TANAM Bayam Brazil Dalam Botol Plastik, Cantik Merimbun, Senang Nak Petik!

Share

Ramai mak-mak yang suka Bayam Brazil sebab rasanya yang sedap serta sangat mudah nak tanam di rumah. Selain boleh dimakan, dedaunnya yang subur merimbun kehijauan sangat cantik dan saujana mata memandang untuk dijadikan pokok hiasan rumah.

Jika selama ini botol-botol plastik dibuang begitu sahaja, sebenarnya mak-mak boleh tanam Bayam Brazil guna botol-botol terpakai ni. Hasilnya pokok sangat cantik, daun merimbun dan mudah nak dipetik.Malah menjimatkan ruang dan tanah.

Boleh rujuk cara nak tanam Bayam Brazil dalam botol plastik ini seperti yang dikongsikan oleh Puan Zainol Yunus sebagai panduan;

“Dulu akak pernah janji nak tunjukkan step by step cara nak tanam Bayam Brazil pada botol plastik. Boleh jimat tanah, ruang dan mudah nak basuh kalau ada ulat.Akak explain pada setiap gambar tu. Selamat mencuba.”

Bahan-Bahan:

Botol Plastik
Besi Panas
Tanah Organik
Anak Benih Bayam Brazil
Marker (Untuk Tebuk Lubang Botol)

Cara-Caranya:

  1. Sebelum menebuk lubang, tandakan dahulu supaya pokok lebih tersusun.

2.Botol siap ditebuk, boleh guna besi panas.

3.Bahagian bawah botol air juga perlu ditebuk untuk laluan lebihan air.

4.Cara nak masukkan tanah ke dalam botol. Tanah tu beli kat nursery…guna tanah organik, campuran cocopeat, tanah sisa sawit dan tanah biasa.

5. Dapatkan anak benih daripada pokok dimakan ulat. Buang daun-daun, tinggalkan tunas sahaja.

6.Sebelum cucukkan batang bayam brazil pada botol, masukkan air supaya tanah lembap, lebih mudah nak tanam batang Bayam Brazil.

7. Batang yang telah ditanam pada botol.

8. Ni contoh yang dah lama ditanam.

Baca Lagi Di Sini: Bukan Sahaja Sedap Punyalah Banyak Khasiat Bayam Brazil, Patutlah Ramai Cari!

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang nak tanam Bayam Brazil bolehlah cuba tanam didalam botol pula. Sangat cantik merimbum daunnya,senang nak petih malah jimat ruang dan tanah.

Sumber: Pn Zainol Yunus

Published by
Suhaidah Abd Wahab