusan pengebumian di Tanah Perkuburan Kampung Temoh Stesen, Temoh, Perak iaitu kampung halaman emak berjalan lancar,” katanya.
Ads
Tambah Nor Azuana yang bekerja sebagai jururawat, ibunya disahkan menghidap barah usus tahap empat pada 27 Februari lalu iaitu dua hari selepas tiba di rumahnya di Taman Rambai Idaman, Bukit Rambai, Melaka.
“Emak menetap di Taman Murni, Gurun, Kedah bersama abah (Masshar Ahmad, 62) manakala kami tiga beradik tinggal berasingan dengan keluarga masing-masing.
Kelengkapan Urus Jenazah Mak
“Pada 25 Februari lalu, emak datang ke rumah saya untuk membantu menjaga anak saya selepas pengasuh anak positif Covid-19.
“Emak sihat pada mulanya sebelum mengadu sakit perut dua hari kemudian dan sebaik dibawa ke hospital, doktor mengesahkan emak menghidap barah usus tahap empat. Lapan hari juga emak tidak sedarkan diri di hospital sebelum dibenarkan pulang pada 14 Mac.
“Sejak itu, emak tinggal terus di rumah saya dan sempat juga saya menjaganya termasuk bantu tukarkan beg stoma serta lampin pakai buang selepas pulang kerja,” katanya.
Petanda Sebelum Pergi
Selain itu, menurut Nor Azuana, selain meninggalkan kiriman nota, ibunya juga ada menunjukkan petanda lain sebelum meninggal dunia.
Ads
“Paling tak dapat lupa, emak beritahu keinginannya untuk raya betul-betul tahun ini kerana dia dapat rasakan ini (raya) yang terakhir namun satu juadah raya pun dia tidak jamah.
“Allah lebih sayangkan emak dan saya bersyukur kerana ada di sisinya sebelum menghembuskan nafas terakhir walaupun berasa emak pergi terlalu cepat dan belum puas menjaganya.
“Abah juga masih sedih dan tidak boleh bersendiri kerana ke mana saja pergi, emak yang akan temankannya. Kini, kami adik beradik bergilir-gilir menjaganya,” katanya.
Terima Kasih Atas Doa
Dalam pada itu, Nor Azuana mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan ibunya selepas dia berkongsi kisah berkenaan di FB.
“Niat saya berkongsi kisah itu sekadar untuk meluahkan perasaan.
“Diharap perkongsian itu jadi peringatan buat kita semua untuk bersedia ke alam sana kerana mati itu pasti,” katanya.
Mingguan Wanita : Mati itu pasti, semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat semua. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa arwah dan menempatkannya di kalangan orang beriman. Al-Fatihah.
‘Apa hina jadi janda’ Farah Lee jawab soalan si mulut tegar. Susah juga nak puaskan hati setiap orang. Ada saja soalan-soalan yang kadangkala tak dapat nak dijawab dengan mudah. Macam Farah Lee ini, bila berdepan dengan stigma orang terhadap gelaran ‘janda’.
Walhal, tak mudah untuknya membesarkan anak perempuannya, Maream Esabell, 5 sendirian. Semoga jawapan yang Farah kongsikan ini akan membuka mata ramai pihak, sebenarnya tak ada hinanya menjadi janda.
Sebaliknya, golongan ibu tunggal inilah juga antara yang Allah bela nasibnya. Dan disebut dalam Al Quran.
Kata Farah, Dia Jenis Malas Nak Fikir Sangat
Farah selalu dapat soalan macam mana Farah tegar ignore mulut-mulut orang dan stigma terhadap janda?
Well Farah takde la ignore sangat, kadang #pangkang jugak sedas dua hiks. Bukan nak melawan sangat tapi kadang manusia ni dia fikir hidup orang dari pandangan hidup dia je. From my research, society kita tak inclusive, jadi susah nak raikan kelainan.
Jadi Farah rasa berkeperluan nak educate jejenis camni, supaya respect preference orang selagi tak bertentangan dengan syarak.
Tak kisah lah kau menyampah ke, muntah ke. Kang ringan hati kalau kita tumpang senang dengan kehidupan orang lain! Haih..
Lepas tu Farah jenis malas nak fikir sangat. I had a tough life. I already went through a load. So why would I allow others to keep hurting me? Now nak happy and enjoy life. Fokus study, @ommaesabel and appreciate people who appreciate me.
Orang-orang yang bising ni, none of them kisah perasaan kita, so why bother apa dorang kata, apa dorang fikir? As long as kita tau apa yang kita buat tak sakitkan orang dan tak harmful, just be ourselves. Siapa nak sayang kita kalau bukan diri kita sendiri kan?
Kebanyakan Janda Adalah Golongan Teraniaya
And what so hina jadi janda? Most janda adalah golongan teraniaya, (tak termasuk janda yang hmmm.. menjandakan orang lain). Nak-nak ibu tunggal. Allah bela sangat golongan ni siap mention dalam Quran. Khadijah was ibu tunggal you know? Tapi siapa Khadijah di sisi Allah? Perempuan terbaik. Jadi tittle dunia is nothing, yang bezakan kita adalah iman dan amal.
So just be nice, kita mungkin tak tahu tangisan orang di hening malam, di sebalik senyumannya di pagi hari. So be nice, have empathy. Kalau dah mati kutu sangat nak cakap nice camne, just shut up. Kau pun tak suka orang sakitkan hati kau kan? Common sense kot.
So jaga hubungan dengan Allah, jaga mulut dengan manusia. Be proud of ourselves, respect ourselves, love ourselves. And others too. At the same time, work for a better self in future.
Kalau kritikan membina, terima. Kalau bukan, persetankan je. After all, yang hisab hidup kita bukan orang, tapi Tuhan.
Sebelum ini, Farah Lee pernah dipertemukan jodoh dan bernikah dengan pengacara, Ally Iskandar pada 20 Januari 2012. Ditakdirkan berpisah pada 17 Ogos 2016.
Mak-mak tentu ada pengalaman lucu, sedih dan bermacam-macam emosi yang boleh dirasai sepanjang memasak di dapur. Boleh dikisahkan sebagai masak tak jadi. Lagi lucu, sedih bila mak-mak punya semangat nak masak, maklumlah pertama kali mencuba. Sekali apa yang dibayangkan tak jadi macam gambaran.
Macam yang dilalui Norliza Liza ini, yang berkongsi kisah sotong kembang yang pertama kali mahu cuba memasaknya. Gara-gara merasa keenakan sambal sotong yang pernah dimakan ketika membeli nasi lemak seorang penjual.
Niat di hati, mahulah sediakan resipi yang sama untuk ahli keluarga rasa. Sayangnya, bila masuk dalam periuk tekanan lain pula setting yang ditekannya.
Ini perkongsiannya,
Semangat Nak Masak Sambal SOTONG KEMBANG
1st time selama hidup tak pernah beli masak sendiri. Hari ni semangat akak nak masak sambal sotong kembang.
Haritu masa beli nasi lemak abang yang jual sambal sotong ni cakap masuk kejap dalam periuk tekanan tinggi… baru la lembut gebu jer.
Akak semangat cuci dan masukkan dalam periuk nak bagi lembut.
Sambil-sambil masak sambal.
Wah! Bau sotong kembang menusuk hidung. Dalam hati mesti nanti masuk dalam sambal sedap nie.
Alih-alih bila buka periuk, akak pun nak keluarkan sotong.
Eh! mana pergi sotong nie. Sambal dah elok masak.. sotong ni nyorok.
Tak puas hati, akak tuang jer kat dalam sinki.
Nahhhhh…suprise!
Tinggal seperti dalam gambar jer.
Rupa-rupanya akak salah setting periuk. Tertekan untuk daging.
Selalu setting daging jer. Hari ni ambik. Tinggal tu je nak masuk dalam sambal sebelanga.
Nasib sotong dah hancur lebur… dapat bau jer.
Begitulah mak-mak! Kadangkala, apa yang diangankan tidak menjadi.
Bila tengok cebisan sotong dalam sinki itu, tak terkata dah.
Tapi biasanya, mak-mak ini kreatif kat dapur.
Walau tiada sotong, mak-mak akan olah campur bahan lain mana yang ada di dapur itu.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW
Tudiaaaaaaa..antara webinar yang sedang berlangsung. Nak daftar sebagai peserta boleh ke :
Perkongsian penceramah bebas, Firdaus Wong Wai Hung kali ini begitu meruntun hati. Bila mana, ibunya sendiri diberikan hidayah mengucapkan dua kalimah syahadah.. selepas 14 tahun Firdaus memeluk Islam.
Penantian sekian lama itu tentunya momen paling manis buat Firdaus apabila beliau sendiri yang mengislamkan ibu kandungnya itu yang sebelum itu.
Peristiwa yang mengundang perasaan gementar dalam diri Firdaus ini dikendalikan di Multiracial Reverted Muslim (MRM)
Tulisnya,
Alhamdulilah Allahuakbar.
Setelah 14 tahun saya memeluk Islam, hari ini ibu tercinta saya pula dengan mengucapkan syahadah. Allahuakbar.
Ini bukan syahadah pertama yang saya kendalikan tetapi ini adalah syahadah yang saya paling nervous dan sebak kerana yang mengucap syahadah adalah ibu saya sendiri. Alhamdulilah. Saya tidak dapat menahan airmata saya seusai ibu saya mengucapkan dua kalimah syahadah dan memeluknya.
Selepas Syahadah Ibu.. Moga Ada Hidayah Untuk Yang Lain
Jazakumullahu Khairan kepada sahabat yang sering menyokong dan mendoakan kami. Teruskan sokongan dan doa anda. Berharap selepas ini ayah, kakak, abang, anak saudara, keluarga mertua saya juga dikurniakan hidayah oleh Allah Subhana Wa Ta’ala. Allahuma Ameen.
Alhamdulilah Alhamdulilah Alhamdulilah. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar. Doakan kita semua istiqomah di dalam Islam dan mati sebagai Muslim. Allahuma Ameen.”
MW : Alhamdulillah.. manis sekali perkongsian ini. Semoga ibu Firdaus Wong dipermudahkanNya dalam menjalani ibadah harian.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.