Teruja betul tengok pokok kesum yang dikongsikan Azlina Hashim ini. Lagi-lagi tingginya dah sama macam anak bujangnya.
Sesetengah orang pula, nak tanam pokok kesum ini payah benar nak menjadinya. Sampai adalah istilah tangan panas. Sebab punya tak berjaya nak menanam pokok-pokok herba mahupun sayuran ini.
Walaupun sebenarnya tiada pun orang ber’tangan panas’ atau sejuk ini. Asalkan betul cara dan teknik menanamnya, insyaAllah menjadilah itu nanti.
Kongsi Azlina dalam grup Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri, “Bila pokok kesum dah lebih tinggi dari anak bujang ni maknanya kebun Mak dia terlampau semak dahhh..
Moh le ke kebun semula. Raya dah nak habis.”
Melihatkan saja pokok kesum miliknya yang subur, ada yang bertanya bagaimana cara ibu ini memelihara pokok kesumnya hingga sebegitu subur dan tinggi.
“Mungkin cukup air dan baja dia jadi gini. Lepas tu lama saya tak hirau sebab sibuk bulan puasa. Ambil untuk masak sikit saja sebab tinggal berdua.
Ads
Kalau ada jiran-jiran yang nak, saya suruh saja petik sendiri.”
Berkongsi tip dengan Mingguan Wanita, ini yang Azlina lakukan.
“Saya tanam di kawasan yang memang dekat atau mudah sumber air. Macam ni tanam di paip air yang saya guna tiap hari untuk siram bunga dengan bersihkan kaki lima atau longkang rumah.
Ads
Kebetulan saya tanam sayur cara hidroponik dan fertigasi di sebelah tu untuk makan sendiri jadi saya guna baja yang diguna untuk sayur-sayur hidroponik atau fertigasi tu untuk siram kesum tu sekali.”
Azlina juga memberikan cadangan jika tiada kawasan lembap, boleh juga menggunakan teknik hidropot. Iaitu dengan cara merendam pasu dalam takungan air (macam alas pasu) untuk pastikan tanah sentiasa lembap.
Ads
Sebelum ini beliau menggunakan cara begini. “Saya isi bahagian yang cucuk keratan kesum tu dengan tanah dan mulut botol terendam dalam air bahagian bawah botol yang saya isikan air. Sekarang saya dah tak buat cara itu, sebab selalu terlupa nak tambah air dalam botol.”
Menarikkan.. daun kesum yang keratan kesumnya dibeli di pasaraya ini, boleh hidup subur menjadi setinggi anak bujang.
Semoga apa yang dikongsikan Azlina dapat menjadi panduan untuk anda yang sedang berusaha untuk menanam sayuran di laman rumah.
Walaupun ‘simple’ je rebus telur namun ada bahan-bahan tertentu dan tekniknya barulah ia mudah dikupas, kulit tak melekat dan pecah malah hasilnya cantik berkilat.
Nak tahu lebih lanjut cara rebus telur supayan cantik berkilat boleh ikut tip yang dikongsikan oleh Mss Saheeda ini.
Sini meh saya ajor cara rebus telur supaya dia cantik berkilat & tak ajak bergaduh.
Bahan-Bahan:
Air Secukupnya
Sedikit Garam
1 Senduk Cuka Makan
Cara Membuat:
1. Rebus air dahulu sampai mendidih
2. Letak sedikit garam dan sesenduk cuka makan.
3. Dah mendidih airnya, baru letakkan telur, perlahan-lahan. 4. Kacau sedikit ya, supaya kuningnya terletak elok ditengah-tengah.
5. Kemudian tutupkan periuk dengan penutupnya, api tu kena perlahan ya.Jangan pasang besar sangat.
6. Tunggu 15 minit, baru matikan api.
7. Biar sekejap, kemudian baru buangkan air yang panas tu. 8. Lalukan dekat air yang sejuk ya.
9. Akhir sekali boleh la kupas, tak perlu letak minyak tau, pantang tu untuk elakkan kulit melekat.
Limau kasturi, asam boi dan madu rupanya boleh jadi ramuan berkesan untuk sembuhkan batuk. Bukan apa peritnya tekak bila batuk tak sembuh-sembuh, sesak rasa didada, pernafasan jadi tidak lancar dan anak tekak pun sakit membengkak akibat kerap batuk.
Jika dah cuba macam-macam cara tak berkesan, boleh cuba petua alternatif dan ikhtiar semulajadi untuk legakan batuk ini. Hanya menggunakan bahan semulajadi yang ada di dapur sahaja.Malah katanya ia merupakan amalan kaum cina zaman dulu dalam melegakan batuk.
Pagi ni sediakan ramuan ubat batuk. Pesakit autoimmune macam saya kalau batuk susah nak kebah.
So ini laa ubat batuk saya selama ni.. tqsm Kyung Kakyung Ayza kerana berkongsi ilmu ni. Ini adalah ramuan zaman dulu kala bagi kaum cina.
Awal bulan anak buah dan cucu sedara saya batuk teruk. 3 kali ke klinik masih tak sembuh. Saya buatkan ini, 2 hari dia Ok.Kalau ada sahabat yang ada anak-anak batuk dah lama dan tak sembuh boleh cuba.
Bahan-Bahan:
2 sudu makan madu
3/4 balang Air
Limau kasturi dan asam boisama banyak
Cara Membuat:
1. Bancuh air madu isi dalam botol kaca atau plastik.
2. Belah 2 limau jangan putus.
3. Perah jus limau ke dalam bancuhan air madu.
4. Isi asam boi dalam limau.
5. Isi limau ke dalam air madu tadi.
Simpan pada suhu bilik sahaja.
Cara Mengamalkannya:
# Ambil 2 sudu makan bancuh dengan air suam (cara minum madu begitu supaya cepat diserap oleh badan).
# lagi lama perap lagi bagus.
Keladi, salah satu hobi yang mungkin mendapat tempat di kalangan mak-mak.Sangat berbeza dengan tanaman lain kerana ia tidak berbunga. Tapi daunnya cukup menarik perhatian sesiapa saja yang memandang.
Tidak dinafikan, mak-mak punya hobi tersendiri. Ada mak-mak yang suka memasak dengan pelbagai jenis masakan diuba, bercucuk tanam, menanam pokok bunga termasuklah keladi, orkid atau bunga-bungaan lain.
Maklum saja dengan cara inilah memberi satu ketenangan buat kita. Bila tengok saja tanaman hidup subur, satu kepuasan buat mak-mak. Tak kisah hobi menanm ini perlu keluarkan belanja yang besar. Asalkan satu kepuasan buat mereka.
Mungkin ini jugalah dengna tanam keladi, Tak berbunga tapi daunnya yang pelbagai bentuk dan warna membuatkan sesiapa saja pandang terpesona. Jangan terkejut sebab ada keladi yang bernilai berpuluh ribu ringgit dan menjadi buruan.
Apa istimewanya keladi? Hanya mereka yang tanam ini saja tahu istimewanya. Inilah yang dikongsikan oleh Firda Ashaary tentang keladi yang menjadi rebutan sekarang ini.
Mana tak senyum, aku ada bersepah asbab kenapa aku pilih keladi. Kenapa tidak pokok bunga lain.
Ros ada.
Orkid pun boleh.
Bunga kertas ke, okay jugak.
Atau tulip ke kan.
Tapi kenapa keladi? Bukan ada bunga pun. Cantik kat mana?
Itulah, sebenarnya perlu pandang keladi dari sudut berbeza. Pandanglah dengan mata hati. Bukan dengan mata sahaja.
Kenapa begitu:
1. Keladi daunnya warna warni. Sangat indah dipandang. Walau tidak memiliki bunga, keladi tetap cantik dengan caranya yang tersendiri. Keladi langsung tak perlukan bunga untuk nampak cantik.
2. Keladi tidak memiliki duri untuk melindungi dirinya. Ia nampak lemah, lembut dan sentiasa terkulai. Namun bagi yang mengenali keladi, mereka pasti tahu spesis keladi lah yang paling kental dalam hidupnya.
3. Setiap helaian daun keladi berbeza corak, warna mahupun saiz. Kalau sesiapa mengikuti perkembangan daun keladi dari seawal keluar sulur hingga daun tu terbuka, pasti teruja. Hebat, sungguh kuasa Allah.
4. Sepohon keladi memerlukan masa yang agak lama untuk berkembang seindah yang dilihat (warna keladi dewasa). Bukan hari ni tanam, minggu depan dah woww!
Sepanjang perjalanan tu, kita akan jumpa banyak proses keladi membesar yang akan membuatkan kita teruja dan mengagumi hebatnya Dia. Semakin kau kagum dan semakin kau tenang.
5. Keladi juga sangat menguji kesabaran pencintanya. Kalau kita seorang yang panas baran, boleh lah cuba tanam keladi. Mana tahu keladi mampu melembutkan hati. Belajarlah bersabar dengan keladi, pasti kesabaran korang berbalas.
6. Keladi adalah spesis susah mati. Walau nampak semua daun keladi dah layu, kecut, kering. Dogol sudah keladi korang, tinggal tanah je. Sedih. Tapi jangan risau, keladi belum mati kerana keladi ada ubi. Ubi dok dalam tanah. Nanti bila Allah kirimkan hujan, keladi akan tumbuh dengan sendiri. Begitulah gigihnya keladi berjuang untuk ‘bangkit semula’.
Bagi aku mencintai keladi ni sangat indah perasaannya kerana keladi juga,
Mengajar kita erti kesabaran yang tinggi.
Menyedarkan kita tentang hebatnya ciptaan Allah.
Malah mengingatkan kita tentang betapa kita perlu sekuat dan segigih keladi. Walau jatuh rebah ditimpa musibah, tetap jua bangkit untuk terus hidup sehinggalah sampai masa Allah hantar pertolongan.
Susah payah mengatur hidup kembali.
Dapat sesuatu?
Jom tanam keladi.
1. Ini spesis berdaun.
Sygonium Christmas nama dia.
2. Yang ni spesis ‘money plant’
Boleh menjalar.
Namanya Manjoula
3. Ini pun spesis ‘money plant’ jugak.
4. Ini keladi Thai.
5. Yang ni ‘money plant’ . Tapi spesis albino kot.
Putih.
#SuffianSuffiya #KeladiRanjers.
Yeahhh, indahnya bersahabat dengan alam.
Selain itu, kalau nak tahu, ini beberapa jenis keladi yang boleh mak-mak tahu.
1. Keladi Kampung
Mudah jaga, cepat besar, mudah rimbun, corak daunnya kurang kecantikan sedikit daripada keladi bandar, senang beranak.
2. Keladi Bandar (Hybrid)
Sukar jaga, lambat membesar, sukar rimbun, corak daunnya sangat cantik, Pengcahayaan 70%, Penyiraman cukup sekadar melembabkan tanah, susah beranak.
3. Alocasia
Agak sukar jaga, cepat membesar (bergantung saiz pasu). Corak daunnya mempunyai urat yang tegas dan tegang, lebih ke arah menegak daripada merimbun, selagi akarnya tak penuh pasu selagi tu lah ia tan mahu berenak. Penyiraman sekadar melembabkan tanah.
4. Colocasia
Paling senang jaga, nak air banyak, sesetengah nak panas terik dan sesetengah nak panas 50% sahaja, senang beranak, daunnya besar-besar kalau akarnya sudah menjalar dimerata tempat.
5. Monstera
Indoor Plant, 100% teduh namun ada matahari juga, daunnya kehijauan selalunya, daunnya suka terkoyak dengan semula jadi, jenih menjalar. Penyiraman sekadar melembabkan tanah.
6. Begonia Kampung
Senang dijaga, suka tempat teduh, daunnya tak sebesar macam keladi-keladi lain, penyiramannya 2 kali sehari pagi dan petang, corak daunnya kurang cantik jika berbanding dengan begonia bandar. Boleh dibiakkan melalui daun yang matang.
7. Begonia Bandar
Sukar jaga, terlebih air automatik K.O, daunnya sangat cantik, daunnya tidak sebesar pokok keladi yang lain, boleh biakkan melalui daun yang matang.
8. Sygonium Kampung
Di kampung merata tempat ada, daunnya kurang cantik berbanding dengan sygonium bandar, jenis menjalar, penyiramannya 2 kali sehari pagi dan petang, cara pembiakkannya potong batangnya yang mempunyai akar dan tanam pasu atau direct tanah.
9. Sygonium Bandar
Agar suka ditemui, harga meletup, jenis menjalar, cara pembiakan potong bahagian batang yang mempunyai akar dan tanam di pasu atau direct tanah.
10. Anthurium / Kuping Gajah
100% nak teduh, Penyiraman sekadar melembabkan tanah sahaja, daunnya seakan sama namun size atau lebar daunnya yang membezakan mereka, daunnya mempunyai line putih yang berbentuk telinga gajah dan daunnya kehijauan tua yang sangat cantik, cara pembiakkannya potong ubinya dan tanam dalam pasu dan lakukan kaedah pengewapan untuk cepat keluar tunas baru.
11. Calathea
Jenis nak 100% teduh, penyiraman 2 kali sehari pagi dan petang, jenis yang suka duduk berdekatan dengan pokok2 lain (jenis nak berkawan), lebar daunnya bergantung saiz pasu, senang beranak.
12. Aglonema
Batang menegak, Daunnya pelbagai corak yang menawan, susah beranak, 100% nak teduh, penyiraman sekadar melembabkan tanah sahaja, cara pembiakan kena potong ubinya dan lakukan kaedah pengewapan.
Mingguan Wanita : Memang menjadi rebutan betul sebab daunnya pun cantik-cantik. Buat penggemar, memang geram tengok daunnya yang pelbagai warna ni.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan