Teruja betul tengok pokok kesum yang dikongsikan Azlina Hashim ini. Lagi-lagi tingginya dah sama macam anak bujangnya.
Sesetengah orang pula, nak tanam pokok kesum ini payah benar nak menjadinya. Sampai adalah istilah tangan panas. Sebab punya tak berjaya nak menanam pokok-pokok herba mahupun sayuran ini.
Walaupun sebenarnya tiada pun orang ber’tangan panas’ atau sejuk ini. Asalkan betul cara dan teknik menanamnya, insyaAllah menjadilah itu nanti.
Kongsi Azlina dalam grup Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri, “Bila pokok kesum dah lebih tinggi dari anak bujang ni maknanya kebun Mak dia terlampau semak dahhh..
Moh le ke kebun semula. Raya dah nak habis.”
Melihatkan saja pokok kesum miliknya yang subur, ada yang bertanya bagaimana cara ibu ini memelihara pokok kesumnya hingga sebegitu subur dan tinggi.
“Mungkin cukup air dan baja dia jadi gini. Lepas tu lama saya tak hirau sebab sibuk bulan puasa. Ambil untuk masak sikit saja sebab tinggal berdua.
Kalau ada jiran-jiran yang nak, saya suruh saja petik sendiri.”
Baca sini : ‘Lebatnya Pokok Kesum Bela Sekali Ikan Puyu’ Begini Kaedah Aquaphonic Mudah
Berkongsi tip dengan Mingguan Wanita, ini yang Azlina lakukan.
“Saya tanam di kawasan yang memang dekat atau mudah sumber air. Macam ni tanam di paip air yang saya guna tiap hari untuk siram bunga dengan bersihkan kaki lima atau longkang rumah.
Kebetulan saya tanam sayur cara hidroponik dan fertigasi di sebelah tu untuk makan sendiri jadi saya guna baja yang diguna untuk sayur-sayur hidroponik atau fertigasi tu untuk siram kesum tu sekali.”
Baca sini : Mudah Tanam Kesum, Tebuk Lubang Penutup Bekas, Cucuk Batang Letak Air
Azlina juga memberikan cadangan jika tiada kawasan lembap, boleh juga menggunakan teknik hidropot. Iaitu dengan cara merendam pasu dalam takungan air (macam alas pasu) untuk pastikan tanah sentiasa lembap.
Sebelum ini beliau menggunakan cara begini. “Saya isi bahagian yang cucuk keratan kesum tu dengan tanah dan mulut botol terendam dalam air bahagian bawah botol yang saya isikan air. Sekarang saya dah tak buat cara itu, sebab selalu terlupa nak tambah air dalam botol
.”Menarikkan.. daun kesum yang keratan kesumnya dibeli di pasaraya ini, boleh hidup subur menjadi setinggi anak bujang.
Semoga apa yang dikongsikan Azlina dapat menjadi panduan untuk anda yang sedang berusaha untuk menanam sayuran di laman rumah.
Cari POKOK KESUM di sini : https://invol.co/clazer0
Sumber/Foto : Azlina Hashim