Tanam DAUN SELOM Secara Melintang, 2-3 Minggu Dah Boleh Tuai Hasil

Share

Daun selom adalah antara ulam-ulaman yang menjadi kesukaan ramai. Rasanya segar dan banyak pula khasiatnya yang tersendiri. Selain dijadikan ulaman, sedap juga dibuat kerabu, urap, daun hiasan untuk laksa.

Rupanya mudah je nak tanam daun selom ini di rumah. Yang pastinya organik, segar dan bebas dari racun serangga. Bila dah tanam sendiri, nak guna pun mudah tinggal petik je. Kena guna kaedah tanam batangnya yang berakar secara melintang, tak perlu tunggu lama 2-3 minggu dah boleh tuai hasil.

Ikut kaedah tanaman yang betul seperti yang dikongsikan oleh Puan Nur Aida Md Zainuddin
ini barulah daunnya jadi gemuk-gemuk dan segar!

CARA MUDAH TANAM DAUN SELOM

1.Batang dipotong ikut ruas selom. Rendam dalam air. Ruas itu nanti akan keluar akar.

2.Lebih kurang 5-7 hari direndam, akan keluar akar melalui batang selom (pastikan selalu tukar air rendaman).

3.Tanam batang yang berakar ini secara melintang.

4.Tutup dengan tanah dan siramkan. Pastikan tanah sentiasa lembap.

5.Tanam selom ini mudah dan tak perlu tunggu masa lama. 2-3 minggu dah boleh tuai hasilnya.

Gemuk-gemuk daun selom dan sangat segar!

Berikut pula antara khasiat Daun Selom yang dikongsikan oleh Puan Suzy Honey;

Sedapnya daun selom ni. Orang zaman dahulu memang suka makan dengan ulam yang ini.Daun selom atau nama saintifiknya Oenanthe javanica ini terkenal kat hampir seluruh kawasan Asia termasuk di Malaysia. Kita boleh jumpa di kawasan tanah lembap seperti paya dan tepi sungai.

Khasiat ulam ini bermanfaat seperti:

1. Air rebusan daun selom boleh diminum sebagai penawar demam panas, demam kuning, sembelit serta melawaskan kencing.

2. Insomnia atau masalah sukar untuk tidur ini mungkin berpunca daripada masalah organ dalaman iaitu hati. Petua zaman dahulu mengesyorkan untuk kerap minum secawan jus daun selom ini kerana ia dapat membantu kita untuk dapat kualiti tidur lebih baik.

3. Kalau kalian jenis masuk hutan macam akak, memang kena amalkan daun selom ni. Ia bagus untuk meredakan bisul dan gigitan haiwan. Daun dan batangnya dapat mengurangkan masalah bisul dan gigitan ular atau kala jengking.

Caranya cuma, tumbuk lumat daun dan batangnya. Kemudian tampalkan ke tempat yang sakit.

4. Biji selom berkhasiat dan dapat membantu menstabilkan peredaran darah. Buah selom ini juga membantu mengeluarkan angin dalam perut dan usus.

Baca Di Sini:
Mushroom Black Pepper Sauce SEDAP Resipi Dibuat Berniaga, Hitam, Pekat Melekat!

Tanam KENTANG Guna Pasu Lebih Tinggi, Naik Pucuk Baru Tambah Tanah Lagi

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Banyaknya khasiat daun selom ini jika dijadikan ulaman harian. Ada baiknya kita tanam sendiri di rumah ikut cara tanaman yang dikongsikan.

Sumber: Nur Aida Md Zainuddin, Suzy Honey

Published by
Suhaidah Abd Wahab